Monday 15 September 2014

Awal semester yang Keliru

Posted by athirahhuda at 23:54 0 comment
Assalamualaikum

Dah dekat dua minggu lebih dah ada dekat sini. Bermulanya semester pertama Ijazah Perakaunan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak.

Minggu pertama yang sibuk sebab orentasi =='

Minggu kedua pulak sibuk buat transfer credit subjek yang dah amik masa diploma dulu.

Minggu seterusnya *minggu ni* sibuk add & drop subjek. Ulang alik bilik lect nak mintak masuk kelas yg nak add. Banyak betul dugaan. Dah settle satu, datang satu lagi, settle satu, tambah lagi satu. Ada je tak kena.

Actually sedih sebab mintak Ijazah Kewangan Islam tapi dapat Perakaunan. Nak tukar kos boleh, tapi, kena tunggu sem dua baru boleh tukar. Tu pun atas result & kekosongan.

"Mana lagi okay? Patut ke tukar kos?"  ==' 

Sebab ramai orang suruh proceed je dengan akaun sebab susah nak dapat. Tapi hati ni macam nak kewangan islam. Yela, mybe sebab dari diploma lagi dah biasa dengan term tu. Hm. tak tahu nak buat keputusan. Nak istikharah. Tapi, susah nak bangun malam. Doa je yang mampu. Ya Allah. susahnya nak buat keputusan bila ada dua pilihan @_@

Hm tiba-tiba
.
.
.
.

Rindu zai~
:')



Sahabat yang sama-sama berjuang masa diploma dulu. Sahabat gosip. Sahabat pergi release tension sama-sama. Sahabat pergi lepak pantai, pastu main basikal petang2. Sahabat panjat pokok kelapa, kait buah mangga, petik asam jawa *kadang baling guna batu nak bagi buah jatuh* haha, Sahabat kongsi cerita, selami jiwa, berfalsafah cinta. Sahabat otai. Sama-sama suka travelling, suka aktiviti masuk hutan. Sahabat saling melengkapi, Sahabat buat program sama-sama. Sahabat nangis & gelak sama-sama. Sahabat tambah subjek sama-sama. Sahabat pergi mydin isi minyak kereta sewa RM3 *selebihnya simpan dalam botol untuk kecemasan* konon jimat haha. Pastu, bawak kereta gilir2 pergi mydin. Sahabat hingga hujung nyawa. Sahabat sampai Syurga. 

Ya Allah, permudahkanlah urusan dia. Berjaya dalam kerjaya & moga dia berjaya dunia akhirat . 

:)

,
,
,
From huda yang comel lagi kiut. hahahha.

*mohon zai menangis jugak* 

<3

:')

Thursday 11 September 2014

Buya Hamka

Posted by athirahhuda at 23:48 0 comment
Buku klasik ni memang hebat.

Falsafah Hidup- Buya Hamka


Setiap manusia berbeza sejak dilahirkan lagi. Berbeza rupa, bentuk, sifat & warna kulit. 

"Tiap orang mempunyai kekuatan sendiri, berlainan warna akalnya sebagaimana berlainan bentuk badannya."

"Maka sebab akal itu berlainan, jadi berlainanlah juga keinginan, tujuan hidupnya, pertimbangannya dan perasaannya, berlainan pula garis yg dilalui masing-masing." -Hamka

.
.
.
inshaAllah
to be continued
^^
 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review