Monday 26 November 2012

Indahnya bersahabat.

Posted by athirahhuda at 00:08 0 comment
 Bila mana sahabat saling menjaga hati. Salah sahabat ditegur. Bersama-sama ke arah matlamat yang satu. Segala tindakan yang dibuat bergerak dan melangkah bersama-sama. Tak mengambil hati walau sedikit pun. Melupakan kesalahan yg lalu.. Sangat indah. Tiada yang dapat pisahkan dengan mudah,jika ukhuwah seutuh ini terjalin. Subahanallah. Allah sahaja yg tahu rasanya:) syukran sahabat !!!



Pesanan ustaz Asri dalam kelas tadi :
 Bagi perempuan, 4 syarat untuk mereka masuk ke syurga "Apabila mengerjakan solat 5 waktu,mengerjakan puasa sebulan(Ramadhan), memelihara kehormatannya, serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga."

Subahanallah.. Sungguh sayang Allah kepada wanita. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yg beriman &beramal soleh.. insya Allah. Solat tiang agama, pasti itu menjadi landasannya. Puasa serta memelihara kehormatan iaitu auratnya.. Kalau yg dah kawen taat kepada suaminya. insya Allah jaga diri. semoga kita tidak terjerumus dalam lembah kemaksiatan.


Thursday 8 November 2012

Student Part II

Posted by athirahhuda at 00:10 2 comment
Cakap pasal student university, ofcourse la pasal pelajar2 dewasa yg berumur dalam lingkungan 18 hingga 20++ tahun. So, bermacam kerenah dan cara masing2 mempersembahkan diri dengan kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.. Pelbagai rintangan dan cabarannye taw.. urmm, kadang rasa excited nak balik u.. kadang rasa cam sedih pulak, sakit aty pun ada.. arghh bermacam2 persaan lah 2 3 hari nie =,~

"Baiklah.. Abaikan je perasaan2 sume ni~ pergilah wahai perasaan yang mengacau jiwa naluri   ini~~ dushhh @_@ hee."

Finance.  Now, i'm very proud with my course and i'm falling in love with FINANCE ^_^ dan saya berhajat ingin menyambung degree juga dalam bidang yang sama :) *nampak tak kat situ.. <3 series, suke giler~ Kenapa ek? ntah la.. hati ni macam dah terpaut,tertaut,tersangkut dengan finance nih.. :) thank God because give the best course for me. He know the best for us.. Syukur.. Apa pun yang kita dapat, kta kena bersyukur.. Mungkin sebb ni kot, aku rasa bersyukur sangat..

Ook. Course yg i amik ni 3 years.. diploma in finance, 6 semester. Tapi, sesiapa yg amik diploma mulai tahun ni 2012, dorg sume amik diploma 2 tahun sahaja & semuanya 4 semester. So,nampak tak macam tak berapa nak adil kat situ~ dorg baru masuk tahun ni akan grad sama dengan ktorang yang masuk awal setahun daripada diorg.. 2011 vs 2012 = grad pada tahun yang sama ?? arghhh.! pada mulanya tension la jugakan~ abis dalam tahun yang sama.. kami habis April 2014 mereka habis Jun 2014.. Tak ke tahun yang sama tu??

Dengan berbekalkan kecekalan dan semangat yang waja, kami ( zai & saya pada mulanya ) bertungkus lumus menyatakan rasa ketidakpuashatian kami dekat pensyarah2 & ketua jabatan kami. Jika tanya pensyarah, mereka kata " da nak buat camne, grad je la sesama dengan diorang.."  uikkkss,,lagi membara ada lah hati nie..

So, kami pun bertanya pendapat jika boleh kami cepat kan pelajaran, asalkan habis cepat xkira lah grad sama pun, tapi, habis belajar awal / tahun yang berlainan daripada diorang*junior*  pun da oke dah... so, ketua jabatan kami En,Jefri cakap bole asalkan kami amik sume subjek tyme diploma nih.. nak tambah subjek pun xkesah, nak amik subjek dengan senior / junior pun xkesa..Asalkan pandai arrange jadual sendiri.. Mulai dari tu kami pun menyusun jadual sendiri & mengambil subjek tambahan serta mengajak sahabat2 kelas... dengan persetujuan, ada dalam 5 orang yang nak meneruskan perjuangan termasuk kami.. berbekalkan kecekalan dan semangat tadi kami memulakan kelas dengan senior~ sebelum ni xpernah lagi dibuat org... kami batch first kot. insyaAllah. Doakan kami :)

Ianya bermula semasa awal semester 3 , tyme junior masuk. Kami menambah subjek dan masuk kelas bersama senior kami. Mula2 rasa kekok je masuk kelas dengan senior.. Tapi, bila dah lama2 oke je sebenarnya. Dan seterusnya semester 4, ada juga subjek tambahan yang kami bakal ambil bersama senior sekali lagi :) hope kami dapat buat yang terbaik !!! Diploma  be the best for me . I want get first class diploma (^_#) Amin Amin Amin Ya Rabb :)

Alhamdulillah . Allah give me everything the best, Syukur padaNya . Subhanallah.. :)

"Allah tidak akan berbuat apa-apa, kepada insan yang berhajat mengubah hidupnya,hanya bila insan itu berusaha, maka ALLAH akan menurunkan pertolonganNya" moga Allah memberkati urusan kita. InsyaAllah. Amin .

P/s : Maaf sekiranya tak faham apa yang saya tulis. Buat-buat faham je la ek, kalau yg xfaham tu..hanya luahan persaan daripada seorang yang xgheti nak buat karangan ^_^ thanks sebb sudi baca~ k bye.


Tuesday 6 November 2012

Student

Posted by athirahhuda at 15:42 0 comment
Assalamualaikum.

Sebenarnya, tak ada idea pun lah nk tulis apa kat blog ni. Idea ni kan selalu datang time kita rasa malas nk tulis. Pastu, tyme kte rajin nk tulis, da tak taw pulak nk tulis apa .. Aishh, berat2~ ;)

Oowk. Nak share sket la pasal study. Untuk maklumat sume, saya seorang mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin atau nama pendeknya UniSZA :) sekarang berada di tahun ke2 .Kos pulak, ambil kos kewangan sebab minat kira2, sains tak suka! hee . Oowk. berbalik kepada study, now, da nak masuk sem 4 dah, begitu pantas masa ini berlalu~~ kan kan kan ? ^_

Mula2 dulu tyme first2 dulu kan.. bila dapat je tawaran masuk u, macam2 perasaan ada. Sedih, gembira, nak belajar bersungguh2 & tak nak hancurkan harapan family.. yela.. tyme tu apa orang kata, sesuatu yang kita inginkan dah pun tertunai. Harapan nak masuk u tu dah pun tercapai. Alhamdulillah. Dah alang2 sekarang ada kat u.. inilah masanya kita buat & tunjukkan yang terbaik.. tak gitu ? :)

So, sekarang tengah menunggu result yang bakal keluar tak lama lagi.. grrr, ternanti-nanti dan cuakkss~ hope dapat yang terbaik deyh! ada 2 minggu lagi cuti sem. Banyak benda sebenarnya nak buat.. Tapi.. still cmtu je... argghhh, please2 go go go tira ! :) who fail to plan is plan to fail -_- be the best. do the best.! 

k bai :)




Monday 29 October 2012

Bridal Boutique

Posted by athirahhuda at 15:28 2 comment
Assalamualaikum...

