Saturday 28 December 2013

dari hati ke hati

Posted by athirahhuda at 08:31 0 comment
Apa yang kita inginkan
Apa yang kita mahukan
Tidak semuanya dipenuhi
Kadang dipenuhi dengan kejutan kegembiraan 
Kadang kejutan kesedihan
KERANA kita selalu inginkan semua perkara dalam satu masa
Tidak kira keadaan dan suasana

Betapa gelojoh dan betapa tamaknya kita
Tidak bersyukur dan sering alpa
Fikirlah dan renungkanlah
Letakkan PENCIPTAmu yang PERTAMA
yang SATU dan tiada yang layak selainNya
Seluruh hidupmu semua yang ADA
Cukup Allah untukmu

Laskar Pelangi : "Mimpi adalah kunci, untuk kita menakluk dunia."

Bersyukurlah, bersabarlah, yakinlah. 
Dia pasti ADA untuk memberikan yang TERBAIK.
Berusaha, Berdoa dan Tawakkal padaNya.
:)

ORANG YANG PALING RUGI ADALAH ORANG YANG INGIN MELAKUKAN SEMUA PERKARA DALAM SATU MASA

*kerana pada akhirnya, pasti tiada satu pun perkara yang selesai dilakukan olehnya disebabkan kegelojohan dan ketamakan diri menyelesaikan semua masalah dalam satu waktu.

#Teruskan pengorbanan
#Jangan mudah berasa malas
#Buat sebaik mungkin
#katakan pada diri
"AKU PASTI BOLEH LAKUKAN YG TERBAIK"

Welcome to Kuala Terengganu:) again

Friday 20 December 2013

The Journey

Posted by athirahhuda at 08:55 0 comment
Bermulalah kisah~~ on the way to success. inshaAllah:)

Rindunya pada blogJ Sejak masuk untuk semester yang terakhir ni, makin sibuk & bertambah sibuk. Moga kesibukan ini menjadikan kita lebih menghargai masa. Minggu nie cuti seminggu sebenarnya. Mid sem break! yea, barulah ada masa nak update blog. Malam semalam sume dah cabut balik rumah sbb hari ni dah cuti. Tapi saya masih setia di hostel, duduk sorang2 dlm bilik. 80% student sume dah balik.. sunyi.. Tak takut pun sebenarnya.. hAHA.

1. Lets begin 2. Start the engine.. 3. Brrummm2 and go!! hehe

Ook. Sepanjang minggu nie, sepanjang bulan nie, sepanjang di UniSZA banyak sangat yang dipelajari, sambil bertugas sebagai Bendahari Kelab a.k.a. Menteri Kewangan tidak bergaji. hehee :) Selama memegang amanah, sebenarnya telah memberi secubit kematangan pada diri. Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang susah & bukan juga mudah. Banyak cabaran, banyak tentangan, banyak juga pengalaman. Kadang terasa makin tua pulak bila jumpa junior fresh yang baru masuk.. haha. *ok. sedar diri takpe* :p

AGM 2013/14 Kelab Mahasiswa Kewangan (KMK)
Masa pembentangan kewangan sebagai bendahari sebelum menjadi mantan.
Such a great experience :)


Allah Maha adil. Dia tak bagi kita sentiasa gembira sepanjang masa. Dia tak bagi kita sedih sepanjang masa.
Tapi Dia letakkan kedua-dua perasaan itu sepanjang masa berselang-seli agar apabila kita sedih, perasaan gembira pasti hadir sesudahnya.. dan apabila kita gembira, datang perasaan insaf & sedih supaya kita tidak berlebihan suka atau gembira.

Dia pasti hadirkan akan seseorang ataupun Dia pasti akan hadiahkan kita berita gembira selepas kesedihan yang kita rasai sekarang.

Allah berfirman,
“Sesungguhnya, dalam setiap kesusahan, ada kesenangan.” Qur’an 94:6


Yakinlah, Allah sentiasa bersama kita walaupun tanpa orang sekeliling disisi. Maha suci Allah. Moga diri kita sentiasa dekat dengan-Nya:)

“Jika tiada bahu untuk menghilangkan kesedihan, masih ada sejadah untuk bersujud.”

:) 
#spreadLove

Monday 18 November 2013

Semester terakhir Dip !

Posted by athirahhuda at 16:30 0 comment
Alhamdulillah. Safely arrived at Terengganu. Bumi tercinta. Rumah kedua.

Aturan Allah Maha hebat. Memberi peluang dan ruang untuk hambaNya belajar dan terus berjalan serta berfikir. Sesungguhnya banyak yang perlu dikaji. Banyak yang perlu dipelajari. Daripada sirah para Nabi dan Rasul. Turunnya al-Quran sebagai penunjuk jalan bagi kita, hamba yang lemah.

Jika dikaji, jika dilihat. Sungguh banyak nikmat kurniaan Ilahi.

Surah Ar-Rahman  "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban "  
 yang bermaksud  :   Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Pembukaan semester yang cukup memberi inspirasi. Semasa dalam flight ke teganu tadi. Ditakdirkan duduk bersebelahan seorang yang berjaya dan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang kewangan.

Whoaa. Berbual dengan beliau, pengalaman beliau, pecutian beliau ke pelbagai negara. Sungguh menjadi pembakar semangat! :)

Beliau adalah dalam bidang kewangan. Pengalaman bekerja beliau di institusi kewangan selama 10 tahun lebih memberikan pengalaman yang cukup untuk beliau membuka sebuah syarikat sendiri. Sekarang beliau adalah sebagai penasihat pelaburan atau dalam bahasa omputehnya Senior Investment Consultant.

