Monday 2 September 2013

Cinta High Class- Cintaku kerana Agamamu

Posted by athirahhuda at 00:00
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur. Masih lagi bernafas pada saat ini. Segala puji bagi Allah masih memberi kesempatan memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. Sekejap je rasa dah masuk bulan September. Rasa betapa singkatnya waktu.. tup tup dah sampai bulan Sept ! bermula saat ini saya akan berumur 20 tahun genapp. eh, belum. ada lagi 4 hari ;) syg ummi abi. <3 terima kasih sudi menjaga& membesarkan anakmu ini. Moga tira dapat balas jasa ummi abi. :)

Ookeh. berbalik kepada tajuk entri: Cinta High Class. ^^ membuak-buak rasa nak baca novel ni bila ada kawan-kawan yang bagitaw novel nie sangat best. Sila lah baca, series best sesangattt ! rugi oi tak baca.

Siap promote dekat instagram lagi. :) 


Betul ! memang buku Cinta High Class sangat best. Roh dan watak Qani'ah dalam buku ni seolah-olah ada. Kadang asyik terbayang keindahan dan kesopanan Qani'ah. Moga diri ini dapat mengikuti jejak langkah solehah Qania'ah. ^^

Selain tu ada jugak tentang bagaimana jika kita inginkan rumah tangga yang harmoni, sakinah (bahagia). Ia bermula daripada bagaimana permulaan cinta kita. Adakah kita bercinta kerana Allah? adakah kita bercinta kerana fitrah orang bercinta? dan bagaimana cinta kita disalurkan.

Buku ini juga buat para teruna dan dara yang sering memikirkan tentang jodoh. Terlalu risau tentang jodoh. Bagaimana usaha mencari jodoh? Usaha yang macam mana kita kena lakukan? Adakah perlu tergesa-gesa atau mengikut trend kahwin muda pada zaman sekarang nie? hmm. Segala-galanya..

Tetapkanlah matlamatmu, tetapkanlah prinsip Islammu. Allah pasti memberikan yang terbaik! Segala-galanya. Jika kita letakkan Allah yang paling Utama dalam hidup kita, pasti hari-hari yang kita lalui penuh dengan kesegaran bunga-bunga dari taman.

Jangan pernah berputus asa. Jangan pernah patah hati kerana Dia sentiasa ada bersama kita. Jodoh pertemuan perpisahan semua keranaNya.

Bila dah habis baca buku ni rasa macam rindu sangat, cinta sangat pada Sang Pencipta.

^^
inshaAllah
ada masa nanti kta cerita detail skit tetang buku nie.
tapi
lebih baik merasainya sendiri
beli @ pinjam
Moga dapat intipatinya
:)

Salam sayang untuk penulis buku,
Ustazah Fatimah Syarha& Dr. Farhan Hadi
Sangat terinspirasi dengan keluarga bahagia ni:)
Moga setiap apa yang ustzh & Dr lakukan mendapat redha dariNya
Moga berjaya dalam setiap apa yang diusahakan
Amin.

1 Sept 
NurAthirahHuda
^^

0 comment:

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review