Sunday 23 February 2014

Rancang Kewangan Anda !

Posted by athirahhuda at 16:02 1 comment
Assalamualaikum. 
Haa, ramai betul yang tanya dekat saya tentang tips kewangan. 
hehee. *yke*

i'm co finance officer. Please behave yourself! &_$ 

Actt, nak kongsi cara nak simpan duit dengan berkesan. Haa, daripada sekarang ni lah kita kena menyimpan untuk masa hadapan.. contohnya, bila kita start menyimpan daripada muda2 lagi, kita boleh gunakan duit simpanan tu untuk kecemasan, simpanan masa tua, untuk berjalan mengelilingi bumi ciptaan Tuhan *travel*, untuk kawen, dan juga untuk bakal anak, dll.. ;)
“It’s not about how much money you make, it’s how you save it” J

‘Saving Vs Investing’
Simpanan ataupun Pelaburan ?

SIMPANAN
Simpanan adalah berisiko rendah, malah pulangannya juga adalah rendah berbanding pelaburan.. Bak kata pepatah omputeh “Low risk, low return". 
Simpanan yg kita selalu letak dekat bank untuk duit keluar masuk tu hanyalah akaun simpanan biasa 'Saving acc / current account'. Untuk simpanan pelaburan, kita boleh buka fixed deposit account dekat mana2 bank. 

Fixed deposit

FD ialah simpanan tetap. Bagaimanapun, simpann ini adalah tidak berisiko yg mana kita janji dengan bank untuk simpann secara tetap dengan specific rate yang dah ditetapkan dan juga pulangan yg dh dijadualkan. Biasanya fixed deposits adalah untuk jangka masa yang panjang iaitu setahun dan ke atas. Dan kebiasaannya menerima kadar faedah yg tinggi. FD adalah antara cara yang selamat untuk menyimpan. Simpanan yg selamat & terjamin. :) cumanya kadar simpanan FD adalah rendah berbanding melabur di Amanah Saham Bumiputra (ASB) yg lebih byk kebaikannya. haa, untuk yang islamic sekarang kita dh ada al-mudharabah yang fungsinya seperti FD. dan pulangannya berdasarkan kadar keuntungan bukan lagi kadar bunga/faedah. :)


PELABURAN
Pelaburan bermaksud aset atau barangan yg dibeli dengan harapan bahawa ia akan menjana pendapatan atau 'appreciate' pada masa hadapan. Dalam erti kata ekonomi, pelaburan adalah pembelian barang-barang yang tidak digunakan hari ini tetapi digunakan pada masa akan datang untuk mencipta kekayaan. Dalam kewangan, pelaburan adalah aset kewangan yang dibeli dengan idea bahawa aset tersebut akan menyediakan pendapatan pada masa akan datang atau menghargai dan dijual pada harga yang lebih tinggi.

      1.      Gold/ Emas

Melabur dalam emas nie sangat bagus sebenarnya. Sepertimana yang kita tahu, dulu pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda dan sahabat2 menggunakan dinar dan juga dirham sebagai perantaraan jual beli mereka. So, ikutkan logik jugak, antara duit kertas dengan emas semestinya emas lebih berharga berbanding duit kertas/ duit syiling tu..
Jadi, daripada kita pengang duit kertas yg semakin hari semakin berkurang nilainya dek kerana inflasi, lebih eloklah kita menggantikan duit kertas dengan emas jika kita berhajat ingin menyimpan duit. Hal ini kerana, emas bernilai dan jarang sekali nilainya turun bahkan pastinya meningkat dari tahun ke tahun.
Sesiapa yang berminat dengan pelaburan emas, boleh layari: www.publicgold.com

       2.      Property

Pelaburan dalam hartanah. Haa, ini adalah pelaburan yang paling menguntungkan.. Nilai tanah ofcos makin mahal. Berapa nilai yang kita beli sekarang, kita akan dapat balik duit tu sepenuhnya, bahkan lebih berganda mungkin. Jadi kalaw kita melabur dalam hartanah nie tak perlu susah hati. Asalkan kawasan tanah yg kita beli tu ada potensi untuk maju pada masa hadapan J Cumanya the risk is harga tanah yg makin mahal skrg.. nk byr downpayment pn dah dekat 5k. Tp klaw dah cukup duit, why not? ;)