Perkenalan yang singkat pun dapat share macam-macam benda. Beliau suka travel ! that's my dreams too! Kira seluruh negara asia beliau dah teroka. Contohnya, travel dkt Indonesia jgn ckp la. semua negeri dekat sna dah teroka. ;) whoaa. hebat.

Moga diri ini lebih bersedia melangkah lebih jauh, melangkah dengan lebih bergaya kehadapan!
Moga keberkatan Allah mengiringi.
:)

#NurAthirahHuda
#spreadlove
#Fighting!!!

Sunday 17 November 2013

Dia gelakkan aku?

Posted by athirahhuda at 01:10 0 comment

Kelakar sangat ke prinsip hidup aku?
Salah ke aku ada pendirian camtu?
Kolot sangat ke aku?
Rugi ke aku?



Diam tak bererti aku tak de perasaan.

Aku tahu, kau mempunyai alasan tersendiri. Alasan kau pasti kukuh. Sekukuh tembok besar China.
Segala yang ditetapkan untuk kau sudah tertulis dan terselit hikmah.

Walaupun kau takde kene mengena pun dalam diari hidupku. Tapi aku plek. Geram pun ada.

Tak kesah lah kau nak gelak ke, nak guling sambil gelak ke..
Yang penting aku sentiasa YAKIN
KEYAKINAN aku takkan hilang selagi aku berpegang pada tali-Nya
Moga aku sentiasa diberi peringatan
Moga aku sentiasa berlumba-lumba mendekatkan diri pada cinta-Nya
Moga aku sentiasa dalam redha Allah.

Aku sentiasa letakkan harapanku sepenuhnya kepada Allah, kerana aku tahu Dia tidak akan sesekali mengecewakan hamba-Nya

#SpreadLove
#RandomStory

Wednesday 30 October 2013

SALE ! Jubah Muslimah Fiqrah Anggun.

Posted by athirahhuda at 12:11 0 comment
Assalamualaikum

Seperti yang dimaklumkan, entri kali ini adalah kepada anda penggemar JUBAH MUSLIMAH:) Ramai yang bertanya tentang jubah kain fursan, ada juga yang suka jubah design simple dan macam-macam.

Sebenarnya byk dah jubah yang terjual. Untuk yang lepas, huda dah jual banyak jubah kepada student. Memang student universiti suka pakai jubah yang simple sebab senang dan boleh pakai ke kelas.

Hari ni nak buat JUALAN PENGHABISAN STOK. Tinggal 5 helai jubah je lagi. Cepat-cepat! Size pun terhad. Harga memang sangat-sangat berpatutan. 

Only serious buyer ok! kita akan sembang dan bagi lebih details through email & msg maybe. ^
Please email : nurathirahhuda@yahoo.com


colour : black

colour : turquoise

Jubah kian fursan
colour: peach, sweet yellow, green.


colour: green

colour: sweet yellow

colour: peach


.
.
.
.
.
the end
email ok!
nurathirahhuda@yahoo.com
tQ :)

Tuesday 29 October 2013

during semester break

Posted by athirahhuda at 12:18 0 comment
Assalamualaikum :)

Pejam celik sebenarnya dah dekat sebulan dah duduk rumah goyang kaki. Alahai, cepatnya masa berlalu.
Dua tiga minggu lagi kena balik Terengganuku Sayang. How time flies. Rasa macam baru je start cuti semalam tiba-tiba dah nak habis dah cuti saya nih! nevermind. life must go on. 

Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang untuk bernafas. Dia bagi kita rasai Cinta-Nya. Moga kta sentiasa menghargai segala nikmat-Nya.












-->with ain comel & rayyan*babyniece* 
 -->with hana~



Ha.. ni hah yang dibuatnya masa cuti cenggini.. kita pergi shopping tambah koleksi baju katanya~ hahha. 

ok
next entri nak share jubah
kpd pencinta jubah
jom tengok
^_

Japp
ada lagii
khamis ni gue nak pergi bercuti !
inshaAllah nnti gue kongsi gambarnya ;)

Saturday 12 October 2013

Keterujaan

Posted by athirahhuda at 00:29 0 comment
Assalamualaikum

Hye :)

Seronok tengok orang lain dengan kejayaan masing-masing. Selalu dengar mak mak cakap rezeki anak masing-masing. Nampak sekarang malas belajar, nanti bila dah besar jadi orang ternama & berjaya. Dan sebaliknya pun ada. Sekarang rajin & nampak masa depan cerah. Tup tup bila dah besar biasa2 je.

Kadang Allah nak menduga nak menguji. Sejauh mana ketaqwaan dan kecekalan kita untuk menghadapi sesuatu. Dan yang paling penting Dia nak kita sentiasa dekat pada-Nya. Ook! Belajarlah daripada pengalaman orang lain nescaya kita tidak akan jatuh pada lubang yang sama. ^^


# Nak sambung degree
# Nak dapat scholarship
# Nak buat yang terbaik dan sehebat mungkin
# Yakinlah yang terbaik !
:)

Do your own way. Do your own style. The most important is YOU CAN DO IT. BELIEVE YOURSELF.


peace ;)

Saturday 5 October 2013

Bertukar !

