Friday 19 December 2014

Fefeeling konvo

Posted by athirahhuda at 13:12 0 comment
Finance. Accounting. Finance. Accounting.

#Ehhhhh bukan nak cite pasal ni lagii.. nak bgtw, bahawasanya I'm offically graduated! Alhamdulillah. Yey! konvo. konvo. konvo. Tq umi, abi, kawan2. sedare mare. hm semua! :D

minggu ni pulak sibuk sebab biasa dihujung-hujung semester --> test, quiz, assignment, test, test, test, test <--- So needd moree motivation.

Aipp. belajar kerana Allah.

^^ ^^ ^^
Haish. Feeling tu jangan cakap laa. banyak.. excited. sedih. motivated kejap. happy. busy. greatful. Alhamdulillah.

Konvo ni takd ape pun. Pakai jubah, beratur, amik scroll, turun pentas. Pastu tunggu org lain amik pulak. Bukan tu shaja. Yang lebih penting sebenarnya ni hadiah untuk ummi abi. Tu je yang boleh  tira balas untuk ummi abi. inshaAllah tira janji nak bagi lebih untuk ummi sepanjang tira degree nie.

---------->

Jgn pernah ragui
Kerana Rahmat Allah itu seluas Laut
Kerana rezeki Allah sentiasa ada
Kerana Allah sentiasa ada bersama kita
Doa. Solat jgn tinggal. Solat dhuha. Solat wajib. Solat tahjud klaw diberi kekuatan menjadi tetamuNya.










menuju kejayaan ^.^

tabik hormat ! :)

inshaAllah. Moga Allah berkati perjalanan hidup ini 

.
.
.
Majlis Konvokesyen kali ke-6
Universiti Sultan Zainal Abidin
Diploma Kewangan
Kerana ilmuMu dan rahmatMu seluas lautan
sincerely,
NurAthirahHuda ^_^

Thursday 20 November 2014

Assalamualaikum

Posted by athirahhuda at 23:10 2 comment
Hai.

MashaAllah lamanya tak menulis dekat blog. hee

Rindu :)

Sekarang masih lagi dalam semester pertama. Final exam ada sebulan je lagi. pastu cuti balik rumah.. lama dah tak balik..Then, bulan dua tahun depan (2015) masuk uni balik yey! #eh ! kenapa yey ni.. sebenarnya #neyy =.'

Hmm camne ek. klaw lah  korang dah dapat sesuatu contohnya sesuatu kerja, adakah korang redha dengan kerja tu. padahal korang lebih suka kerja kat tempat lain yang korang lebih minat. Tapi tak dapat. 
Adakah korang akan usaha untuk dapat kerja yang korang minat padahal yang korang dpt sekarang dah ookay daripada tu. Cuma minat jee korang nak tukar apa yang dah ada sekarang.. ataupun korang ikhtiar..

Pening laa.. banyak sangat fikir pasal ni. Ya Allah, mohon sangat diberi kekuatan untuk berjumpa sepertiga malam.

may be ",


Sem depan yang tentukan aku graduate Bachelor in Islamic Finance ataupun Accountancy.
::tak nak berharap terlalu tinggi untuk dapat finance tapi masih punya hati untuk tukar::
=.=
HARUSKAH? 

hmmmm

Saturday 1 November 2014

TKWBNS SELANGOR

Posted by athirahhuda at 18:22 0 comment
Alhamdulillah. 

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor.

Bersyukur sangat-sangat sebb pinjaman kerajaan negeri selangor dah diluluskan. Banyak rintangan yang kena hadapi masa mintak pinjaman ni. 

Lagi-lagi masa hntar borang permohonan, saat-saat di 'interview' dan bila dah dapat keputusan pinjaman ni, kena lengkapkan dokumen perjanjian dalam masa seminggu. 

Penat lagi-lagi bila universiti jauh daripada pejabat pinjaman ni. Terengganu-Selangor. huh. tak cite lagi je kat ummi abi. Dengan duit ada cukup2 makan je.

Tapi, kadang terlupa yang rezeki tu sebenarnya datang dari Dia. Syukur sangat dengan apa yang ada sekarang. 

