Saturday 24 August 2013

Entri tanpa tajuk.

Posted by athirahhuda at 16:25 0 comment
Assalamualaikum.
Entri ini tanpa tajuk.
Tetapi tidak bermaksud tiada makna.
;')


Penggembara ilmu. Berjalan. Melihat. Mentafsir.


Setiap sesuatu yang kita lalui dalam kehidupan ini adalah pengajaran. Walaupun kes kecil sekalipun. Ia tetap menjadi renungan pengajaran untuk kita..

Setiap langkah perjalanan membuatkan diri sentiasa berhati-hati.

Kadang dalam perjalanan menuju ke destinasi, kita terpaku melihat keindahan ciptaanNya. Sehinggakan terleka seketika dengan kuasa Sang Pencipta.

Terhenti di sesebuah perhentian yang indah tapi tidak berpenghuni. Harapan untuk menetap disitu sehinggakan terlupa destinasi yang sebenarnya hendak dituju.

Allahu. Setiap ciptaanNya mempunyai kelebihan masing-masing. Setiap apa yang diperlihatkan ada hikmah disebaliknya.

Sebab itu kadang-kadang teringat balik hari pertama mendapat tawaran masuk ke universiti. Kadang terlupa apakah tujuan utama aku kesini?? Bila masa nak study tu malas amat. Bila nak bangun rasa takde matlamat.

Alangkah ruginya jika itu yang ulang setiap hari. Ruginya bila peluang tidak digunakan sebaiknya. Rugi rasanya bila sentiasa memikirkan hal orang lain. Matlamat sendiri bertaburan.

Jom berpatah balik. Jom kita tetapkan matlamat kita. Sematkan dalam jiwa dan sanubari. Jangan biarkan ia goyah ! Cari kemampuan sebenar kamu dan terus pegang erat matlamat kamu. Belajarlah. Tidak rugi malah akan kaya. Kaya dengan ilmu. Yakinlah pada diri kamu sendiri. Yakinlah yang kamu mampu lakukan. Lakukan ia dengan cara kamu.. Confidence is the KEY. If you don't believe in yourself, then nobody will.

"Jangan berusaha ataupun mengerjakan sesuatu setengah hati, kerana hasil yang kamu dapat juga hanya setengahnya."



The learner,
Mencari erti sebuah kehidupan.
:)

Wednesday 21 August 2013

Dugaan & Cabaran

Posted by athirahhuda at 16:27 0 comment

Ya Allah.. peritnya ! sakitnya !

Itulah yang kita rasakan sekiranya musibah datang menimpa kita. Musibah yang tidak pernah terfikir langsung dek hati kita untuk melaluinya. Tidak pernah langsung !

Hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya dugaan ini. Semua sudah terlambat untuk dikesalkan perbuatan lalu. Tetapi, inilah yang perlu dibaiki dan dijadikan pengajaran.

Sebenarnya pengalaman orang lain dapat kita ambil iktibar. Moga pisang tidak berbuah dua kali. Moga kita tidak terjatuh pada lubang yang sama.

Allah yang menentukan segala-galanya. Allah jua yang menggerakkan hati-hati kita. Rancanglah sehebat mana pun jika Allah kata "Tidak" ia takkan terjadi.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jika kita berusaha Allah pasti memberi ganjaran bukan sahaja didunia malah diakhirat. Jika kita bersungguh-sungguh berdoa padaNya. InshaAllah Dia akan kabulkan jika tidak didunia pasti di akhirat kelak.

Jika dirimu sedang diduga, jika dirimu sedang diuji. Berdoalah padaNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Setiap dugaanNya PASTI terselit hikmah yang besar yang kita tidak tahu apakah ganjarannya sehinggalah kita dapat merasai dan melaluinya. "La ilaha illallah muhammadur rasulullah." We believe Allah and Muhammad (SAW) is the Messenger of Allah.

Back to Him. Mungkin dengan setiap musibah yang kita alami mendekatkan lagi diri kita dengan Dia. Kita yang sering leka dan lalai. Bertaubatlah. Berdoalah. Sesungguhnya Allah suka pada hamba-hambaNya yang meminta dan berdoa kerana doa adalah senjata orang mukmin.



 :)

Wednesday 7 August 2013

29 Ramadhan 1434 Hijrah

Posted by athirahhuda at 09:27 0 comment
Assalamualaikum..

Sedar tak sedar hari ni dah 29 Ramadhan. Bermakna hari nie adalah hari terakhir berpuasa dalam bulan Ramadhan untuk tahun ini. Sekejap je rasa. Pejam celik, dah smpai masanya untuk kita tinggalkan Ramadhan Kareem. Moga bulan ini sedikit sebanyak menjadi bulan tarbiah kepada kita. Moga menjadi bulan yang penuh dengan kekesalan diri dan rahmat dariNya. inshaAllah. moga berterusan.

Moga dapat bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan
Sentiasa menunggu kehadiranmu ya Ramadhan 


 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review