Friday 31 January 2014

Today

Posted by athirahhuda at 11:17 0 comment
Assalamualaikum

Saat ini dan juga waktu ini aku tidak balik ke rumah bercuti. Sedangkan rakan-rakan yang lain sudah pun berada di rumah masing2.

Aku bercuti dihostel ! :p

Cuti seminggu honeymoon dihostel bermula, aku telah meminjam enam buah buku di library.

Jadual hari ini pula bermula dengan ber'blog' & lepas ni nak siapkan kerja:

1. Buat nota law & credit managment
 2. Siapkan BMG *Business Model Generation* ataupun *Business Planning*
3. Serta membaca buku-buku yang berjaya dipinjam

#orang dulu-dulu kata, tak elok tangguhkan kerja.
 Nikmat masa lapang harus diisi dengan sesuatu yang berfaedah. 
Good Luck ! Semoga anda juga tidak malas dan terus berusaha! 

.
.
.
Watchaaa~
:)



Saturday 18 January 2014

Rasulullah IDOLAKU. Rahmatan Lil Alamin.

Posted by athirahhuda at 12:48 0 comment
*catatan di draft beberapa hari lepas:)* 

Assalamualaikum
Awak yang sedang membaca nie sihat? Lama kita tak mencatat dalam blog nie. Tiba-tiba rindu datang menjelma bersama secubit keterujaan sebab baru balik dari sambutan Maulidurrasul dekat madrasah yang sangat cantik dimata saya. Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’la ali Muhammad. Moga kita sentiasa merindui Rasul kita. Moga kita sentiasa menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola kita. Segala apa yang Nabi Muhammad SAW lakukan melalui perbuatan, percakapan dan sunnah baginda SAW menjadi panduan bagi kita. Sama-sama kita jadikan rujukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat2 baginda SAW serta bagi kaum wanita jangan lupa jadikan isteri serta anak baginda seperti Fatimah sebagai ikon idola muslimah kita. InshaAllahJ
.
.
.
Allahumma solli ‘ala Muhammad waala ‘ali Muhammad
Allahumma solli ‘ala Muhammad waala ‘ali Muhammad
Allahumma solli ‘ala Muhammad waala ‘ali Muhammad


Ya Allah, Engkau berilah kami peluang untuk mengerjakan umrah dan haji. Sesungguhnya mengerjakan umrah itu adalah bermaksud menziarahi baginda Muhammad SAW. Tanpa baginda, kami tidak akan kenal agamaMu, kami tidak akan tahu tentang AlQuran sebagai penunjuk kami, kami akan leka dan terus lalai hingga ke hari akhirat nanti. Subahanallah. Bersyukur ya Allah kami dilahirkan sebagai islam. Matikanlah kami juga dalam islam. Ameen Ameen Ya Rabbal ‘Alamin..
Kekasih kita, Cinta kita adalah kepada Rasulullah SAW. Kekasih Allah. Apabila baginda bercakap, pasti sahabat2 menundukkan kepala tanda hormat padaNya.

Doa yang boleh amalkan di antara solat sunat subuh dengan solat subuh : *amalkan tiap-tiap hari* inshaAllah kebaikannya:


  • Allah akan kabulkan doa kita
  • Kebajikan yang besar & memudahkan segala urusan
  • Allah memelihari dari segala kejahatan
  • Memurahkan rezeki (zahir& ma’nawi)
  • Meningkatkan ibadah

iaitu surah:

1) Surah Al ‘Alaq
2) Surah Al Qadr
3) Surah Az zalzalah
4) Surah Al Quraysh

"Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya." – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725.

 Mudah-mudahan bermanfaat dan diberi kekuatan untuk mengamalkannya.

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review