Walaupun terpaksa korek tabung. Semalam menabung, aryni korek tabung. ==' FAIL. Hahha. Tapi tak pe, belajar dari sekarang supaya nanti biasa lettew menabung. InshaAllah. bukan mengorek tabung. hoho

Majlis penyerahan tadi tak dapat pergi. Tapi, wakilkan ummi abi.

Abi tanya dalam perbualan telefon, dengan nada menyakat, "ni nak belanja apa pasni?" Aku jawab, "nnti tira belanja tomyam dekat secret recipe." hehee. 
Tapi, abi tak tak nak. Dia cakap nak sate kajang. hahha. Boleh je mana-mana pun abi. Terima kasih sebab  tolong tira^.^




Wednesday 22 October 2014

Hobi baru

Posted by athirahhuda at 23:24 0 comment

Hobi baru: Snap snap photo :')

Midsem break spend time with lovely family.

Location: Cameron Highland
3
2
1

^_!

MasyaAllah bunga cantik sangat dekat sini. Letak dalam kasut boot pun still tumbuh segar dengan jayanya &_^
snapper DONE. huh

'photographer' in the house. 
O-O

bila gambar nampak real,
 gambar seolah-olah berbicara
 tanpa perlu ada "caption" di bawah ;)

CUN ^.^ 

Saturday 11 October 2014

Rezeki : Amalan

Posted by athirahhuda at 20:52 0 comment
Ingatlah.

Allah berfirman:

Surah Dzariaat (ayat 20-22) :
"Dan pada kami, adalah bukti orang-orang yang yakin. Dan pada dirimu sendiri apakah tidak kamu pandang!. Dan pada langit rezekimu dan apa yang dijanjikan buatmu."

Subahanallah.

Sungguh. Dia dah tetapkan segalanya buat kita. Kita je tak perasan.

YAKIN akan semua rezeki yang dah ditetapkan oleh Dia.

So, senang jee. Tambah amalan kita :)

Nak jodoh. Usaha, doa moga Allah permudahkan jodoh.

Nak rezeki. Usaha, solat Dhuha, doa moga Allah murahkan rezeki.

Nak mati dalam keadaan yang baik. Doa moga Allah ambil kita dalam keadaan husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik. Selalu baca ma'thurat pagi, petang bila ada masa lapang :)




Sambil tu kita boleh amalkan ZIKIR HARIAN dan DOA. **cubalah ! ^_&


Penghulu Istighfar- UNIC



Doa Istikharah- UNIC



Doa Iman- UNIC




Selamat Beramal :) 

Tuesday 7 October 2014

Sangkaanku tidak tepat sama sekali

Posted by athirahhuda at 21:28 0 comment

Hm

Pernah tak terfikir?

Orang yang kita tak pernah rapat, tak pernah terfikir pun untuk rapat tambah lagi dia siap pernah marah kita sebab masa dulu kita tak kamcing dengan dia.

Tiba-tiba...

Hari nie, dunia bagaikan berputar dari utara ke selatan. 'Seolah-olah' terhenti seketika bagaikan segala yang pernah dilalui sebelum ini hanyalah mimpi dan khayalan semata.

! ! Sebab semua cerita pasal boyfriend dia, dia bagi kita tahu kat kita. Then, pasal nak buat luahan perasaan pun kat kita, pasal mintak pendapat pun tanya kita, sampai makan pun sama-sama..

hmm, that's something wrong? =='

Hahahha. kelakar pun boleh. Sebab I ni jenis manusia yang kalaw tak suka malas dah nak fikir. Tapi see apa yang Allah bagi. Yup sesungguhnya Allah sebaik-baik perancangan.

tulah, masa dulu maybe pernah terfikir buruk pasal dia kot. Astaghfirullah. *taubatcepat* Hmm masa nilah nak mintak maaf kat si empunya badan. ish, teruk perangai. suka judge by its cover taw. Ookay lepas ni tak dah.

Noted (p/ss): Jangan sesekali pandang rendah pada orang lain. siapa tahu, org yang kita padang rendah tu la yang masuk syurga nanti. +_

"Jika kau hitung nikmat Allah, tidak akan terhitung nikmatNya. Sudikah kita mengkufuri nikmat Dia? sedangkan kita yang tidak pandai mensyukurinya."

