Friday 28 June 2013

Walaupun short sem tak berjaya, tapi peluang tu yang penting.

Posted by athirahhuda at 16:10 0 comment
Assalamualaikum.

Kembali meng'update' blog:) nie adalah antara salah satu hobi yang huda akan lakukan sewaktu kelapangan masa. gittew kan.hii. Untuk pengetahuan, huda dah kembali ke universiti sebab cuti dah habiss.. waaa.. Tapi, its oke, duduk uni best what, dapat tambah ilmu, dapat bergembira dgn kawan2, dapat cari pengalaman baru dan ini yang paling penting ^_^.

Ooke. untuk pengetahun anda jugak, Universiti Sultan Zainal Abidin nie mengamalkan sistem pembelajaran yang telah dijadualkan. Jadi, semua pelajar kena ikut sistem nie. Cuma sesiapa hendak menambah ataupun menggugurkan sesuatu subjek dibenarkan. Kalaw anda pernah terbaca entry huda sebelum2 nie tentang huda nak buat short sem tapi xjadi tu.. Huda dan lima sekawan telah pun menambah subjek sewaktu kami di semester 3.

Now, semester 5 huda free satu subjek. weee~ happy tahu takk. Satu je pun. hm. Satu pun kira macam seketul batu berat dah jatuh daripada bahu ke dalam gaung yang besar tahu tak. hee. melampau-lampau perumpamaan dye. hahha. Tak kesah la. apa2 pun. hidup perlu diteruskan ;))



Mengikut apa yang huda kaji sebenarnya nie adalah peluang. Kadang2, bila kita lakukan sesuatu lain daripada orang, mungkin orang lain fikir susah la, menyusahkan diri je. Jika peluang baik, why not..
 Yes, PELUANG. Peluang ni datang tyme kita tak nampak apa sebenarnya yang tersembunyi di masa hadapan. Kita sebenarnya kena rebut peluang tu agar dia jadi milik kita. Kadang dia datang lalu depan kita, kita buat dont know je.. Kalaw fikir jauh siket,kita mesti tangkap peluang tu.. rugilah orang yang masih goyang kaki dikerusi malas sambil minum teh o panas.. tak gitu? 

Jadi, rebutlah peluang yang sebenarnya hanya datang sekali disaat orang lain bergembira dengan peluang tersebut, kita menangis dengan kelekaan masa silam yang entah ke mana. Hidup ni tidak boleh berpatah balik, teruskan sekalipun kita terlepas pandang sesuatu yang indah dibelakang kita tetapi percayalah pasti ada pelangi menanti dihadapan. ^_#

NurAthirahHuda:)

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review