Posted by athirahhuda at 08:13 0 comment
Assalamualaikum

Apa khabar semua? sihat? Moga sentiasa berada dalam rahmat dan naungan-Nya. ^_
Hari nie nak rasmikan background baru. #boleh gitu? hahha. Masih belajar dan baru nak berjinak2 dengan blogger nih. Moga dapat share banyak lagi benda dekat sini.

Sambil-sambil update blog sendiri, boleh update blog umi jugak. hmm. banyak yang dalam perancangan sekarang ni. Maklumlah untuk pengetahuan semua, semester 5 sudah pun berlalu! Lepas ni pertengahan bulan 11 masuk uni balik untuk final sem sebelum habis belajar & keje!! #eh kena sambung degree tapi abis diploma rasa macam nak kerja dulu. inshaAllah, ada rezeki. Mudah-mudahan. Doakan yang terbaik ok! :)

Baiklah. Setakat ni dulu. Nanti kita update lagi. hm. semalam pergi One Utama cari buku "Cinta High Class" tapi tak jumpa. Nak beli. Dah baca sebab pinjam dekat library haritu. Tapi, nak simpan jadi koleksi !. takpe. lepas ni boleh cari dengan lebih gigih lagi ! Okk.

Secara tak berapa nak rasminya, saya MERASMIKAN WAJAH BARU BLOG cun melecun saya!
hahha ! kbye.
Assalamualaikum
SpreadLove.

pic credit to mr.google

Sunday 22 September 2013

Final Exam

Posted by athirahhuda at 09:26 0 comment
*****Siapa yang menuai akan dapat hasilnya****
*****Siapa yang berusaha pasti akan berjaya****
.
.
.
.
.
.
Jom berkebun ditaman ilmu!
inshaAllah moga berjaya
:)minggu study week digunakan sebaiknya:)
Final semester5
Bismillah

Sunday 8 September 2013

Penghargaan buat teman^.

Posted by athirahhuda at 18:36 0 comment
Assalamualaikum!

Hai. Apa khabar? :) Ooke. petang ni nak bermanja-manja dengan blog. malas. buku letak tepi kejap. Boleh gitu? hehee. Hmm. sebenarnya ada dua minggu lagi sebelum final exam bermula. Banyak benda nak buat tapiii.. hati ni macam menggedik nak update blog. untuk siapa tak tahu. macam ada org baca je kan.. takpe2..

6 Sept. hari tu its my birthday! tak mengharap kawan2 sambut pun sebenarnya. Just ckp happy birthday pun dah oke. Tapi, tiba-tiba ada kejutan. Konon ada orang kidnap. bhahaha. comel je. Thanks sebab melengkapkan hari saya! 

               hee. macam kanak-kanak riang;) 

So, saya dah 20! ^. hahha


Lalala~ ni kawan saya. panggil dia zai. Dia orang Kedah. Dia naib timbalan ydp kelab kewangan taw. hm. Zai ni cool je orangnya. Baik. Solehah. Matured gittew. Saya suka kongsi cerita dgn dia sebab dia suka bercerita pengalaman dia. Saya sayang awak sampai syurga taw! ;)
Lagi satu, dia single lagi. huhuu klaw nak berkenalan bgtw je huda. email pun boleh! nnti huda tolong arrange kan. heheee. ;'))

ha,, yg ni pulak org yg rajin study. ^^ sgtt** hahha

Final exam just around the corner! Kawan-kawan, sahabat-sahabat mintak doakan huda. Diri ini amat memerlukan semangat dan sokongan. :( doakan ok! 

Nak berjaya
Nak sayang semua
Terima kasih semua!
Terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dalam hidup saya.
Moga Allah merahmati orang-orang yang mengenali diriku ini :)

klik dekat sini ---> Westlife - My Love
Lagu ni dedikasi buat awak teman. :) you are my love bebeh^.^

Monday 2 September 2013

Cinta High Class- Cintaku kerana Agamamu

Posted by athirahhuda at 00:00 0 comment
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur. Masih lagi bernafas pada saat ini. Segala puji bagi Allah masih memberi kesempatan memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. Sekejap je rasa dah masuk bulan September. Rasa betapa singkatnya waktu.. tup tup dah sampai bulan Sept ! bermula saat ini saya akan berumur 20 tahun genapp. eh, belum. ada lagi 4 hari ;) syg ummi abi. <3 terima kasih sudi menjaga& membesarkan anakmu ini. Moga tira dapat balas jasa ummi abi. :)

Ookeh. berbalik kepada tajuk entri: Cinta High Class. ^^ membuak-buak rasa nak baca novel ni bila ada kawan-kawan yang bagitaw novel nie sangat best. Sila lah baca, series best sesangattt ! rugi oi tak baca.

Siap promote dekat instagram lagi. :) 


Betul ! memang buku Cinta High Class sangat best. Roh dan watak Qani'ah dalam buku ni seolah-olah ada. Kadang asyik terbayang keindahan dan kesopanan Qani'ah. Moga diri ini dapat mengikuti jejak langkah solehah Qania'ah. ^^

Selain tu ada jugak tentang bagaimana jika kita inginkan rumah tangga yang harmoni, sakinah (bahagia). Ia bermula daripada bagaimana permulaan cinta kita. Adakah kita bercinta kerana Allah? adakah kita bercinta kerana fitrah orang bercinta? dan bagaimana cinta kita disalurkan.