Hye ! apa khabar?  Kepada bakal2 pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga & yang sedang tercari-cari lokasi ataupun pilihan butik pengantin. Sedikit cadangan yang ingin dikongsikan tentang Butik Pengantin yang terletak di Shah Alam. Pelbagai pilihan dan pakej2 yang menarik yang ditawarkan. Rekaan & hiasan terkini boleh di dapati disini. BUTIK PENGANTIN FIQRAH ANGGUN beroperasi di No P.07A, Jalan Utama, Kg. Melayu Subang Tambahan, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

Butik Pengantin Fiqrah Anggun menawarkan :

---> Pakej perkahwinan & bertunang
---> Make-up & andaman
---> Menyewa peralatan & persalinan pengantin
---> Menyewa pakaian bertunang
---> Hiasan pelamin & bilik tidur
---> Fotografi, Videografi
---> Canopi, meja & kerusi
---> Catering
---> Gubahan hantaran
---> Sound system & karoke

Gambar eksklusif daripada Butik Pengantin Fiqrah Anggun ::



-- Selain itu, Butik juga menyediakan BUAIAN BABY (untuk majlis Cukur Jambul)


Dan pelbagai lagi pakej-pakej & pilihan menarik untuk bakal pengantin! come and make your wedding caremony the best in your life ! :)

P/s : untuk maklumat lanjut boleh hubungi : Pn. Effa : 012-3594524 / 019-2614124
       more photo will be updated soon! :)

Raja Sehari, Hanya sekali :)


Wednesday 17 October 2012

The Miracle Of Jodoh

Posted by athirahhuda at 19:03 0 comment
Jodoh itu rahsia Allah.

"Jodoh adalah ketentuan Allah, tapi masih ramai yang mempersoalkannya. Kematian juga adalah ketentuan Allah, namun amat jarang sekali orang yang berbicara tentangnya."


Sesungguhnya jodoh itu adalah rahsia Allah, berdoalah moga urusan jodoh kita dipermudahkan.amin.amin.amin


Amin.


Note : Only in the remembrance of Allah can the heart find peace ^__^
In Sha Allah.

NurAthirahHuda




Friday 21 September 2012

SAHABAT

Posted by athirahhuda at 00:32 0 comment
Subahanallah..

 Memang pedih,perit hati nie, ble kte cakap elok2 dengan orang tu & mintak maaf kat dye.Tapi dye tak maafkan kte n macam kte je yang salah... 

Awak tak maaf kan saya n tak jaga hati saya langsung. Hei ! ketahuilah bahawa hati seorang itu mudah terasa. Saya rasa macam saya langsung tak dihargai sepanjang perkenalan kte. Saya sedih sangat !!

tapi kenapa awak buat saya cam nie. Ingatlah, hati sangat mudah terguris. Jaga hubungan dengan Allah, Jaga juga hubungan dengan manusia.. barulah hati sentiasa tenang & segala yang kita buat dipermudahkan.. Semoga Allah merahmati kamu. Saya kecewa.

Saya tak boleh kalaw saya tengah happy, tiba2 ada orang marah saya.. Saya rasa macam nak nangis T_T sorry.


p/s : Awk dlm cerita ini ialah sahabat. Jagalah hati sahabat yang lain ,insyaAllah hidup kita akan sentiasa diberkati olehNya. Jangan pentingkan diri sendiri sebb kt dunia nie kta hidup bukan seorang je. 
Bersahabatlah dengan semua orang & sayangilah sahabat anda seperti anda menyanyangi diri anda sendiri . ok ! :))  >>Indahnya Persahabatan<<

Saturday 15 September 2012

Sabar & berani

Posted by athirahhuda at 23:16 0 comment

" Dua ujian yang paling sukar dalam hidup ialah KESABARAN untuk menunggu waktu yang sesuai dan KEBERANIAN untuk menerima apa sahaja yang bakal dihadapi. "

       Hidup ini umpama roda, kadang kita diatas kadang kita dibawah. Kadang gembira kadang sedih. Masa hadapan yang tidak dapat dijangka kadang-kadang menakutkan diri kita sendiri. Takut dengan bayang dan wajah sendiri.



      Sangat ingin berusaha dan menjadi yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Buat apapun pasti nak yang terbaik . Kadang ingat dulu sebelum buat apa-apa.

      Moga kita semua berada dalam rahmat & barakahNya. Orang yang kita sayang juga sebenarnya nak yang terbaik untuk diri kita. Harap segala apa pun yang berlaku adalah dengan kehendakNya. Kita sebagai hamba, hanya mampu berusaha dan berdoa moga dapat yang terbaik.

Kadang kita tak tahu perkara yang kita buat tu baik ataupun tidak . Adakalanya, kita pun tak tahu perkara yang kita buat tu perlu atau tak. Sebenarnya kita sendiri yang menilai & mencari arah tuju. Tetapkan matlamat , pasti perbuatan kita akan terarah kepada matlamat yang kita sematkan didalam sanubari kita :) insyaAllah.



Mood : macam nak marah sume org je hari nie. Tapi, cuba untuk simpan je dalam hati.. Muka pulak nmpak cm penat n letih jee.. Senyum sikit! :))))) Alhamdulillah :D
p/s: sambil dengar zikir terapi HAFIZ HAMIDUN :)) dengar taw! tenang je :)

Friday 3 August 2012

14 Ramadhan 1433 H

Posted by athirahhuda at 08:07 3 comment
 Dah 2 minggu da kita puasa :)

Semalam 13 Ramadhan, berbuka dekat pantai (Pantai Batu Burok, Terengganu). Bersyukur rasanya dikurniakan oleh Allah dengan segala nikmat-nikmatNya. SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahhuAkbar !

Sangat best ! dengan angin sepoi2 bahasa :) hee *sangat memahami.

Starting dengan membeli juadah berbuka berhampiran Pantai Batu Burok. Sangat sesak dengan keterujaan orang ramai membeli makanan untuk berbuka. Sehinggakan 'ter'berhenti di dalam kesesakan orang ramai. Terlalu sesak (mungkin sebab  kitorang sampai pukul 6.45pm) ke kanan tak boleh, kekiri tak boleh apatah lagi kedepan@ ke belakang..( duduk diam2 kat situ eh) hee.

Lebih kurang cam ni sesaknya bazar Pantai Batu Burok tuu. *Sabar ye ^_


Setelah selesai berbuka, kte pegi ke destinasi seterusnya iaitu Masjid :D 

Masjid adalah tempat yang paling tenang.

