Sunday 19 May 2013

Mine

Posted by athirahhuda at 01:46 0 comment
Assalamualaikum...

Mulakan hari anda dengan senyuman :) jom doa :-

" Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah kepada kami.." Amin.

    Hari-hari sibuk dengan urusan dunia. Moga diniatkan segala perbuatan hanya kerana Allah. Supaya diri tidak leka & sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

   Seorang yang masih mencari-cari erti kehidupan.. yang selalu leka. Seringkali mengejar sesuatu yang belum pasti pertengahan & pengakhirannya.. Moga keberanian sentiasa ada pada diri ini. insha Allah.

   Sebenarnya untuk menjadi diri sendiri, kita perlu yakin pada diri. Bila yakin tu muncul, segala kelemahan akan menjadi kelebihan untuk diri seseorang.. betul... tak percaya cubalah !

Diri akan menjadi luar biasa gittew.. :D

11 Jun ini akan sambung meneruskan pengajian di Terengganu*macam la jauh sgt* hee. Jadi, sentiasa tetapkan dan sematkan dalam hati & sanubari bahawa apapun yang kita lakukan hargailah, cintailah & sayangilah segala yang kita miliki sekarang. Alhamdulillah.

**nak buat short list target, for long & short term :) baru ada matlamat giteww .


Ok.
Have a nice day ! 



NurAthirahHuda:)


   

Wednesday 15 May 2013

II S - Sopan & Selesa. *JUBAH*

Posted by athirahhuda at 23:31 1 comment
ll S - Sopan, Selesa  

Sebagai seorang wanita *eceh*hii. Pastinya memilih pakaian yang sopan & selesa. Sebagai cadangan, saya mensyorkan anda supaya memakai Jubah :) 
  

     Pertama sekali,  saya teringin berkongsi dengan anda tentang jubah. Mengikut definisi jubah adalah pakaian islamik yang menampakkan keislaman seseorang. Apabila seseorang wanita *kebiasaannya* memperagakan jubah nampak lebih sopan & menawan gittew.. :D hihii betul kan para lelaki ? :)

      Kedua pula, perlu memilih jenis kain jubah yang tak panas, selesa dan tidak melekat sebab rata-rata sekarang selalu nampak orang pakai jubah tapi melekat sehinggakan nampak bentuk tubuh. Jadi, pilihlah kain yang tidak melekat, ianya lebih sopan dan cantik. Antara jenis kain jubah yang best, selesa, tak panas, tidak melekat, tidak terlalu nipis atau tebal dan very very nice adalah :
i - Kain Fursan
ii - Cotton Satin
iii - Egyptian Cotton
iv- Silk

      Ketiga, jubah yang simple. Saya lebih gemar memakai jubah yang simple dan tidak terlalu crowded gittew.. Simple, selesa & sopan .. haa, dah jadi III-S .

      Terakhir sekali, nasihat saya pakailah pakaian yang sopan, supaya bila berjalan kita akan lebih yakin. Contohnya, pakai jubah ke kelas ataupun majlis kenduri ataupun ke mana-mana, senang, selesa & bergaya ! amalkan pemakaian sopan pasti menawan :)



Kalaw nak tengok lebih lanjut tentang jubah, jom tengok dekat blog ummi :
Butik Fiqrah Anggun >> fiqrahanggun.blogspot.com *promote :D



Latar belakang Butik Pengantin Fiqrah Anggun :

> terletak di kawasan Shah Alam. (Kg. Melayu Subang).
> beroperasi sejak tahun 2007.
> menawarkan pelbagai pakej pengantin, wedding planner & terbaru, Jubah muslimah.
> fb : Butik Pengantin Fiqrah Anggun
> email : fiqrahanggun@yahoo.com
> call : 012-3594524 (effa)




Moga mendapat perkongsian yang bermanfaat :)




                                                                                                                                               

Wednesday 1 May 2013

Yang Baik Untuk Yang Baik.

Posted by athirahhuda at 01:12 6 comment

   Selalu kita dengar "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.." kann. Tapi kadang ada orang cakap kenapa dia dapat lelaki tak baik sedangkan dia seorang perempuan yang baik. Jawapannya ialah Allah sengaja memberikan lelaki yang tidak baik untuknya supaya dia beriman dan supaya dia tidak lalai dan sentiasa dekat pada-Nya.

   Semua orang mendambakan bakal suami yang baik dan bakal isteri yang baik. Caranya ialah dengan berdoa mohon kepada-Nya moga dapat teman hidup yang baik:)

   Doanya :

"Ya Allah, ringankanlah jodohku. Berilah aku jodoh yang baik, zuriat yang baik dan keturunan yang baik... " Amin ya rabb.

 


   Jika kita tidak boleh memilikinya di dunia, bukan bererti kita tidak akan memilikinya langsung. Bersabarlah, kita akan bertemu di Syurga:)


Ada sebuah kisah yang dibaca daripada sebuah buku :-

Seorang ulama (Syeikh Thahhan) yang hidup pada zaman ini. Dia mempunyai ilmu yang mendalam dan merupakan seorang yang sangat soleh. Keadaan ekonominya cukup baik, tetapi dia memilih untuk hidup sederhana dan tidak berlebih-lebih dalam segala hal.

Dia sering membantu mahasiswa yang kekurangan wang serta yang hendak berkahwin dengan bantuan kewangannya. Namun dia sendiri kadang-kadang menahan diri daripada membeli sesuatu yang harganya agak mahal, walaupun dia mampu membelinya.

Pernah suatu hari, dia pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan. Dia membeli buah-buahan yang baik dan harganya tidak terlalu mahal. Seketika kemudian, di kedai lain, dia terlihat beberapa ikat anggur yang sangat ranum dan menarik hati. Sesiapa saja pasti akan tergoda untuk membelinya, walaupun harganya lebih mahal daripada buah-buahan yang lain.

Ulama ini amat menyukai buah anggur. Dia mempunyai wang untuk membayarnya. Namun, dia memutuskan untuk tidak membelinya. Dia menatap anggur itu sambil tersenyum. Kemudian dia berkata, "Bukan sekarang ... tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insha Allah."

Janganlah bersedih jika wang kita tidak cukup untuk membeli sesuatu, atau kita memutuskan untuk tidak membelinya kerana suatu niat yang baik. Teruslah beramal dan mengharapkan kebaikan daripada sisi-Nya. Dan katakanlah kepada barang-barang itu, "Tidak, bukan sekarang. Tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insha Allah." :) -The end-




   Itulah al-kisahnya... Moga bermanfaat untuk semua... :D


Sebelum tu, nak share sikit tentang sebuah drama yang banyak sangat pedoman. Cerita ini sepatutnya dijadikan contoh teladan :)  cerita tersebut ialah Cinta Dan Wahyu. cerita ini adalah sambungan daripada cerita Warkah Cinta.

Kedua-dua cerita ini sebenarnya di adaptasikan daripada novel. Seriesly, tak pernah langsung baca novel terus tengok lakonannya. Suasana dan ikon untuk menjadi seseorang yang baik amatlah perlu untuk diikuti:)


Warkah Cinta.


Sambungannya- Cinta Dan Wahyu

saya sertai link dye sekali, selamat menonton :)


*sekarang baru sampai episod 6* Selamat menonton ^^

Assalamualaikum 

:)



 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review