Buku ini juga buat para teruna dan dara yang sering memikirkan tentang jodoh. Terlalu risau tentang jodoh. Bagaimana usaha mencari jodoh? Usaha yang macam mana kita kena lakukan? Adakah perlu tergesa-gesa atau mengikut trend kahwin muda pada zaman sekarang nie? hmm. Segala-galanya..

Tetapkanlah matlamatmu, tetapkanlah prinsip Islammu. Allah pasti memberikan yang terbaik! Segala-galanya. Jika kita letakkan Allah yang paling Utama dalam hidup kita, pasti hari-hari yang kita lalui penuh dengan kesegaran bunga-bunga dari taman.

Jangan pernah berputus asa. Jangan pernah patah hati kerana Dia sentiasa ada bersama kita. Jodoh pertemuan perpisahan semua keranaNya.

Bila dah habis baca buku ni rasa macam rindu sangat, cinta sangat pada Sang Pencipta.

^^
inshaAllah
ada masa nanti kta cerita detail skit tetang buku nie.
tapi
lebih baik merasainya sendiri
beli @ pinjam
Moga dapat intipatinya
:)

Salam sayang untuk penulis buku,
Ustazah Fatimah Syarha& Dr. Farhan Hadi
Sangat terinspirasi dengan keluarga bahagia ni:)
Moga setiap apa yang ustzh & Dr lakukan mendapat redha dariNya
Moga berjaya dalam setiap apa yang diusahakan
Amin.

1 Sept 
NurAthirahHuda
^^

Saturday 24 August 2013

Entri tanpa tajuk.

Posted by athirahhuda at 16:25 0 comment
Assalamualaikum.
Entri ini tanpa tajuk.
Tetapi tidak bermaksud tiada makna.
;')


Penggembara ilmu. Berjalan. Melihat. Mentafsir.


Setiap sesuatu yang kita lalui dalam kehidupan ini adalah pengajaran. Walaupun kes kecil sekalipun. Ia tetap menjadi renungan pengajaran untuk kita..

Setiap langkah perjalanan membuatkan diri sentiasa berhati-hati.

Kadang dalam perjalanan menuju ke destinasi, kita terpaku melihat keindahan ciptaanNya. Sehinggakan terleka seketika dengan kuasa Sang Pencipta.

Terhenti di sesebuah perhentian yang indah tapi tidak berpenghuni. Harapan untuk menetap disitu sehinggakan terlupa destinasi yang sebenarnya hendak dituju.

Allahu. Setiap ciptaanNya mempunyai kelebihan masing-masing. Setiap apa yang diperlihatkan ada hikmah disebaliknya.

Sebab itu kadang-kadang teringat balik hari pertama mendapat tawaran masuk ke universiti. Kadang terlupa apakah tujuan utama aku kesini?? Bila masa nak study tu malas amat. Bila nak bangun rasa takde matlamat.

Alangkah ruginya jika itu yang ulang setiap hari. Ruginya bila peluang tidak digunakan sebaiknya. Rugi rasanya bila sentiasa memikirkan hal orang lain. Matlamat sendiri bertaburan.

Jom berpatah balik. Jom kita tetapkan matlamat kita. Sematkan dalam jiwa dan sanubari. Jangan biarkan ia goyah ! Cari kemampuan sebenar kamu dan terus pegang erat matlamat kamu. Belajarlah. Tidak rugi malah akan kaya. Kaya dengan ilmu. Yakinlah pada diri kamu sendiri. Yakinlah yang kamu mampu lakukan. Lakukan ia dengan cara kamu.. Confidence is the KEY. If you don't believe in yourself, then nobody will.

"Jangan berusaha ataupun mengerjakan sesuatu setengah hati, kerana hasil yang kamu dapat juga hanya setengahnya."



The learner,
Mencari erti sebuah kehidupan.
:)

Wednesday 21 August 2013

Dugaan & Cabaran

Posted by athirahhuda at 16:27 0 comment

Ya Allah.. peritnya ! sakitnya !

Itulah yang kita rasakan sekiranya musibah datang menimpa kita. Musibah yang tidak pernah terfikir langsung dek hati kita untuk melaluinya. Tidak pernah langsung !

Hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya dugaan ini. Semua sudah terlambat untuk dikesalkan perbuatan lalu. Tetapi, inilah yang perlu dibaiki dan dijadikan pengajaran.

Sebenarnya pengalaman orang lain dapat kita ambil iktibar. Moga pisang tidak berbuah dua kali. Moga kita tidak terjatuh pada lubang yang sama.

Allah yang menentukan segala-galanya. Allah jua yang menggerakkan hati-hati kita. Rancanglah sehebat mana pun jika Allah kata "Tidak" ia takkan terjadi.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jika kita berusaha Allah pasti memberi ganjaran bukan sahaja didunia malah diakhirat. Jika kita bersungguh-sungguh berdoa padaNya. InshaAllah Dia akan kabulkan jika tidak didunia pasti di akhirat kelak.

Jika dirimu sedang diduga, jika dirimu sedang diuji. Berdoalah padaNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Setiap dugaanNya PASTI terselit hikmah yang besar yang kita tidak tahu apakah ganjarannya sehinggalah kita dapat merasai dan melaluinya. "La ilaha illallah muhammadur rasulullah." We believe Allah and Muhammad (SAW) is the Messenger of Allah.

