Tuesday 7 April 2015

Khayalanku

Posted by athirahhuda at 21:44 0 comment
Tidak ada manusia yang tidak diuji
Kadang aku tewas dengan duniawi
Banyak orang tidak jujur
Banyak orang tidak setia
Tetapi tidak mahu terlalu menghukum
Kerana setiap yang ada dimuka bumi ini
tiada yang sempurna
melainkan DIA

Aku bukanlah risau tentang takdirku
tidak juga aku risau tentang diriku
kerana aku pasti perancangan Dia
Dia pasti memberikan yg terbaik buat hambaNya

"Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]


Ya aku hanya hamba
yang sering lalai dan leka
tiap hari aku impi untuk jadi lebih baik
kerana keutamaan ku adalah Dia

Aku memegang amanah
Aku harus gagah
cita-citaku bukanlah seperti yang lain
kerana aku ingin mengembara melihat dunia
aku ingin menambah ilmu ku sebanyaknya
aku ingin mematangkan jiwa ku

Mendongak ke langit
membuatkan aku teruja dengan kebesaranMu
tiada tiang, tiada tongkat
indah ciptaanMu
Melihat manusia mematangkan aku
hidup ini hanyalah persinggahan

Kekayaan, kesenangan dan pangkat
hanyalah warna hidup.
Kerana hakikat hidup adalah
tujuan, niat suci & kesederhanaan.

Syurga matlamatku
masa adalah anugerah
Ya Allah tetapkanlah hati-hati kami
Jauhkan kami dari perkara yang melalaikan

Satukanlah hati-hati kami dijalanMu
Supaya bertemu kembali didalam Syurga FirdausMu.


 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review