Friday 6 March 2015

Life Is Full Of Choices

Posted by athirahhuda at 01:15 0 comment


Dalam kehidupan seharian pasti kita tak lari daripada melakukan pilihan. Kerana pilihan semalamlah kita ada disini, kerana pilihan lima tahun lepas kita berdiri sini. Sebab itu sebelum lakukan pilihan fikirkan dulu mana yang terbaik. 

Pilihlah mengikut apa yang kamu suka, sukalah apa yang kamu pilih. Pilihlah mengikut kata dasar hatimu. Bukan kerana ikut kawan, bukan kerana nak cuba-cuba, bukan juga kerana saja-saja. Tetapi fikirkanlah yang terbaik sebelum membuat sebarang keputusan.

Jika kita berhajat untuk membuat keputusan dan pilihan, fikirlah sejenak keputusan yang bakal kita buat tu. Apakah kesannya untuk sepuluh minit akan datang, sepuluh hari akan datang serta sepuluh tahun akan datang.

10 MINUTES- 10 DAYS- 10 YEARS.

Untuk adik-adik lepasan SPM, untuk adik-adik lepasan Diploma dan untuk sesiapa pun.. bila kita dah ada kat satu jalan dan ada niat untuk buat sesuatu, sebagai contoh, niat kita nak sambung belajar, dan bila kita memang dah ada dekat jalan yang betul. Buatlah pilihan nak masuk pintu yang mana. Dan fikirkan sejenak:

kenapa aku buat pilihan ni? - SEBAB PILIHAN INI DIBUAT
apa kesannya bila aku buat pilihan ni? -KESANNYA

1- KENAPA AKU BUAT PILIHAN NI? KESANNYA?

>>Biarlah pilihan yang dibuat adalah kerana Ibubapa, KESANNYA keberkatan pasti terasa.
>>Biarlah pilihan yang dibuat adalah kerana Minat dan Suka, KESANNYA kegembiraan pasti hadir walau sesukar manapun.
>>Biarlah pilihan yang dibuat adalah kerana Takutkan Azab Allah, KESANNYA mendapat Syurga Allah.

XX Bukan sebab saja-saja, suka-suka, ikut rasa atau ikut kawan-kawan je. "sebab aku xde pilihan lain.." -itu pun pilihan anda iaitu talde pilihan<<>> Jika kerana INI pasti penyesalan hadir di penghujungnya...

sebab apa??

because of:

"Life is full of choices. You must make a choice to take a chance or your life will never change."


Please, fikir sebelum buat keputusan. ^^


Bila dah buat keputuasan, serahkan pada Dia :)


"Ya Allah, ini jalan yang aku pilih. KAU permudahkanlah."


Letakkan harapan dan kebergantungan hanya pada Dia. Jangan sesekali letakkan harapanmu kepada manusia kerana mereka sering menyakitkan tapi Dia tidak. Dia pemilik segala-galanya, mintalah padaNya.

Alhamdulillah
Hatiku berada disini
ISM Kewangan Islam
6 Mac 2015
NurAthirahHuda



 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review