Tuesday 13 August 2019

Tika Aku Ragu

Posted by athirahhuda at 23:36 0 comment


Tika aku ragu
Banyak benda terluah dalam hati
Sebab banyak benda tak puas hati
Kenapa itu?
Kenapa ini?
Kenapa aku?

Satu gambar
Mengingatkan aku kisah
Dan membuat aku merubah persepsi
Memberi seribu satu jawapan
Pada sebuah persoalan yang tidak terjawab
Jangan pernah lupa kisah ini
Saat kau alami apapun yang kau lalui;;;



Yakin dengan Janji Dia 
Jangan cepat putus asa
Buat apa yg Dia minta
Tinggal apa yg Dia larang 
Jadi hamba bertaqwa
Bersyukur dgn kurniaaNya ❤️

Kadang aku rasa aku tak layak untuk bahagia
Sebb aku rasa aku sllu membuat org sekeliling sedih
Kerana kesedihan mereka aku bahagia?
Layak ke aku bahagia?
Layak ke aku tayang kegembiraan aku?
Layak ke aku bersuka ria sedangkan mereka merana?
Tapi aku tak ada pilihan

Hidup hanya lah ujian
Aku di uji dengan orang sekelilingku
Aku merasa aku lah punca kesedihan mereka
Ya Allah berilah aku & org sekelilingku kebahagiaan 
Jgnlah kami bersedih kerana kehendak kami sendiri
Berilah kami kefahaman antara satu sama lain
Supaya tidak ada org yg berduka 


Yang Ikhlas,
Sang pendosa yang sering lupa & alpa


Monday 3 December 2018

Alhamdulillah untuk cinta Mu ❤️

Posted by athirahhuda at 00:23 0 comment
Hidup penuh dgn pilihan& Jalan berliku. Makin panjang perjalanan makin buntu. Sebenarnya disitulah ujian Allah untuk hmbaNya. Ujian keimanan. Bantu kami Ya Allah jika ujian ini untuk menjadikan kami hamba mu yg lebih baik kau mudahkan lah segalanya. Kdg kami rasa tidak mampu. Ampuni setiap langkah perjalanan kami. 

Ujian ini buat kami rasa kasih syg Mu
Ujian ini menyedarkan kami yg sering leka 
Ujian ini menjadikan kami lebih bsabar 

Alhamdulillah untuk cinta Mu ❤️

Tuesday 11 September 2018

KetentuanNya

Posted by athirahhuda at 23:38 0 comment
Mungkin aku pernah menyesal dgn tindakan aku tidak menghargai org yg pernah hadir dalam hidup aku. Tapi aku tidak pernah menyesal dgn takdir yg Dia tentukan &aturkan untuk aku. Bahkan aku bersyukur malah redha dgn ketentuannya. Mungkin itu yg terbaik untuk aku pada masa itu. Aku reda. Aku berdoa Moga yg terbaik Tuhan aturkan perjalanan aku.

Kita tidak akan pernah tahu rahsia ketentuanNya. Dialah Maha Mengatur Perancangan yg terbaik. Lihatlah melalui mata hatimu Dia Maha Penyayang syg akan hambaNya.

Subahanallah. Allahuakbar. Alhamdulillah

❤️





❤️

Monday 30 July 2018

Pejalan kaki mencari hikmah

Posted by athirahhuda at 21:32 0 comment
Hai Assalamualaikum

Apa khabar? Baik2 aja ka? Hope still maintain muda remaja wpun usia makin meningkat. Gittew. Nak sharing tentang life. A journey of life.

Cuba korang bayangkan hidup ni kan umpama sebuah perjalanan. Dimana kte tengah jalan kaki.  Sepanjang perjalanan tu akan jumpa mcm2 benda, macam2 cerita, macam2 gelagat dan macam2 orang..

Sampai satu saat, akan rasa penat. Lelah. Kecewa. So apa korg buat time tu? Tak salah klaw kte berhenti jap toleh balik ke belakang. Apa yg korg dpt.

Cuba korg ingat balik apa yg dh berlaku sepanjang perjalanan. Pada masa ni kte akan nampak satu2 hikmah ataupun rahsia. Kadang bole jadi kte masih blur. Macam2 benda, mcm2 cerita, macam2 kenangan bermain dkt benak fikiran kan?

Pastu rasa semua yg terjadi dkt dunia ni kdg tak adil. Kenapa semua ni jadi dkt aku? Kenapa aku tak buat cmni ataupun camtu? Kenapa aku rasa cmni sekarang? 

Fuhh. Aku sedang mengeluh ke ni?

Kdg tak bole 🧠 (brain) semua sebb sbnarnya tak nampak lagi apa hikmah semua yg terjadi dlm hidup kita. Betul tak? 

Mula la kte salahkan semua org dkt sekeliling kita. Blame diri sendiri atas apa semua yg kte nak tak sama dgn apa yg kte dpt. Tetap ada dlm takuk yg sama.

Kecewa, sedih, titik kepuasan dlm hidup ni tak jumpa2. Asyik dpt apa yg kte tak nak je. Kenapa?

Mungkin kte tergolong dlm golongan hamba2 nya yang tidak bersyukur. 

Ya Allah

Ampunkan kami 😔

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review