Back to Him. Mungkin dengan setiap musibah yang kita alami mendekatkan lagi diri kita dengan Dia. Kita yang sering leka dan lalai. Bertaubatlah. Berdoalah. Sesungguhnya Allah suka pada hamba-hambaNya yang meminta dan berdoa kerana doa adalah senjata orang mukmin.



 :)

Wednesday 7 August 2013

29 Ramadhan 1434 Hijrah

Posted by athirahhuda at 09:27 0 comment
Assalamualaikum..

Sedar tak sedar hari ni dah 29 Ramadhan. Bermakna hari nie adalah hari terakhir berpuasa dalam bulan Ramadhan untuk tahun ini. Sekejap je rasa. Pejam celik, dah smpai masanya untuk kita tinggalkan Ramadhan Kareem. Moga bulan ini sedikit sebanyak menjadi bulan tarbiah kepada kita. Moga menjadi bulan yang penuh dengan kekesalan diri dan rahmat dariNya. inshaAllah. moga berterusan.

Moga dapat bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan
Sentiasa menunggu kehadiranmu ya Ramadhan 


Thursday 25 July 2013

Sangkaanku kau sahabat, tetapi mungkin kawan sedetik cuma.

Posted by athirahhuda at 23:30 0 comment

'If you care too little you will lose them,
and if you care too much you will get hurt.'

'Berhentilah peduli maka kau akan jauh dari luka,
dan berhentilah mengambil tahu maka kau akan jauh dari kecewa.'



Mungkin salah sendiri jugak yang terlalu mengambil berat ataupun mungkin terlalu mengambil tahu tentang sahabat. Mungkin dia rimas, mungkin dia lemas. 

Mungkin juga diri ini terlalu 'terhegeh-hegeh' hendak berkawan dengan dia. Tapi, sebaliknya bagi dia hanya menganggap persahabatan ini biasa seperti hendak berkenalan cuma sehari. Begitulah mungkin yang dapat digambarkan.

Bukan pertama kali perkara sebegini berlaku. Tapi, ini yang kali yang kedua. Perlukah kami memberitahu lagi? Ini bukan pertama tapi kedua... Memang manusia tidak sempurna, sering melakukan kesilapan, perlu diperingati. Tapi, cukuplah sampai disini. Diri ini tidak mampu lagi berdepan dan merasainya berulang kali. cukuplah. 

Maaf atas segala salah silap, diri ini tidak sempurna. Moga dia gembira dengan pilihan & keputusan dia. Bukan nak putus kawan *haha macam budak-budak* hihee tapi cuma nak berhati-hati supaya hati nie taklah terlebih touching klaw dia buat perangai lagi.. :) 

Jadi lepas nie, taknak terlalu ambil tahu tentang dia & taknak terlalu peduli dengan dia. Cukup sekadar bertanya khabar.

InshaAllah diri ini akan menyelami dan memerhati dari jauh oke. :) moga ukhuwah ini sentiasa terjalin walaupun tidak seerat dulu.. 





Sincere,
NurAthirahHuda:)

Sunday 14 July 2013

Kullu 'am waantum bikhair

Posted by athirahhuda at 13:27 0 comment
Assalamualaikum.

Ramadhan kareem. Selamat menyambut Bulan Ramadhan:)
"Jadilah kamu seperti orang yang baik, apabila ada disukai, apabila tiada dirindui, apabila mati ditangisi. Jangan jadi orang jahat yang bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri" - Saidina Ali.


Saturday 6 July 2013

Busy bees:)

Posted by athirahhuda at 23:34 2 comment
Assalamualaikum.

Hai:) hari ni nak update blog sebab beberapa perkara penting dah siap buat. So, bila online fb ke twitter ke, takde lah rasa tak senang duduk.. Dann boleh online dengan gembira walaupun tak gosok baju lagii. Esok ada kelas pukul 10pagi. Sempat-sempat. hee. ^.^

pic credit from mr.google

Minggu nie sibuk jugaklah. Hari khamis arytu pegi JPJ renew lesen & bayar P1. Nak dijadikan cerita, keluar daripada UniSZA dalam pukul 2.30 petang, tapi kreta sewa dapat masa pukul 3petang.. then, budget sempat nak gi renew lesen sebab baru pukul 3 kan.. Sekali sampai, masuk je pintu pagar JPJ Kuala Terengganu, guard tu ckp kaunter da tutup. tengok jam sekarang pukul 3.35 petang. Kaunter hanya tutup pada pukul 3.30 petang.. bayangkan, 5 minit je lambat.. hmm. Pergi dengan penuh harapan, balik dengan penuh kekecewaan. sabar je lahh. Lain kali je lah renew lesen Huda.. hm. P1 je  sempat pergi.

Habis pasal JPJ sume bagai, minggu nie sibuk jugak dengan persiapan puasa minggu depan. Kena buat persiapan berniaga jugakk. Kelab finance bukak gerai jualan makanan dekat bazaar UniSZA. Sebagai bendahari kelab, kena arrange kan budget untuk jualan nanti. Dua hari jugaklah tido lambat, makan pukul 12am sebab tak sempat. Tu pun nasib sempat beli makan..