Usai solat maghrib. Duduk di penjuru masjid menunggu rakan2 yang lain selesai . Bermacam2 yang bermain-main di fikiran. Ingin berubah menjadi yang lebih baik. Belajar . mencari ilmu yang sangat luas . bekerja . berkahwin ( dgn bakal imamku :)hee ) . syurga yang kekal abadi . Berharap redhaNya. T_T
Sangat tenang dan damai ketika  berada di dalam masjid . macam ada magnet duduk dalam masjid tuu. rasa nak duduk je situ sampai esok pagi. tapi, tak boleh. hee. Semoga Allah merahmati :)

*sambil dengar lagu Maher Zain. Hayati liriknya :)


i love you so by Maher Zain
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You ♥  Allah .


Saturday 28 July 2012

Perantau

Posted by athirahhuda at 18:00 2 comment
8 Ramadhan 1433H . Sekejap je rasa . First Ramadhan dekat rumah , second Ramadhan dah sampai u semula. Camni lah hidup seorang perantauan (cee macam la jauh sangat UniSZA tuu ~) huhu Terengganu je . Btw, sangatlah terasa bila bersahur dan berbuka di universiti nie. (hee adat la kan) tapi, memang kena pandai-pandai lah. bilik dah macam kitchen room + bedroom + study room da. Haaa, 3 in 1 jugak . Hahaha


Sahur dengan cucur segera nie. sedap ! 
;)

Semalam call umi. Umi tanya camne sahur n b'buka kat u? makan apa?.. hee dengan bangganya menjawab "makan cucur time sahur, buka puasa pulak makan nasi goreng " hee  (oke la tu kan) tapi, klaw xsempat makan kurma je pon da cukup. Lain la kalau kat rumah everyday makan nasi sahur @ berbuka.. Pasti ! hee. So konklusinya, dapat lah berdikari time puasa ni.. Tapi series, klaw duk jauh dengan family memang akan rase lebih bertanggungjawab dari biasa kan ? hee. 

Seriously, memang sangat bermotivasi duduk kat sini.. hee panjang la pulak muqaddimah nye.. hohoho. Ooke, actually nak citer pasal motivasi diri.. Sebagai seorang khalifah @ insan di muka bumi ini, haruslah kte mempunyai motivasi diri ataupun matlamat kita hidup dimuka bumi ini.. Sebagai seorang hamba yang mendambakan syurga yang kekal abadi.. insyaAllah :)

teringat status salah seorang sahabat di fB.

"Belum tentu lagi kita bakal PENGANTIN, apatah lagi bakal IBU @ BAPA.. Tetapi yang pasti kita bakal JENAZAH. "  

i-Allah semoga kita semua dikalangan orang-orang yang soleh dan juga solehah. Amin.




KMK

Posted by athirahhuda at 00:59 3 comment
Assalamualaikum

Hello Hai.. kenangan lepas sukan Kelab Mahasiswa Kewangan (KMK) , ttbe terserempak dengan adik-adik comel nie.. diorg speaking ganu.. pahe la sikit-sikit..  :)

Zai dengan adik-adik yang sangat teruja :D

Jom wat peace adik-adik ! (Y)


Wednesday 6 June 2012

Million Of Youth Gathering 2012

Posted by athirahhuda at 15:50 4 comment
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. selesai membuat research for Millions Of Youth Gathering at Putrajaya. 23 hingga 27 Mei .(2 minggu yg lepas, bru nk update ary nie :D hee) Walaupun, niat dihati hanya ingin menjadi volunteer. Tetapi kami diberi sijil dan wang sebagai tanda penghargaan. Thanks to IPPBM (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia) ^_^

happy  ! :D 


** Urmm, cuaca : hujan kat lua . 
* wednesday . 0:50 . 6 Jun 2012 :))



Friday 18 May 2012

Hari Ini :)

Posted by athirahhuda at 14:01 0 comment
Assalamualaikum .. Hai ! Hello, Ni Hao Ma ?? ^_ 

Baiklah.. hari ni actually cuti daripada keje dengan Umi & Abi ...so, duduk kat rumah sambil melayari internet.. ^_^  sebenarnya nak cari klinik haiwan untuk kucing,sebab ada KUCING kat rumah ni menghidapi penyakit yang dah 4 hari tak baik-baik.. so, search la kat gOogle ~~> Klinik Haiwan Kerajaan.. hee murah sket. ( org kata private upah mahal. hee) .. so, cari punye cari, jumpa la kat Petaling Jaya.. jom mulakan perjalanan ke PJ dengan GPS ! hee (jarang gi, takut sesat ) :p





Then, bile da sampai PJ, pusing-pusing la (GPS tu kate da sampai) .. tapi, xnampak pun 'Klinik Haiwan' ... huh, penat jugak pusing2 drive manual.. tapi, kuatkan diri jgak nak anta kucing tu,,cian dye da lme sakit.. Last2, balik sebab tak jumpa klinik tu.. call pon xdapt.. sah2 la klinik tu da pindah @ memang klinik haiwan tu da lame tutup -_- .. jadi, tanpa berfikir panjang, pergi je la private clinic dkat kepong..



Mungkin da rezeki kucing tu.. jumpe jugak dokor.. kene bgi detail dulu kat doktor, siap tanya nama kucing lagi kau.. hee~ then, doktor tu bagi keputusan untuk tinggalkan kucing kat situ, (masuk wad) esok baru ambil dye balik.sebab dye nak bagi injection n yg paling penting kene bayar RM150...... Alamak ! ktorg bawak RM50 je.... hehe! huh,, . mesin ATM membantu kami..thanks :)

*sian kat kau kucing kene tahan kat wad kejap.. hehe.. byebye.. esok balik rumah balik,, don't worry dear ^_^  

____________________________________________________________________



Perghh, lepas hantar kucing tu da relax sket ( lega ^_^ ).. ktorg pon apa lagi.. pergi jucso kepong laa :D hehe jalan2 cuci mata ;) lagipun lapar, da pukul4 ktorg tak makan lagi !!! jOm berlari ke fOOdCourt !!  sampai je foodcourt jusco tu terus order TOMYAM + NASI+ TELUR GORENG... weeEe~ sedap ! nanti saya datang lagi ye kak! haha xD

Then, lepas solat asar.. ktorg pun terus jalan2 kat dalam jusco tuu.. Wee~ cuci mata.. ktorg nampak handbang then belek2 japp.. tiba2 ternampak pulak handbag yang umi nak beli ary tu kat SOGO tapi,xjadi sebab nak tunggu discount... hehe..tp ktorg nak buat suprise la kat umi.. hadiahkan umi handbeg yang diimpi-impikan selama nie~~. yey ! handbag tu sempena HARI IBU + HARI LAHIR.. befday umi 8 JUN, tapi saje nak sambut awal.. lgpun awal bulan 6 nnti nak balik uni pulak,takut xsempat nak celebrate. hehehe. sO, apa lagi, dengan berbekalkan kad VISA .. beli la handbeg tuu~~ 


SEMBONIA untuk umi daripada 
Abi, Along, Abang Reza, Angah, Kakcik, dan Syafiq.. ;)



# SELAMAT HARI IBU & HARI LAHIR UMI.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.. Semoga Allah permudahkan segala urusan umi.. Amin...