Banyaknya yang aku negatifkan. Tak pandai nak positifkan minda. Padahal Allah bagi segala sesuatu tu bersebab tau. Tak payah nak fikir buruk-buruk. Ikut je aliran yang Allah dah tetapkan. Always think positive tiraa :))

Don't judge book by its cover :)



Coming back to "my second home" UniSZA! ^^
.
.
.
Esok nak cari ilmu, nak tambah kekuatan & nak larikan diri zon selesa. ^_^

Assalamualaikum.

Monday 15 September 2014

Awal semester yang Keliru

Posted by athirahhuda at 23:54 0 comment
Assalamualaikum

Dah dekat dua minggu lebih dah ada dekat sini. Bermulanya semester pertama Ijazah Perakaunan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak.

Minggu pertama yang sibuk sebab orentasi =='

Minggu kedua pulak sibuk buat transfer credit subjek yang dah amik masa diploma dulu.

Minggu seterusnya *minggu ni* sibuk add & drop subjek. Ulang alik bilik lect nak mintak masuk kelas yg nak add. Banyak betul dugaan. Dah settle satu, datang satu lagi, settle satu, tambah lagi satu. Ada je tak kena.

Actually sedih sebab mintak Ijazah Kewangan Islam tapi dapat Perakaunan. Nak tukar kos boleh, tapi, kena tunggu sem dua baru boleh tukar. Tu pun atas result & kekosongan.

"Mana lagi okay? Patut ke tukar kos?"  ==' 

Sebab ramai orang suruh proceed je dengan akaun sebab susah nak dapat. Tapi hati ni macam nak kewangan islam. Yela, mybe sebab dari diploma lagi dah biasa dengan term tu. Hm. tak tahu nak buat keputusan. Nak istikharah. Tapi, susah nak bangun malam. Doa je yang mampu. Ya Allah. susahnya nak buat keputusan bila ada dua pilihan @_@

Hm tiba-tiba
.
.
.
.

Rindu zai~
:')



Sahabat yang sama-sama berjuang masa diploma dulu. Sahabat gosip. Sahabat pergi release tension sama-sama. Sahabat pergi lepak pantai, pastu main basikal petang2. Sahabat panjat pokok kelapa, kait buah mangga, petik asam jawa *kadang baling guna batu nak bagi buah jatuh* haha, Sahabat kongsi cerita, selami jiwa, berfalsafah cinta. Sahabat otai. Sama-sama suka travelling, suka aktiviti masuk hutan. Sahabat saling melengkapi, Sahabat buat program sama-sama. Sahabat nangis & gelak sama-sama. Sahabat tambah subjek sama-sama. Sahabat pergi mydin isi minyak kereta sewa RM3 *selebihnya simpan dalam botol untuk kecemasan* konon jimat haha. Pastu, bawak kereta gilir2 pergi mydin. Sahabat hingga hujung nyawa. Sahabat sampai Syurga. 

Ya Allah, permudahkanlah urusan dia. Berjaya dalam kerjaya & moga dia berjaya dunia akhirat . 

:)

,
,
,
From huda yang comel lagi kiut. hahahha.

*mohon zai menangis jugak* 

<3

:')

Thursday 11 September 2014

Buya Hamka

Posted by athirahhuda at 23:48 0 comment
Buku klasik ni memang hebat.

Falsafah Hidup- Buya Hamka


Setiap manusia berbeza sejak dilahirkan lagi. Berbeza rupa, bentuk, sifat & warna kulit. 

"Tiap orang mempunyai kekuatan sendiri, berlainan warna akalnya sebagaimana berlainan bentuk badannya."

"Maka sebab akal itu berlainan, jadi berlainanlah juga keinginan, tujuan hidupnya, pertimbangannya dan perasaannya, berlainan pula garis yg dilalui masing-masing." -Hamka

.
.
.
inshaAllah
to be continued
^^

Thursday 14 August 2014

PerancanganNya beserta hikmah

Posted by athirahhuda at 01:17 0 comment

Istikharah mencari yang terbaik.

Ya Allah tak tahu lah ini dugaan atau sebenarnya kegembiraan. Apa yang diimpikan tak dapat. apa yang nak tak termakbul.

Ya Allah terasa macam banyaknya dosa.

Ya Allah mungkin dengan cara ini boleh membuatkan aku ingat dan mendekati Engkau, aku Redha. Sesunggunya aku hambamu yang lemah lagi hina.

