Wednesday 2 March 2016

Kenapa susah?

Posted by athirahhuda at 19:19 0 comment

Kenapa aku harus takut? Memulakan sesuatu.
Padahal semua alasan mengelilingiku
Alasan yang membiarkan aku duduk di belakang tembok ketakutan

Masalah?
Segalanya ada jawapan pada setiap masalah
Jawapannya hanya ada pada aku
Ya, kamu, kau, kita sendiri!

Usah beralasan lagi seperiti bangau
Bangau bunyinya saja tidak berkesudahan
Apalagi suaranya membingitkan

Kau yang membina alasan
Jadi seharusnya kau jua tahu jawapannya
Kau takkan berjalan selagi kau sendiri tidak mula berdiri
Carilah petunjuk dari yang Maha Esa
Kerana Dia tahu segalanya

Berusahalah lalu bertawakkallah pada Allah
Yakinlah kerana disitu punca keberanian
Allah sentiasa ada bersama orang yang yakin padaNya

Janji janji Allah tidak pernah kosong
Kerana Hikmah, rahsiaNya adalah dariNya Maha mengetahui Maha Bijaksana
Yakin semua yang Allah perintah mesti ada kebaikan dan semua yang Allah larang mesti ada keburukan.

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review