Thursday 17 May 2012

Mutiara Kata

Posted by athirahhuda at 03:54 0 comment


"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merentasinya perlahan-lahan" :)



"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan"



"Rezeki ada di mana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal"


"Aku hanyalah insan yang belum mengenal cinta, Ku takut mencintai Ikhwan yang bukan mahramku. Hanya yang berhak dan halal buatku. Ku hanya bisa mencintai jika dia telah menjadi mahramku, dan dia dapat mencintai dan membimbingku kerana Rasa Cinta pada Allah swt.."


Sunday 13 May 2012

i Love u

Posted by athirahhuda at 12:13 3 comment

To : Your Heart


                     i Love You

                                                        From : My Heart  <3




Friday 4 May 2012

Biar menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah

Posted by athirahhuda at 15:34 0 comment
Sesi dialog ( liberal girls Vs Ustaz )





Liberal girls :
" Beginilah ustaz, saya buat contoh supaya ustaz mudah faham.. ada seorang wanita yang tidak menutup aurat.. tetapi dia baik ,rajin, pemurah, penyayang, hormat ibubapa, suka menolong orang dan ada pula seorang perempuan yang bertudung..tapi jahat, suka mencaci mengata orang , sombong , pentingkan diri sendiri, kedekut, suka cari gaduh ,.. yang mana lebih baik ustaz.... ? "


Ustaz :
" Saya faham maksud awak. oklah, tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia baik, buat amalan baik, pemurah, menolong orang.. sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan.. tetapi ingat.. Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt.. kita akan ditanya tentang dosa dan pahala.. jika ada dosa yang kita lakukan..maka pahala kita akan dipotong.. jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun..tetapi jika tidak menutup aurat.. pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup.. sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya,akhlaknya, disebabkan oleh kita yang membuka aurat.. sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka. "

" Adapun perempuan yang bertudung.. dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat.. dan jika dia melakukan dosa lain.. yakni seperti mencaci,mengata,sombong dan sebagainya.. maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan.. agar tidak di azab diakhirat.. sekiranya  tidak, dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan.. cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat.. kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa aurat ni.. lama sangat. "


Liberal girls :
" Oh yeke ustaz.. maaflah ustaz, saya tak pandai agama.. saya cuma dengar orang bercerita dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka 'the liberal gurlz'... yang menyatakan .. kalau tak boleh buang sifat-sifat jahat dalam diri.. tak guna pakai tudung labuh.. munafik namanya tu.. tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik.. barulah kita pakai tudung tutup aurat...."


Ustaz :
" Hahaha bila la agaknya tu..baru awak jadi benar-benar baik.. bila dah masuk kubur.. ?
" Satu perkara yang mesti kita ingat  dan perbetulkan persepsi kita.. berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh.. berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta.. kerana  ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya.. apakah kita boleh menjamin umur kita panjang? apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah.. "please don't make your life as gambling game" jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti... " Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat.. maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu???? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?"

" Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect, hensem, macho.. hmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya "


Liberal girls :
" Huhuhu, ustaz.. gerun saya dengar penerangan ustaz ni.. barulah saya faham.. saya ingat apa yang dikatakan oleh kawan-kawan saya tu betul.. rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya..!!  Terima kasih ustaz..barulah saya faham dan insyaAllah saya akan berubah.. cumanya mungkin ambil masa juga ustaz.. maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni.. kawan-kawan saya 'The liberal gulz' pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung.. aduihh susahnya ustaz.. kalau diorang kutuk saya.. mau menangis saya nanti.... "


Ustaz :
" Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah ."


Liberal girls :
" Isk..isk..isk.. yelah ustaz .. terima kasih.. saya rasa insaf sangat.. terima kasih ustaz.. semoga Allah mengampunkan dosa saya.. . "


Ustaz :
" InsyaAllah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik.. saya akan doakan... "


Perempuan bertambah cantik apabila bertudung.. apatah lagi jika bertudung seperti muslimah... semoga menjadi muslimah yang solehah ! :)




Wednesday 2 May 2012

Khasiat Buah Tomato :')

Posted by athirahhuda at 23:57 4 comment
 TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun bukan semua orang menggemarinya! :)
Tomato ini mempunyai pelbagai khasiat tersendiri. Membantu mencegah penyakit merbahaya, malahan mencantikkan kulit muka.



Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Khasiat tomato untuk kesihatan ::

## BAIK UNTUK KENCING MANIS
   Kandungan karbohidrat dalam tomato sangat rendah,maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

## BAIK UNTUK OBESITI
   Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah 1 atau 2 biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama,ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalakn kesihatan :))

## BAIK UNTUK IBU YANG MENYUSU
   Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

**dan banyakk lagi khasiat tomato untuk kesihatan. biasa-biasakanlah makan buah tomato ek. :) dulu-dulu selalu jugak makan tomato cicah dengan gula~~ sedap jugak ^_~ TAPI, gulanya janganlah banyak sangat k.

TOMATO + GULA = SEDAP!


TOMATO juga mencantikkan kulit taw! tak percaya cubalah !! :))

1. MENGECILKAN LIANG ROMA
   Campurkan 1 sudu jus tomato segar dengan 2 hinggs 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suma untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

2. MERAWAT JERAWAT
   Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

3. MEMBERSIHKAN KULIT MUKA
   Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kombinasi (berminyak,biasa, dan kering) kerana ia menggabungkan astrigen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E- kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membaut topeng pada muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit. Boleh juga sapukan campuran jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.


Jadi, hasilnya pasti menggembirakan ^_^ muka akan nampak lebih bersinar dan segar.. jOm cuba buah tomato yang segar !! klaw malas sangat, potong tomato, dan jangan terlalu nipis atau tebal, ala kadar je, pastu sapukan pada muka anda atau tepek je kat muka tuuu~~ . sElamat mencuba ! >_^ 

Friday 27 April 2012

TULIS MATLAMAT ANDA DENGAN JELAS ;)

Posted by athirahhuda at 06:39 5 comment
ASSALAMUALAIKUM

apa khabar ? semoga anda berada dalam keadaan sihat dan semangat ! =)

Hai, HELLO. hari ni saya suka untuk berkongsi dengan anda tentang >MATLAMAT<

Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan,terlupa dan sebagainya. Tiada manusia yang SEMPURNA betul ? ada yang sentiasa mengulangi kesilapannya, ada yang kadang-kadang kembali ke tabiat buruknya, ada juga yang memang sudah serik jatuh,tetapi tidak kuat untuk berdiri. Jadi, sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya mempunyai matlamat ataupun arah tuju. KEMANA dan DIMANA kita selepas ini. bukan hanya menanti dan hanya berserah,sebaliknya haruslah mempunyai arah tuju dan matlamat diri yang jelas dan berpegang kepada matlamat supaya kita tidak leka dan terpesong dari jalan NYA.




Tahukah anda, di dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.


 Menulis matlamat anda seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran anda dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar ataupun separa sedar untuk anda mencapainya.

  Matlamat yang tidak tertulis seumpama angan-angan sahaja (inilah angan-angan Mat Jenin masa kini ). Apabila anda menulis matlamat anda diatas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata dan boleh disentuh.
Anda telah membawa matlamat dalam imaginasi kepada bentuk yang anda dapat menggenggamnya ! Samalah dengan tujuan matlamat anda...Anda ingin menggenggamnya !