Ya Allah ampunkan dosa aku.

Ya Allah beritahu lah aku yang perancangan yg Engkau sudah tulis untukku adalah yang terbaik.

“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)




Tuesday 12 August 2014

Tawaran dari Dia

Posted by athirahhuda at 19:33 0 comment
 "Oh Allah. Remind me that your plans for me are better than my dreams."



Sedih sebab tak semua sahabat dapat tawaran. Gembira jadi separuh jalan. Tapi, ingatlah Allah sentiasa ada perancangan yang terbaik untuk kita.

Yang dapat belum tentu gembira, yang tak dapat belum tentu sedih sebab Allah punya perancangan terhebat (ingatlah YANG TERHEBAT).

Masing-masing punya rezeki masing2 yg Dia dah tetapkan. Sungguh, perancangan Dia yang terbaik. Jangan lupa usaha, doa, tawakkal.

#impossibleisnothing #financeforever

Alhamdulillah

UniSZA lagi sekali

Terengganu, mu tunggu aku datang

:) 

untuk degree pulak kali ni. moga Dia permudahkan.
Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

Sunday 27 July 2014

Dalam perjalanan

Posted by athirahhuda at 20:58 0 comment
Kadang kita rasa kita akan gembira, padahal kita bakal bersedih. Kadang kita rasa kita akan sedih, padahal kita bakal bergembira.

Hidup penuh dengan teka-teki. Tiada siapa yang akan tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Takut apa yang kita jangka/harapkan akan hanya menjadi angan-angan yang tiada realitinya.

Berpeganglah pada tali Allah. Harapan dan impian serahkan kepada Dia. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Menangislah & mengadulah pada-Nya tanda harapan kita hanya padaNya.

Nikmatilah saat ini..

Nikmatilah masa ini..

Banyaknya dosa kita sehinggakan malu untuk meminta pada Dia. Tapi ingatlah bahawa doa senjata orang mukmin. Berdoalah & mohonlah diberi kekuatan.

Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah kepada kami.

Amen Ya Rabbal 'Alamin.



Thursday 10 July 2014

CUTI DAH EMPAT BULAN l Bazar Ramadan PKNS shah alam

Posted by athirahhuda at 00:07 0 comment
Assalamualaikum..
Salam ramadhan. Kullu ‘am wa antum bikhair. Nampaknya cuti sebagai penganggur lepasan diploma sudah masuk ke bulan yang keempat. So, kena cakap cmni dekat diri sendiri “Tahniah! Anda telah berjaya menanam anggur. Moga pohon itu subur bak bunga ros yang sentiasa mekar mewangi.” haha

Moga keberadaan aku dirumah ini adalah yang terbaik daripada sebelum-sebelum ini dan hasilnya tidak disia-siakan. Istiqamah yang baik-baik yang buruk buang jauh-jauh J

Apa yang DONE? Pertama, jahit baju kurung  & jubah. Tak ada lah *pro* baru je belajar sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ^-^  Kedua, tlg ummi dekat bazar Ramadan*penat* rupanya. Baru tahu yang pengorbanan ummi abi selama berpuluh-puluh tahun. Mereka tabah, kuat, cekal. Kalaw aku da boleh pengsan. Bayangkan dengan puasanya, pastu buat superextra kerja daripada hari-hari biasa. Fuhhh~ *lap peluh***

Sambil-sambil tolong ummi tira cakap kat dia, “ummi, tahun depan dah tak payah da niaga dekat bazar Ramadan lagi taw.” (sambil sengih senyum kambing penat).

Pastu ummi balas:

“ummi, tak nak stop selagi athirah tak kawen lagi.” (giliran ummi sengih senyum menyakat) haha. Cepat-cepat ialls balas, “Tira nak kawen lah ni!” haha! *padahal lepas ni nak sambung belajar* ==’

Ummi Ummi *nikmat duduk rumah* ada family lengkap. SYUKUR. J

ummi jual apa dekat bazaar Ramadan?


Ini dia !

Rojak Singapore ! Sotong & udang antara peberet food masa berbuka:)

Selamat berpuasa

Ramadan kareem

Kullu am wa antum bikhair
.
.
.
:))

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review