Ramadhan Kareem. Kullu 'am waantum bikhair. :)
pic credit from mr. google

Sambil2 tu buka jugak jualan jubah muslimah. Jual dekat asrama. Alhamdulillah dapat sambutan.. :) Ada satu bilik kosong, kelab finance jadikan bilik tu butik sementara.. Jual jubah, baju muslimah, tudung, kuih raya, & macam2... Banyakkan.. :) Kami kumpulkan semua usahawan daripada ahli2 kelab finance, berniaga beramai2 dalam satu nama. wish luck for us.. inshaAllah. ^^

Huda suka sangat menulis. suka tulis. Ingat lagi dulu masa tingkatan satu, bila sakit hati dengan seseorang, malam tu sebelum tido, mesti huda luahkan dekat kertas.. :) pastu kalaw masa tengah happy pun tulis jugak, luahkan sume dkt kertas.. Tulis kata2 semangat kat kertas jugakk.. Bila baca balik, comel je.. hehee. kenangan, kira primary sources la untuk anak cucu nnti.. hihhiii.

pic credit from mr.google


Hari nie nak share kata-kata semangat yang huda baru tulis semalam sebelum tido. Moga bermanfaat buat semua:)


  • Be confidence with yourself. Don't fear with anything. Only fear to Allah.
  • Jangan cepat melenting. Sabar. Allah akan bagi yang terbaik. Senyum je:)
  • Be yourself. happy. be the best.
  • Study before masuk kelas.
  • Study. Then, the rewards you can update blog. More & more. hehee
  • Love Allah, love umi abi, love yourself, love your family, love your friend. inshaAllah good things will come after. ^^
  • Don't be said.
  • Rendah diri. Jangan sombong dengan apa pun yang kita ada, apa yang kita belajar. jangan kedekut. Bersyukur. Allah akan tambah.
  • Jangan berfikiran buruk pada orang lain. Always think positive.
  • Chaiyokk ! Fighting ! you can do it ! =)

pic credit from mr.google


.
.
.

thanks for reading. ^^


NurAthirahHuda:)

Friday 28 June 2013

Walaupun short sem tak berjaya, tapi peluang tu yang penting.

Posted by athirahhuda at 16:10 0 comment
Assalamualaikum.

Kembali meng'update' blog:) nie adalah antara salah satu hobi yang huda akan lakukan sewaktu kelapangan masa. gittew kan.hii. Untuk pengetahuan, huda dah kembali ke universiti sebab cuti dah habiss.. waaa.. Tapi, its oke, duduk uni best what, dapat tambah ilmu, dapat bergembira dgn kawan2, dapat cari pengalaman baru dan ini yang paling penting ^_^.

Ooke. untuk pengetahun anda jugak, Universiti Sultan Zainal Abidin nie mengamalkan sistem pembelajaran yang telah dijadualkan. Jadi, semua pelajar kena ikut sistem nie. Cuma sesiapa hendak menambah ataupun menggugurkan sesuatu subjek dibenarkan. Kalaw anda pernah terbaca entry huda sebelum2 nie tentang huda nak buat short sem tapi xjadi tu.. Huda dan lima sekawan telah pun menambah subjek sewaktu kami di semester 3.

Now, semester 5 huda free satu subjek. weee~ happy tahu takk. Satu je pun. hm. Satu pun kira macam seketul batu berat dah jatuh daripada bahu ke dalam gaung yang besar tahu tak. hee. melampau-lampau perumpamaan dye. hahha. Tak kesah la. apa2 pun. hidup perlu diteruskan ;))



Mengikut apa yang huda kaji sebenarnya nie adalah peluang. Kadang2, bila kita lakukan sesuatu lain daripada orang, mungkin orang lain fikir susah la, menyusahkan diri je. Jika peluang baik, why not..
 Yes, PELUANG. Peluang ni datang tyme kita tak nampak apa sebenarnya yang tersembunyi di masa hadapan. Kita sebenarnya kena rebut peluang tu agar dia jadi milik kita. Kadang dia datang lalu depan kita, kita buat dont know je.. Kalaw fikir jauh siket,kita mesti tangkap peluang tu.. rugilah orang yang masih goyang kaki dikerusi malas sambil minum teh o panas.. tak gitu? 

Jadi, rebutlah peluang yang sebenarnya hanya datang sekali disaat orang lain bergembira dengan peluang tersebut, kita menangis dengan kelekaan masa silam yang entah ke mana. Hidup ni tidak boleh berpatah balik, teruskan sekalipun kita terlepas pandang sesuatu yang indah dibelakang kita tetapi percayalah pasti ada pelangi menanti dihadapan. ^_#

NurAthirahHuda:)

Sunday 19 May 2013

Mine

Posted by athirahhuda at 01:46 0 comment
Assalamualaikum...

Mulakan hari anda dengan senyuman :) jom doa :-

" Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah kepada kami.." Amin.

    Hari-hari sibuk dengan urusan dunia. Moga diniatkan segala perbuatan hanya kerana Allah. Supaya diri tidak leka & sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

   Seorang yang masih mencari-cari erti kehidupan.. yang selalu leka. Seringkali mengejar sesuatu yang belum pasti pertengahan & pengakhirannya.. Moga keberanian sentiasa ada pada diri ini. insha Allah.

   Sebenarnya untuk menjadi diri sendiri, kita perlu yakin pada diri. Bila yakin tu muncul, segala kelemahan akan menjadi kelebihan untuk diri seseorang.. betul... tak percaya cubalah !

Diri akan menjadi luar biasa gittew.. :D

11 Jun ini akan sambung meneruskan pengajian di Terengganu*macam la jauh sgt* hee. Jadi, sentiasa tetapkan dan sematkan dalam hati & sanubari bahawa apapun yang kita lakukan hargailah, cintailah & sayangilah segala yang kita miliki sekarang. Alhamdulillah.