Jelaskan matlamat dan sasaran anda pada sekeping kertas dan letakkan di bilik tidur anda dan anda boleh melihatnya setiap hari.(untuk matlamat yang paling anda ingin capai&membakar semangat) Matlamat mesti sesuatu yang boleh dicapai dan realistik.
Jadikan bilik tidur anda sebagai kem operasi peperiksaan. Antara yang perlu ada ialah, meja dan alat tulis yang mencukupi ,countdown berapa hari lagi nak exam,nak hantar assignment,nak jumpa lecturer, jam dinding, cetuskan suasana bilik yang selesa untuk belajar ( warna terang dan lembut), bilik bersih, kemas dan harum. Jangan letakkan apa-apa selain dari buku dan alat tulis di atas meja belajar. Ada yang suka letak pembalut gula-gula, cawan kopi, tali leher, kunci, jam tangan, anak patung, duit syiling baju dan sebagainya. Ini sangat merbahaya. Meja anda akan menjadi "rak serbaguna" dan bukannya meja study yang baik.

SEMOGA ANDA BERJAYA ! :)




Friday 13 April 2012

perkongsian buat sahabat

Posted by athirahhuda at 00:41 0 comment
   Berusaha mendekatkan diri kepada Allah swt sambil banyak berdoa. :)


 “ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3). 

 Sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan perngorbananmu, Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata, Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.



'Jika rindu ini bertatah,aku harap biarlah untuk AllahAndai rindu ini menarik resah kepadaMu aku pasrahAndai pencarian ini masih belum kutemui,Ya Allah damaikanlah hati.Biarlah resah menarik sepi Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMu.'
### till jannah . :)
### till jannah . :)
### till jannah . :)  

Sunday 1 April 2012

assalamualaikum w.b.t

Posted by athirahhuda at 15:11 4 comment
hello ! hari ni nak share about my cat .. my cute cat ^_^

hello malaysia ! cool kan saya :)

haa, ni antara salah satu kucing yang ada kat rumah, nama dia oskar ! haha . nama kucing ni diberi sempena nama bapak dia.. so, nama panjang dia oskar bin oskar~~ hhaha pon bole>>< :D
kucing ni ada 4 adik beradik..oskar anak ke 2 :) oskar ni jantan tau ! hahaha  adik beradik oskar ada seekor abg :: nama : kusyii . & dua ekor adik betina.. nama :: pusyii & tak tahu sape nama yg 1 sebb da bagi kat org :)

so,, kucing2 ni sangatsangat manja :) tengok gmba kat atas tu~~~ phewit !! manja kan . & baik sgt dengan org.. mereka ni xbole hidup tanpa org :) sebb harihari mesti cari org menggedik ! hahaha. oke that's all for today . byebye >>  :))))))) muahhxxxxxxxxx !! 

Thursday 29 March 2012

my rainbow ? haha

Posted by athirahhuda at 15:29 0 comment
ASSALAMUALAIKUM

oke. hai ! today is thursday . :) cadang nya nk pegi OU dengan along yg sedang sarat mengandung tu~~ hee tp,cm xjd jee~` hmm, cmni la tiap hari..




tapi kan.. macam ada cdangan tyme cuti sem ni kan~ ~>< huu~  ape kata, klaw pegi library hari-hari ^_~  mesti best kan ! :) tapiiii, nak pegi dengan sape ? kereta ada, minyak kereta pon bole isi, pemandu pon ada gok.. cuma xde sape yg nak teman je.. hmm, nasib2. kalw la ada kembar ke.. mesti besh !! sume buat sama2 kan ? 


2 is better than 1 =)



copy n paste


c u t e


****tapi, klaw sorg2 pon oke jugak , xde la asyik nak berebut je dgn kembar tu kan~ klaw dpt ssuatu,dpt sorg2 xpyah kongsi kan ? # haha nampak sgt tamak nyer>><<

Tuesday 27 March 2012

7 Petua Pandai Bahasa Inggeris

Posted by athirahhuda at 20:57 0 comment
Assalamualaikum...

Ooke. ary ni sebenarnya meng 'google' tempt utk amik course english kat shah alam. suddently , terjumpa tips2 ni. so, ape kata kite try dulu nak ?? hehe.. jOm try 7 petua pandai bahasa inggeris nih~ from OSMAN AFFAN =) try your best k !  chAiyOOok ! ^_~

_________________________________________________________________________________


Petua 1

Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petuanya ialah ‘kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda’. Bagi saya, jika anda mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini adalah petua yang paling penting. Mengapa?
Saya percaya, halangan utama untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris bermula di dalam minda anda. Jika selama ini anda lemah dalam subjek ini, selalu gagal dalam peperiksaan atau mendapat gred yang tidak memuaskan, selalu diketawakan apabila berbahasa Inggeris dan selalu merasa tertekan apabila berada di dalam kelas Bahasa Inggeris, anda akan hadapi kesukaran untuk menguasainya.                                            
Selalunya, jika tahap penguasaan bahasa Inggeris anda lemah, anda pasti ada masalah keyakinan diri untuk mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk mempelajarinya kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak mungkin menguasainya. Satu berita baik untuk anda, seperti yang saya katakan pada awal petua ini, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut satu kajian, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma terletak pada minda di mana anda mungkin selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.                                                                                                                                                         


Begini. Mulai hari ini, apabila anda mahu belajar Bahasa Inggeris, lupakan kegagalan anda yang lalu. Bayangkan suatu ketika pada masa akan datang. Bayangkan anda sudah biasa bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan anda sedang berbual-bual dalam bahasa Inggeris dengan beberapa pelancong daripada Eropah. Rasakan betapa seronoknya apabila anda dapat bertutur dalam bahasa ini dengan begitu lancar dan mudah.                                                                                                                                                        
Mulai hari ini, apabila anda mahu membaca sesuatu dalam bahasa Inggeris, bayangkan dahulu yang anda memang sudah biasa menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian anda.                                              
Mulai hari ini, apabila anda berdiri di hadapan cermin, cuba senyum dan bayangkan yang anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Anda tidak perlu menyebut apa-apa langsung. Anda cuma perlu senyum, jangan berkata apa-apa dan bayangkan yang anda sedang berbicara dalam bahasa Inggeris.    
Bunyinya mungkin agak pelik tetapi jika anda lakukan beberapa kali dengan bersungguh-sungguh, anda akan mula rasa keyakinan diri anda meningkat. Apabila keyakinan diri ini meningkat, akan timbul keinginan dalam diri anda untuk terus berusaha memajukan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda.                                                    
Selamat mencuba.                                                                                             



Petua 2

Untuk petua yang kedua, cuba anda lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa Melayu? Tidak bukan?
Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Tetapi bagaimana mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya ialah dengan menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary).
Jika anda rasa anda tidak pandai bahasa Inggeris, besar kemungkinan anda mempunyai perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu mengucapkan “saya mahu makan nasi” dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan saya, apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan apa perkataan nasi dalam bahasa Inggeris.
Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya. Percaya atau tidak, ini adalah sebab terbesar mengapa ramai orang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa.
Jadi, setelah anda tahu petua ini iaitu jika anda mahu menguasai bahasa Inggeris, anda perlu menguasai perbendaharaan kata, apa yang patut anda lakukan? Baiklah. Ada beberapa aktiviti yang boleh saya cadangkan untuk anda menambahkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda.

