Sunday 22 September 2013

Final Exam

Posted by athirahhuda at 09:26 0 comment
*****Siapa yang menuai akan dapat hasilnya****
*****Siapa yang berusaha pasti akan berjaya****
.
.
.
.
.
.
Jom berkebun ditaman ilmu!
inshaAllah moga berjaya
:)minggu study week digunakan sebaiknya:)
Final semester5
Bismillah

Sunday 8 September 2013

Penghargaan buat teman^.

Posted by athirahhuda at 18:36 0 comment
Assalamualaikum!

Hai. Apa khabar? :) Ooke. petang ni nak bermanja-manja dengan blog. malas. buku letak tepi kejap. Boleh gitu? hehee. Hmm. sebenarnya ada dua minggu lagi sebelum final exam bermula. Banyak benda nak buat tapiii.. hati ni macam menggedik nak update blog. untuk siapa tak tahu. macam ada org baca je kan.. takpe2..

6 Sept. hari tu its my birthday! tak mengharap kawan2 sambut pun sebenarnya. Just ckp happy birthday pun dah oke. Tapi, tiba-tiba ada kejutan. Konon ada orang kidnap. bhahaha. comel je. Thanks sebab melengkapkan hari saya! 

               hee. macam kanak-kanak riang;) 

So, saya dah 20! ^. hahha


Lalala~ ni kawan saya. panggil dia zai. Dia orang Kedah. Dia naib timbalan ydp kelab kewangan taw. hm. Zai ni cool je orangnya. Baik. Solehah. Matured gittew. Saya suka kongsi cerita dgn dia sebab dia suka bercerita pengalaman dia. Saya sayang awak sampai syurga taw! ;)
Lagi satu, dia single lagi. huhuu klaw nak berkenalan bgtw je huda. email pun boleh! nnti huda tolong arrange kan. heheee. ;'))

ha,, yg ni pulak org yg rajin study. ^^ sgtt** hahha

Final exam just around the corner! Kawan-kawan, sahabat-sahabat mintak doakan huda. Diri ini amat memerlukan semangat dan sokongan. :( doakan ok! 

Nak berjaya
Nak sayang semua
Terima kasih semua!
Terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dalam hidup saya.
Moga Allah merahmati orang-orang yang mengenali diriku ini :)

klik dekat sini ---> Westlife - My Love
Lagu ni dedikasi buat awak teman. :) you are my love bebeh^.^

Monday 2 September 2013

Cinta High Class- Cintaku kerana Agamamu

Posted by athirahhuda at 00:00 0 comment
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur. Masih lagi bernafas pada saat ini. Segala puji bagi Allah masih memberi kesempatan memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. Sekejap je rasa dah masuk bulan September. Rasa betapa singkatnya waktu.. tup tup dah sampai bulan Sept ! bermula saat ini saya akan berumur 20 tahun genapp. eh, belum. ada lagi 4 hari ;) syg ummi abi. <3 terima kasih sudi menjaga& membesarkan anakmu ini. Moga tira dapat balas jasa ummi abi. :)

Ookeh. berbalik kepada tajuk entri: Cinta High Class. ^^ membuak-buak rasa nak baca novel ni bila ada kawan-kawan yang bagitaw novel nie sangat best. Sila lah baca, series best sesangattt ! rugi oi tak baca.

Siap promote dekat instagram lagi. :) 


Betul ! memang buku Cinta High Class sangat best. Roh dan watak Qani'ah dalam buku ni seolah-olah ada. Kadang asyik terbayang keindahan dan kesopanan Qani'ah. Moga diri ini dapat mengikuti jejak langkah solehah Qania'ah. ^^

Selain tu ada jugak tentang bagaimana jika kita inginkan rumah tangga yang harmoni, sakinah (bahagia). Ia bermula daripada bagaimana permulaan cinta kita. Adakah kita bercinta kerana Allah? adakah kita bercinta kerana fitrah orang bercinta? dan bagaimana cinta kita disalurkan.

Buku ini juga buat para teruna dan dara yang sering memikirkan tentang jodoh. Terlalu risau tentang jodoh. Bagaimana usaha mencari jodoh? Usaha yang macam mana kita kena lakukan? Adakah perlu tergesa-gesa atau mengikut trend kahwin muda pada zaman sekarang nie? hmm. Segala-galanya..

Tetapkanlah matlamatmu, tetapkanlah prinsip Islammu. Allah pasti memberikan yang terbaik! Segala-galanya. Jika kita letakkan Allah yang paling Utama dalam hidup kita, pasti hari-hari yang kita lalui penuh dengan kesegaran bunga-bunga dari taman.

Jangan pernah berputus asa. Jangan pernah patah hati kerana Dia sentiasa ada bersama kita. Jodoh pertemuan perpisahan semua keranaNya.

Bila dah habis baca buku ni rasa macam rindu sangat, cinta sangat pada Sang Pencipta.

^^
inshaAllah
ada masa nanti kta cerita detail skit tetang buku nie.
tapi
lebih baik merasainya sendiri
beli @ pinjam
Moga dapat intipatinya
:)

Salam sayang untuk penulis buku,
Ustazah Fatimah Syarha& Dr. Farhan Hadi
Sangat terinspirasi dengan keluarga bahagia ni:)
Moga setiap apa yang ustzh & Dr lakukan mendapat redha dariNya
Moga berjaya dalam setiap apa yang diusahakan
Amin.

1 Sept 
NurAthirahHuda
^^

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review