**nak buat short list target, for long & short term :) baru ada matlamat giteww .


Ok.
Have a nice day ! 



NurAthirahHuda:)


   

Wednesday 15 May 2013

II S - Sopan & Selesa. *JUBAH*

Posted by athirahhuda at 23:31 1 comment
ll S - Sopan, Selesa  

Sebagai seorang wanita *eceh*hii. Pastinya memilih pakaian yang sopan & selesa. Sebagai cadangan, saya mensyorkan anda supaya memakai Jubah :) 
  

     Pertama sekali,  saya teringin berkongsi dengan anda tentang jubah. Mengikut definisi jubah adalah pakaian islamik yang menampakkan keislaman seseorang. Apabila seseorang wanita *kebiasaannya* memperagakan jubah nampak lebih sopan & menawan gittew.. :D hihii betul kan para lelaki ? :)

      Kedua pula, perlu memilih jenis kain jubah yang tak panas, selesa dan tidak melekat sebab rata-rata sekarang selalu nampak orang pakai jubah tapi melekat sehinggakan nampak bentuk tubuh. Jadi, pilihlah kain yang tidak melekat, ianya lebih sopan dan cantik. Antara jenis kain jubah yang best, selesa, tak panas, tidak melekat, tidak terlalu nipis atau tebal dan very very nice adalah :
i - Kain Fursan
ii - Cotton Satin
iii - Egyptian Cotton
iv- Silk

      Ketiga, jubah yang simple. Saya lebih gemar memakai jubah yang simple dan tidak terlalu crowded gittew.. Simple, selesa & sopan .. haa, dah jadi III-S .

      Terakhir sekali, nasihat saya pakailah pakaian yang sopan, supaya bila berjalan kita akan lebih yakin. Contohnya, pakai jubah ke kelas ataupun majlis kenduri ataupun ke mana-mana, senang, selesa & bergaya ! amalkan pemakaian sopan pasti menawan :)



Kalaw nak tengok lebih lanjut tentang jubah, jom tengok dekat blog ummi :
Butik Fiqrah Anggun >> fiqrahanggun.blogspot.com *promote :D



Latar belakang Butik Pengantin Fiqrah Anggun :

> terletak di kawasan Shah Alam. (Kg. Melayu Subang).
> beroperasi sejak tahun 2007.
> menawarkan pelbagai pakej pengantin, wedding planner & terbaru, Jubah muslimah.
> fb : Butik Pengantin Fiqrah Anggun
> email : fiqrahanggun@yahoo.com
> call : 012-3594524 (effa)




Moga mendapat perkongsian yang bermanfaat :)




                                                                                                                                               

Wednesday 1 May 2013

Yang Baik Untuk Yang Baik.

Posted by athirahhuda at 01:12 6 comment

   Selalu kita dengar "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.." kann. Tapi kadang ada orang cakap kenapa dia dapat lelaki tak baik sedangkan dia seorang perempuan yang baik. Jawapannya ialah Allah sengaja memberikan lelaki yang tidak baik untuknya supaya dia beriman dan supaya dia tidak lalai dan sentiasa dekat pada-Nya.

   Semua orang mendambakan bakal suami yang baik dan bakal isteri yang baik. Caranya ialah dengan berdoa mohon kepada-Nya moga dapat teman hidup yang baik:)

   Doanya :

"Ya Allah, ringankanlah jodohku. Berilah aku jodoh yang baik, zuriat yang baik dan keturunan yang baik... " Amin ya rabb.

 


   Jika kita tidak boleh memilikinya di dunia, bukan bererti kita tidak akan memilikinya langsung. Bersabarlah, kita akan bertemu di Syurga:)


Ada sebuah kisah yang dibaca daripada sebuah buku :-

Seorang ulama (Syeikh Thahhan) yang hidup pada zaman ini. Dia mempunyai ilmu yang mendalam dan merupakan seorang yang sangat soleh. Keadaan ekonominya cukup baik, tetapi dia memilih untuk hidup sederhana dan tidak berlebih-lebih dalam segala hal.

Dia sering membantu mahasiswa yang kekurangan wang serta yang hendak berkahwin dengan bantuan kewangannya. Namun dia sendiri kadang-kadang menahan diri daripada membeli sesuatu yang harganya agak mahal, walaupun dia mampu membelinya.

Pernah suatu hari, dia pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan. Dia membeli buah-buahan yang baik dan harganya tidak terlalu mahal. Seketika kemudian, di kedai lain, dia terlihat beberapa ikat anggur yang sangat ranum dan menarik hati. Sesiapa saja pasti akan tergoda untuk membelinya, walaupun harganya lebih mahal daripada buah-buahan yang lain.

Ulama ini amat menyukai buah anggur. Dia mempunyai wang untuk membayarnya. Namun, dia memutuskan untuk tidak membelinya. Dia menatap anggur itu sambil tersenyum. Kemudian dia berkata, "Bukan sekarang ... tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insha Allah."