Langkah pertama, anda perlu tahu dahulu berapa banyak agaknya perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu. Ambil sekeping kertas atau satu buku tulis dan bersedia untuk menulis. Tulis tajuk ini, “Things that I can see in a classroom”, benda-benda yang saya boleh lihat di dalam bilik darjah.
Di atas kertas itu, tulis sebanyak mungkin benda, perbuatan atau nama dalam bahasa Inggeris yang anda tahu dan yang anda boleh lihat dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya dalam bilik darjah ada papan hitam dan kerusi, jadi anda tulis ‘black board’, ‘chair’. Tulis sebanyak mungkin. Anda juga boleh menulis kata kerja contohnya anda lihat ada pelajar sedang menulis. Jadi anda tulis ‘write’.
Uji diri anda sebanyak manakah anda boleh tulis perkataaan bahasa Inggeris ini. Saya cadangkan buat permulaan letakkan minimum 20 benda. Jadi, tulis nombor 1 sampai 20 dan mula menulis semua perkataan bahasa Ingeris yang anda tahu yang anda boleh lihat di dalam bilik darjah.
Jika ini mudah bagi anda, ia bermakna perbendaharaan kata anda agak baik. Tambahkan lagi jumlah perkataan daripada 20 menjadi 40. Ia akan membuat anda berfikir dengan lebih kuat lagi untuk mengingat perkataan-perkataan yang anda tahu.
Selepas itu, anda boleh tukar kepada situasi lain pula. Tukarkan ‘classroom’ atau bilik darjah itu kepada ‘playing field’, ’supermarket’, ’swimming pool’, ‘office’ dan sebagainya. Semakin banyak perkataan yang anda tahu melalui aktiviti ini, anda akan jadi lebih bersemangat dan yakin.
Anda boleh rujuk kamus untuk menambahkan jumlah perkataan yang anda tahu. Namun, cuba buat dulu aktiviti ini tanpa melihat kamus. Setelah selesai, baru rujuk kamus dan tambah senarai perkataan yang anda tahu.
Esok saya akan berikan lagi aktiviti lain untuk menambahkan perbendaharaan kata. 


Petua 2.1



Seperti yang saya nyatakan semalam, untuk menguasai bahasa Inggeris, anda mesti menguasai perbendaharaan katanya. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut.
Satu cara paling cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas.
Begini. Semasa saya membuat persediaan untuk belajar ke United Kingdom di PP ITM Shah Alam pada tahun 1994-1996, tahap penguasaan bahasa Inggeris saya masih agak lemah. Saya sebenarnya lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan lima.
Jadi, saya fikir semula apa yang menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah saya ada satu buku khas yang saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab. Bagaimana cara menulisnya?
Katakan anda membaca apa-apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan terjumpa mana-mana perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk kamus. Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan tersebut di atas bahan bacaan tadi.
Maksudnya, jika mereka ada buku cerita bahasa Inggeris, buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan maksud perkataan yang mereka tidak faham. Cara ini tidak berkesan untuk membuat anda hafal perkataan bahasa Inggeris dengan cepat. Mengapa?
Pertama, buku atau bahan bacaan itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. Kedua, apabila maksudnya sudah ada di situ, anda tidak akan mengeluarkan sebarang usaha untuk mengingat maksud tersebut. Anda akan hanya bergantung kepada buku yang sudah ditulis terjemahannya. Jadi, hentikan tabiat begini.
Ini cara yang betul. Ambil satu buku khas, jika boleh, buku berkulit tebal supaya ia lebih tahan. Setiap kali anda jumpa perkataan yang anda tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan di dalam buku khas ini tadi. Tulis
  1. Perkataan itu
  2. Maksudnya (menggunakan bahasa inggeris atau bahasa Melayu)
  3. Contoh dalam ayat. (Salin satu contoh ayat. Tidak adagunanya tahu maksud sesuatu perkataan tetapi tidak tahu bagaimana cara menggunakannya.)
Langkah ketiga itu penting. Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, katakan anda orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa perkataan ‘cekik darah’ dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang terlau tinggi hingga menganiayai orang lain.
Jadi anda buat ayat begini, “Ali cekik darah orang kampung kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula”. Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat yang sepatutnya,”Ali dikatakan cekik darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula.
Praktikkan teknik ini. Jika ia sukar, fikir kembali, anda mahu menguasai bahasa ini atau tidak? 




Petua 2.2



Semalam saya ada ceritakan bagaimana anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan mempunyai satu buku khas perbendaharaan kata. Bolehkah anda lakukannya? Untuk menjayakan usaha memiliki buku khas perbendaharaan kata itu, anda perlu baca tips seterusnya ini. Tips ini berbunyi, anda perlu‘jatuh cinta dengan KAMUS’.
Mengapa jatuh cinta? Kamus adalah penghubung utama antara anda dengan bahasa Inggeris. Bagi saya, jika anda sedang belajar bahasa Inggeris, tanpa kamus, ia seolah-olah anda sedang belajar menunggang basikal tanpa menggunakan basikal.
Pelik bunyinya kan? Tanpa kamus, anda mungkin boleh kuasai bahasa inggeris tetapi ia pasti sukar dan memakan masa yang agak lama.
Menurut pemerhatian saya semasa saya mengajar subjek Sains, Matematik atau Bahasa Inggeris untuk pelajar di peringkat PMR, lebih separuh pelajar saya tidak memiliki kamus. Alasan biasa yang diberikan ialah mereka tidak ada duit untuk membeli kamus. Simpati juga kita dengar bukan?
Tetapi yang peliknya mereka ini semua masing-masing ada handphone dan selalu menghantar sms setiap masa. Saya tanya mereka berapa banyak prepaid handphone sebulan, ada yang kata RM10, 20 dan ada yang mencecah RM50. Terkejut bercampur geram juga saya jadinya kerana sebuah kamus ringkas boleh didapati dengan harga lebih kurang RM11 sahaja.
Mulai hari ini, jika anda belum ada kamus, cari jalan untuk memilikinya. Jika anda sudah milikinya, cari jalan untuk selalu gunakannya, bukan dijadikan perhiasan untuk mengumpul habuk di dalam bilik anda. 
Satu tips lagi, pelajari cara menggunakan kamus dengan cepat.
  1. Belajar bagaimana cara mencari sesuatu perkataan dengan cepat. Contohnya jika anda cari maksud perkataan ‘Break‘, cuba lihat berapa lama anda ambil masa untuk mencarinya. Bolehkah anda mencarinya dalam masa kurang 5 saat? Anda pasti boleh jika anda cuba.
  2.  Cari sebuah kamus sekarang. Buka satu halaman. Jika anda lihat dibahagian atas sebelah kanan (seperti nombor (1) dalam rajah) anda akan lihat 2 perkataan. Contohnya, jika saya lihat kamus saya muka surat 98 (Kamus ini saya beli pada 21 Januari 1990, tingkatan 2 ), tertulis perkataan ’bout/box’. Untuk pengetahuan anda, perkataan ’bout’ adalah perkataan pertama yang anda akan jumpa di muka surat tersebut dan perkataan ‘box’ adalah perkataan terakhir. Betul kan? Sama juga pada muka surat kanan (seperti rajah 2), anda akan lihat perkara sama.
Jadi, jika anda mencari perkataan ‘Break’ dan terbuka pada muka surat ’bout/box, adakah anda perlu buka muka surat seterusnya atau muka surat sebelumnya? Cara fikirnya begini, perkataan break bermula dengan BR , tetapi muka surat itu BO , O dan R, yang mana datang dahulu dalam senarai ABCDEFG……..?
(hehe, anda kena nyanyikan semula lagu ABC yang anda hafal masa tadika?). Tentulah O dahulu kan? Jadi, anda perlu buka muka surat seterusnya, bukan ke belakang.
Jika anda tidak tahu teknik mudah ini, anda akan tercari-cari perkataan itu diseluruh kamus anda. Anda juga mungkin memakan masa lebih lama kerana anda perlu buka muka surat kamus anda satu persatu. Selamat mencuba