       3.      Stock

Stock ialah saham. Pelaburan saham biasanya mempunyai risiko yang tinggi. Kita nilai, pilih, & buat kajian sikit pasal sesebuah company dlm Stock Market *BURSA MALAYSIA*. Biasanya, untuk permulaan nak main saham, diorang tak galakkan masuk stock market terus. Cadangannya melaburlah dalam *ASB (Amanah Saham Bumiputera). ASB diuruskan oleh org yg berpengalaman. Sebb itulah risiko dia rendah dan peratus dia lebih tinggi berbanding Fixed deposit.  Selain itu, boleh juga melabur dalam *IPO (Initial Public Offering) juga lebih selamat berbanding Stock Market. Tapi, kalaw betul2 nak cuba Stock Market, kita kne ada Stock Broking Firm(SBF) *klik untuk contoh SBF  supaya boleh jadi org tgh (broker or underwriter). Mereka ni juga boleh bagi advice untuk kita sebagai panduan.

       4.      Collectible antiques- coins, stamp, books and antique goods

Haa, pelaburan ni pulak adalah pelaburan mengumpul barang2 antik *gittew* yg lama2 dulu.. Contohnya sekarang kereta kodok tu.. kalaw condition kreta tu elok lagi, boleh jadi mahal Oow.. Selain tu, kumpul stem ke, buku, duit syiling yang lama2 dulu ke.. or duit kertas khas. Tak silap huda, ummi pun ada jugak kumpul duit syiling lama2 dulu yg besar dan berat.. ada rm5 seketul.. sangat unik. Jom kumpul barang2 antik! 

       5.      Business

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Perniagaan juga adalah satu pelaburan. Berniagalah apapun, asalkan mendapat keredhaan dari yang Maha Esa.  Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti berniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Berniagalah, jom didik diri jadi usahawan! Bermula dengan kecik2 dulu pun Ook. bila dah makin maju skit boleh la kembangkan empayar perniagaan kita! :))


        6.      Children
Anak pun pelaburan jugak taw.. pelaburan jangka panjang.. hhee.. bgi makan, bgi kesihatan, bgi pelajaran, bgi kasih syg.. & at last dia berjaya.. Dann yg paling penting bila kita dah takde dia doakan kita.. inshaAllah.. matlamat utama ke Syurga Nya J
 “Duit bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit.”

Pernahkah kita terfikir bila kita nak cari pasangan hidup, pertama-tama sekali mesti kita tgok pada wajah @ muka dia kann. Sebab tu org ckp cinta pandang pertama la bagai. Dari mata turun ke hati gittew~~ hahha

Tapi, bila kita dah kenal dia lelama, adakah pandangan wajahnya menyebabkan kita dan dia kekal selama-lamanya? Adakah dengan kekayaan?


Haa, satu lagi adakah jenama kenderaan yg digunakan menjadi kayu ukur kepada kebahagiaan rumah tangga? Tidak.. biar sederhana asal bahagia.. if ada rezeki lebih inshaAllah takde masalah nak beli kreta jenama apa sekali pun.. sebb kereta ni nilai dia makin lama makin tidak bernilai. Daripada kita bayar mahal2 bulann kereta, baik kita pegi melabur dekat ASB. Tak gitu? ;)
Jadi, bukan harta dan kekayaan sgt yang perlu dicari, cukuplah ketaqwaan iman penyejuk dihati, ada sifat tanggungjawab pun dah cukup..

Dan

Yang paling penting
Bagaimana kita menghidupkan rumah tangga itu supaya penuh dengan keberkatan dan nilai keislaman.

Eh, termasuk bab kawen pulak.. haha. Ook. Back to reality, semua2 ni adalah antara tempat dan jenis pelaburan yang mempunyai pro & cons tersendiri.. Semua tu adalah berdasarkan matlamat utama kita melabur.. Bila ada matlamat inshaAllah kta akan berjaya..

Ook. Refresh balik jenis2 pelaburan tadi:
*Fixed Deposit
*Gold
*Property
*Stock
*Collectable antique
*Business
*Children ;)

J Moga berjaya ! tetapkan matlamat kewangan & pelaburan anda. Mulakan dengan pelaburan yang berisiko rendah. Takpe, mulakan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..

jom rancang kewangan!
 mungkin ini boleh membantu:

RANCANG PELABURAN ANDA

JIKA ANDA MEMPUNYAI WANG RANCANGLAH WANG ANDA SEBAIK MUNGKIN. ELAKKAN DARIPADA SIMPAN DIBAWAH BANTAL SAHAJA. MELABURLAH & SIMPANLAH DENGAN CERMAT DAN BERKESAN. 