Janganlah bersedih jika wang kita tidak cukup untuk membeli sesuatu, atau kita memutuskan untuk tidak membelinya kerana suatu niat yang baik. Teruslah beramal dan mengharapkan kebaikan daripada sisi-Nya. Dan katakanlah kepada barang-barang itu, "Tidak, bukan sekarang. Tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insha Allah." :) -The end-




   Itulah al-kisahnya... Moga bermanfaat untuk semua... :D


Sebelum tu, nak share sikit tentang sebuah drama yang banyak sangat pedoman. Cerita ini sepatutnya dijadikan contoh teladan :)  cerita tersebut ialah Cinta Dan Wahyu. cerita ini adalah sambungan daripada cerita Warkah Cinta.

Kedua-dua cerita ini sebenarnya di adaptasikan daripada novel. Seriesly, tak pernah langsung baca novel terus tengok lakonannya. Suasana dan ikon untuk menjadi seseorang yang baik amatlah perlu untuk diikuti:)


Warkah Cinta.


Sambungannya- Cinta Dan Wahyu

saya sertai link dye sekali, selamat menonton :)


*sekarang baru sampai episod 6* Selamat menonton ^^

Assalamualaikum 

:)



Monday 29 April 2013

TakdirNya

Posted by athirahhuda at 01:43 0 comment


insha Allah. Apa pun keadaan kita sekarang, 
pastikan dapat memilih yang terbaik & memberi yang terbaik.

Perlulah menjadi seorang yang membawa sesuatu yang baik
dan sentiasa memberi daripada menerima:)
Tiap sesuatu ada hikmah sebaliknya. Percayalah pada takdirNya.. Dia telah mengatur 
segala yang terbaik buat kita. Banyakkan berdoa mohon kekuatan. Dan juga selalu minta ibubapa mendoakan yang terbaik untuk kita kerana doa mereka mustajab.

:)




Friday 26 April 2013

Kek coklat kukus yang diidam-idamkan :')

Posted by athirahhuda at 11:10 4 comment
Assalamualaikum wbt...

Setelah sekian lama duduk di rumah, diri ini dah macam suri rumah giteww *rajin la konon* hahha. Sambil2 mencari idea untuk sesuatu business yang terbaik & yang paling penting sambil cari mood untuk study *muet* insha Allah pasti! hee. Tangan ni macam gatal je nak buat kek coklat. Jadi, entry kali ni pasal resepi kek coklat yang diidam-idamkan..

Sebenarnya resepi kek coklat ni pun cari daripada mr.google. Tapi nak cakapnya, resepi ni memang menjadi.. dah dua kali try :)

Terimalahhhh..... Moist Chocolate Cake Recipe yang enak berlemak2 lagi sedapppp....... :) hhaha

first of all... *wahwahh* :')


BAHAN  A

1 Cawan gula pasir
1 Cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1 Cawan susu pekat
1 Cawan minyak masak

*yang dua tin susu tu belum masuk dalam cawan lagi tw. 
ha,, jangan masuk setin susu tu sudah.. hehee


CARA-CARA

Untuk BAHAN A, masukkan semua bahan, digaul sebati dan masak atas api perlahan sampai gula larut. 
Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.. selepas itu, bolehlah letakkan ke tepi dan pergi kepada bahan seterusnya.


BAHAN B dan C


BAHAN B- diayak

3/4 Cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

BAHAN C- diblender
4 biji telur

*bahan B dan C campurkan sekali*. Ayak BAHAN B dan terus blender sekali dengan BAHAN C,
supaya tepung tu tak berketul2 bila dah siap nnti. maksudnya tepung tu sebati la.. 



Bila dah siap BAHAN A, B dan C. satukan semua bahan-bahan dan gaulkan sebati.
Bila dah sebati, masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Tapi boleh je kalaw xde lapik kertas minyak bagai, sapu je majerin dekat loyang macam selalu tu supaya nanti kek tak melekat dekat loyang dan senang nak keluarkan. :))

Seterusnya, kukus selama 1 jam @ sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45minit yang pertama.


sementara menunggun jom buat topping^.^


RESEPI TOPPING

150gm Coklat masakan @ serbuk koko *pun boleh*
1/4 Cawan air panas
1sudu besar mentega
1sudu besar susu pekat

Kalaw rasa sikit sangat topping dye, tambah lagi ikut iman :D hehee. Lepas tu campurkan semua bahan dan masak secara "double boiler"... dann akhir sekali bila kek dah siap, sapukan topping untuk keenakan yang superbbb :)

So,

inilah

hasilnya

taraaa.... :D



*bagi besar biar terliuq* hahha ;')

selamat menjamu mata

&

 selamat mencuba adik-adik,
akk-akk
abg-abg
:'))



p/s : Ain Zahirah, kita buat kek lagi sekali sebab mengidam #Eh. hahahha.
p/s: Kepada kawan-kawan, nanti ada masa boleh la belajar memasak sama2.. gitteww kan.. hahhhaa :')



#chef tak berapa nak menjadi. hiii
#NurAthirahHuda
#Assalamualaikum :)


Wednesday 24 April 2013

mengidamm #eh

Posted by athirahhuda at 12:52 4 comment
Assalamualaikum

hai

hello

saya mengidam nak buat 

#kek coklat

dengannnnnnnn

#donut

aikk, sape curi buku resepi makk :p hahaha.  *jap lagi cari balik*


okk
.
.


nikmatilah gambar kek dan donut yang enak lagi sedap :'D .. nyummm**


gambar dicuri daripada mr.google


Dann
.
.
.
.


special donut from mr.google jugak :D


nantikan 

kek n donut form

ms.huda pulak

.
.
.


Ooke.
bye. 
:D
 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review