Petua 3

Petua ketiga ialah anda perlu kuasai ‘English Grammar’ sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang.
Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan berkata “Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala Lumpur dari?” Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda akan berkerut kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan.
Saya faham, jika anda belum kuasai bahasa Inggeris, anda akan katakan grammar adalah sangat sukar. Sudah bertahun-tahun anda cuba pelajarinya tapi masih gagal.
Namun, anda kena ingat, selama ini anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa grammar tidak begitu susah seperti yang anda fikirkan selama ini.
Ini satu cadangan anda bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan lebih cepat dan lebih yakin. Mula-mula, cari buku grammar pelajar tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah). Jika anda lihat buku grammar mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan mudah difahami. Jadi, belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui buku-buku ini dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini.
Pertama, apabila anda buka buku pelajar tahun 2 dan 3, anda akan fikir, “alah, buku budak sekolah rendah, takkanlah aku tak tahu.” Bila anda terfikir begini, anda akan rasa lebih yakin dan apabila anda lebih yakin, lebih mudah anda belajar.

Kedua, anda akan benar-benar lihat bahawa apa yang diajar dalam buku itu semua sanat mudah difahami kerana ia ditulis untuk pelajar sekolah rendah. Ia tidak menggunakan contoh-contoh ayat yang susah. Jadi, anda akan dapat kuasai asas grammar ini dengan contoh-contoh yang mudah.
Akhir sekali, anda tidak perlu rasa malu apabila perlu belajar asas semula. Apabila ada sesiapa melihat anda membaca buku pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3, kata sahaja kepada mereka, “Oh…saya tengah baca ni untuk ajar adik /anak saudara/adik sepupu/ anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka ‘confident’. 
Selamat mencuba. 




Petua 4

Petua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah ‘Berfikir dalam Bahasa Inggeris’. Apakah maksudnya?
Begini. Apabila anda sedang fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda anda sendiri iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang belajar Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar berfikir dalam bahasa ini.
Contohnya, apabila anda melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, apakah yang akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, “kenapa budak ni menangis?”, “Siapa buat budak ni menangis?”, “Budak ni sakit ke?” dan bermacam-macam lagi yang boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda.
Namun, apabila anda mahu cepat pandai Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, “Why is this boy crying?”, What is happening here?”, Where is his parents?”, “what is he doing here?” dan bermacam-macam lagi.
Anda mungkin kata, “Macam mana nak buat, saya tak tahu Bahasa Inggeris, macam mana nak fikir dalam Bahasa Inggeris?”. Ya, anda mungkin belum fasih lagi bahasa ini dan apabila anda cuba fikir, mungkin ayat anda tidak betul.
Anda tidak perlu risau. Apa yang bagusnya ialah, jika ayat anda salah semasa anda berfikir, tidak ada sesiapa yang tahu dan tidak ada sesiapa yang akan ketawakan anda. Jadi anda boleh berlakon seolah-olah anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar.

Apabila anda mula berfikir begini, anda juga akan mula peka kepada bagaimana cara melafazkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris.  Katakan suatu hari, anda sedang berdiri di dalam bas bersama kawan anda dan kawan anda menyuruh anda duduk kerana ada kerusi kosong. 

Anda mahu katakan “Saya tidak terasa pun hendak duduk, awak je lah duduk.” Tetapi anda tidak tahu bagaimana cara menyebutnya. Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak dapat bagaimana cara menyebutnya.


Kemudian, apabila anda sedang menonton cerita dalam bahasa Inggeris, ada situasi yang sama seperti di dalam bas tadi. Anda lihat, watak dalam cerita itu berkata “I don’t feel like sitting, why don’t you sit.”. Oleh kerana anda sudah berfikir dalam Bahasa Inggeris tadi, anda akan sedar akan ayat ini dan anda pun boleh menggunakannya.
Anda perlu, salah satu sebab mengapa seseorang sukar menguasai Bahasa Inggeris ialah dia asyik berfikir dalam bahasa Ibundanya. Dia asyik berfikir dalam bahasa Ibunda dan cuba menukarkannya kepada Bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar.
Jadi mulai hari ini, cuba berfikir dalam Bahasa Inggeris. Jangan risau jika ayat itu salah. Ayat yang salah itu akan betul juga nanti. Selamat mencuba.






Petua 5

Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari.
Hmm… jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan oleh wanita? Bukankah memalukan bagi seorang lelaki menulis diari?
 Sebenarnya tidak memalukan. Malah, jika anda baca kisah orang-orang yang berjaya, mereka ada membuat catatan mengenai perasaan, pendapat atau cita-cita mereka ke dalam diari. Diari ini pula mereka tulis hampir setiap hari. Jadi, jangan risau.  Cari satu buku khas. Jika boleh, buku ini adalah buku yang berbeza dengan buku khas anda untuk perbendaharaan kata.
Buku ini anda perlu jaga betul-betul kerana ia bersifat agak peribadi. Tentu anda tidak mahu orang lain baca apa yang bermain di fikiran anda bukan? Jika boleh, dapatkan buku diari yang biasanya boleh didapati di mana-mana kedai buku kerana ia lengkap dengan tarikh. Ini akan memudahkan anda. Apa yang perlu anda tulis? Mudah sahaja.
Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh tulis tentang perlawanan bola sepak yang anda tonton petang tadi. Anda boleh tulis tentang aktiviti membeli-belah anda bersama keluarga di TESCO, Carrefour atau Jaya Jusco. Anda juga boleh tulis tentang apa yang berlaku di sekolah hari ini. Tulis apa sahaja asalkan ia di dalam Bahasa Inggeris.
Seperti biasa, jangan terlalu risau jika tatabahasa atau struktur ayat anda salah. Lebih banyak anda tulis, anda akan jadi lebih peka tentang cara menulis di dalam Bahasa Inggeris. Anda akan jadi lebih biasa dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dan akhirnya anda akan jadi lebih yakin dengan Bahasa Inggeris.