:)
#LIFE
#FINANCE
#LOVE

Tuesday 11 February 2014

Kejayaan Dalam Kehidupan?

Posted by athirahhuda at 10:45 0 comment
Kejayaan? 

Saya sering terfikir apakah maksud kejayaan dalam kehidupan. Apakah kejayaan yang sebenar-benarnya? Adakah kejayaan diukur apabila berjaya mendapat markah yang tinggi didlm pperiksaan? Adakah kejayaan diukur apabila berjaya mendapat gelaran Dr. ? Ataupun kejayaan ialah apabila berjaya mendapat segulung ijazah? Bermacam-macam persoalan timbul dalam benak fikiran.

Tapi, kenapa bila kejayaan2 ini dicapai, seseorang tu masih lagi tidak berpuas hati dengan kejayaan tu.  Seolah2 ada lagi yang tiada. Ada je lagi yg kurang.

Suatu hari, terdengar seorang ustaz memberi ceramah berkenaan kejayaan. Terungkap segala persoalan. Jawapan dalam ceramahnya :

    --> Apabila seorang engineer mendapat satu projek besar, kejayaannya mula diukur. Apabila seorang pelajar mendapat cgpa 3.5 keatas, ia dianggap kejayaan oleh pelajar tersebut. Dan apabila ibubapa mendapat anak-anak yang bijak, pandai, dan berjaya ia juga dianggap kejayaan oleh ibubapa. Apabila seorang doktor dapat menyelamatkan nyawa pesakitnya, ia dianggap kejayaan bg seorang doktor.
--> Nampak? Itulah kejayaan ~ simple.. hehe :)

TETAPI

*sambung ustaz tu..*

Adakah kita terlupa? Allah ada menyebut dalam firmannya:

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"
(Surah al-Dzariyat : ayat 56)

Jadi, apakah pula kejayaan sebagai seorang muslim? Islam?
Semestinya adalah apabila seseorang muslim berjaya menuju ke SyurgaNya. Hidup dalam iman, dan juga mati dalam iman.

Nak berjaya? Nak kejayaan?

Rebutlah peluang menuju SyurgaNya. CintaNya. Mengenal siapa pencipta kita.
"Kejar akhirat, dunia pasti mengikuti."
 Kalaw kita kejar dunia, dapat dunia semata. Kalaw kita kejar akhirat, dapat kedua-duanya.



Dua fungsi kehidupan adalah Ma’rifatullah dan Ibadah:

Ma’rifatullah

Ma’rifatullah adalah mengenal Allah. Bagaimana mengenal Allah?
Kenalilah Zat Nya. Keluarlah mengembara. Hayati keindahan alam. Berjalanlah. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam mengenal Allah, syukuri nikmatnya. Berzikirlah padaNya. inshaAllah diri akan jadi lebih tenang disebalik kesibukan duniawi. bukan hanya melihat, ttapi dengarlah ssuatu yg baik*ceramah dsny* 
bak kata: Maher Zain "open your eyes, heart & mind" 

Masa nak pergi kerja ataupun masa nak pergi kelas. Masa tu kita boleh hayati, syukuri nikmat oksigen free, syukur masih sihat, boleh berjalan, berlari, membaca dan boleh pergi mencari rezeki lagi.. Alhamdulillah.

…Lihatlah sungai yang mengalir. Deru ombak yang berdesir. Hijaunya nusantara. Penyegar pandangan mata. Damai suasana. Ciptaan Allah Maha Esa…. #LirikLagu ^_#

Ibadah

Ibadah ialah mengabdikan diri kepada Allah. Setiap yang kita lakukan didunia ni ialah ibadah jika kita niatkan segala perbuatan keranaNya. Contoh, nak mandi niat nak bersihkan diri kerana Allah. Nak cantik kerana Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan.” - (Hadis riwayat Muslim)

Biasakan diri sebelum nak buat sesuatu, niatkan kerana Allah. Pergi kerja niat kerana ingin mencari rezeki kerana Allah. Nak pergi belajar niat nak mencari ilmu Allah yang Maha Luas. Hidup akan menjadi lebih tenang dan ikhlas keranaNya..
Niat kerana Allah sudah dikira ibadah. Lakukan ibadah dapat pahala J Islam itu indah .

Jalan yang terbaik adalah dgn menuju Allah.
Pilihlah dan coraklah hari-hari anda dengan nilai-nilai Islam:)



#Sama2 kita berubah keranaNya
:)

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review