Jika anda ingin tahu, petua ini adalah antara teknik utama yang digunakan di pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus intensif Bahasa Inggeris. Saya pelajari teknik ini semasa menghadiri kursus 6 bulan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.
Saya dapati teknik ini sangat berkesan dan sangat membantu saya dan kawan-kawan saya yang masih agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Saya percaya ia akan dapat membantu anda juga. Satu cadangan yang lebih baik, anda minta bantuan guru Bahasa Inggeris anda untuk memeriksa diari anda ini. Hmmm…sekali lagi anda pasti akan rasa lebih terkejut (lelaki dan perempuan juga)  
Takkanlah anda mahu berikan diari anda dibaca oleh guru Bahasa Inggeris anda?! Tidak masuk akal bukan? Jangan bimbang. Jika anda bercadang mahu memberikan diari itu untuk diperiksa oleh guru Bahasa Inggeris supaya dia dapat memberi teguran dan membantu anda memajukan lagi cara anda menulis, elakkan menulis sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Elakkan juga menulis sesuatu yang anda mahu rahsiakan. Anda boleh tulis sesuatu yang mahu dirahsiakan di tempat lain. 
Jadi, saya ucapkan selamat menulis


Petua 6

Petua yang keenam untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris. Mengapa?
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris,
  • anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda jadi lebih yakin dan lebih mudah untuk memajukan tahap penguasaan anda.
  • Anda dapat belajar daripada kawan anda ini. Apabila ada sesuatu yang anda tidak faham, anda boleh bertanya kepadanya. Apabila dia menerangkannya kepada anda, anda akan rasa lebih mudah faham. Secara umumnya, kita lebih mudah faham apa yang diterangkan oleh rakan sebaya kerana rakan sebaya bercakap menggunakan bahasa dan tahap pemikiran yang agak sama. Jadi anda akan lebih mudah faham dan pandai.
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris,
  • anda akan lihat kesungguhan kawan anda ini untuk maju. Anda akan lihat dia bersemangat untuk mencari jalan memajukan tahap penguasaannya. Akibatnya, anda akan terikut-ikut dengan kesungguhan ini.
  • Anda dapat belajar bersama-sama dan sama-sama mencari jalan bagaimana untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan cepat.
  • Anda tidak rasa berseorangan. Selalunya, pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa dipinggirkan oleh pelajar yang lebih pandai. Jadi, mereka terus memencilkan diri dan tidak mahu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya kawan yang mahu pandai ini, pelajar ini tidak akan rasa begitu.
Mulai hari ini, cari kawan seperti yang saya terangkan di atas. Luangkan masa dengan mereka dan berlatih bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak anda berlatih, lebih banyak anda mencuba, lebih cepat anda pandai Bahasa Inggeris. Selamat mencuba.. 

Petua 7

Petua pandai Bahasa Inggeris yang ketujuh dan yang terakhir ialah ‘Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian’. Maksudnya begini, apa yang membuat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris sukar ialah anda tidak tahu bagaimana cara untuk menggambarkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris.
Contohnya kalau anda mahu kata ’saya rasa tidak sihat’ dan tidak tahu apa ayat yang biasa digunakan untuk menggambarkan situasi ini, mungkin sukar jadinya. Apa yang anda akan kata untuk menggambarkan ayat tadi?
Adakah anda akan kata ‘I am not healthy’? Atau “I feel not healthy’? Hmmm… yang mana satu ye? Mungkin banyak cara yang boleh digunakan untuk menggambarkan ayat ’saya rasa tidak sihat’ tetapi ayat yang biasa saya gunakan ialah ‘I am not feeling well’. Pernahkah anda dengar sesiapa berkata begitu?
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri selalu merasa sukar untuk menggambarkan sesuatu di dalam Bahasa Inggeris suatu masa dahulu. Ini kerana saya cuba menukarkan ayat Bahasa Melayu kepada ayat Bahasa Inggeris. Jadi, kalau perkataan ‘rasa’ saya akan tukar kepada ’feel’, kalau perkataan ’sihat’ saya tukar kepada perkataan ‘healthy’. Apabila digabungkan menjadi satu ayat, ia tidak begitu tepat bukan?
Petua terakhir ini menyuruh anda menghafal ungkapan-ungkapan dan eskpresi dalam Bahasa Inggeris. Dalam buku khas vocabulary anda yang anda sudah sediakan, tulis juga ungkapan-ungkapan yang anda tahu.
Mula kumpul dan hafal ungkapan-ungkapan yang anda boleh gunakan setiap hari. Contohnya, apa yang anda perlu kata untuk bertanya tentang waktu, “What time is it?”, untuk memberitahu yang anda rasa begitu gembira, “I feel great!” dan sebagainya.
Mulai hari ini, jika anda mahu gambarkan sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana cara melakukannya, tanya seseorang yang pandai Bahasa Ingeris. Lebih baik lagi, tanya guru Bahasa Inggeris anda. Salin apa yang anda baru belajar itu dan mula praktikkan.
Setiap kali anda rasa tidak sihat dan mahu memberitahu perkara itu kepada kawan anda, kata “I am not feeling well today”. Katakannya dengan yakin.
Bayangkan anda seperti seorang mat salleh yang sedang menuturkan kata-kata tersebut (Jangan risau, anda tidak akan jadi mat salleh betul-betul :)  ) Cara paling mudah untuk menghafal sesuatu ialah dengan sentiasa mengulangnya. Gunakan ayat-ayat itu apabila sesuai.
Selamat mencuba. . 

Kesimpulan

Alhamdulillah, saya telah berjaya menulis 7 petua untuk cepat pandai dalam Bahasa Inggeris untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Mungkin ada diantara anda yang terfikir, pentingkah petua ini semua?
Hmmm…. Di dalam dunia ini, anda boleh pelajari apa sahaja. Tetapi anda ada pilihan sama ada mahu belajar dengan cepat atau mahu belajar dengan lambat.
Belajar dengan lambat ialah apabila anda tidak mengikut panduan yang diberikan. Anda gunakan teknik cuba dan gagal. Maksudnya, anda terus mencuba hingga anda dapat cara yang betul. Sayangnya, cara ini tidak cukup pantas dan kadangkala boleh membuat anda putus-asa.


Belajar dengan cepat ialah belajar dengan menggunakan teknik dan panduan dan betul. 7 Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika anda lakukan betul-betul, jangan terkejut jika anda boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam masa kurang 6 bulan. Jadi, sekali lagi saya tuliskan 7 petua ini untuk anda:
  • Petua 1 - Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda.
  • Petua 2 - Kuasai perbendaharaan kata.
  • Petua 3 - Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
  • Petua 4 - Fikir dalam Bahasa Inggeris.
  • Petua 5 - Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
  • Petua 6 - Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
  • Petua 7 - Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian.
Semoga petua ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Saya ucapkan selamat berjaya! . 











 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review