Saturday 24 August 2013

Entri tanpa tajuk.

Posted by athirahhuda at 16:25
Assalamualaikum.
Entri ini tanpa tajuk.
Tetapi tidak bermaksud tiada makna.
;')


Penggembara ilmu. Berjalan. Melihat. Mentafsir.


Setiap sesuatu yang kita lalui dalam kehidupan ini adalah pengajaran. Walaupun kes kecil sekalipun. Ia tetap menjadi renungan pengajaran untuk kita..

Setiap langkah perjalanan membuatkan diri sentiasa berhati-hati.

Kadang dalam perjalanan menuju ke destinasi, kita terpaku melihat keindahan ciptaanNya. Sehinggakan terleka seketika dengan kuasa Sang Pencipta.

Terhenti di sesebuah perhentian yang indah tapi tidak berpenghuni. Harapan untuk menetap disitu sehinggakan terlupa destinasi yang sebenarnya hendak dituju.

Allahu. Setiap ciptaanNya mempunyai kelebihan masing-masing. Setiap apa yang diperlihatkan ada hikmah disebaliknya.

Sebab itu kadang-kadang teringat balik hari pertama mendapat tawaran masuk ke universiti. Kadang terlupa apakah tujuan utama aku kesini?? Bila masa nak study tu malas amat. Bila nak bangun rasa takde matlamat.

Alangkah ruginya jika itu yang ulang setiap hari. Ruginya bila peluang tidak digunakan sebaiknya. Rugi rasanya bila sentiasa memikirkan hal orang lain. Matlamat sendiri bertaburan.

Jom berpatah balik. Jom kita tetapkan matlamat kita. Sematkan dalam jiwa dan sanubari. Jangan biarkan ia goyah ! Cari kemampuan sebenar kamu dan terus pegang erat matlamat kamu. Belajarlah. Tidak rugi malah akan kaya. Kaya dengan ilmu. Yakinlah pada diri kamu sendiri. Yakinlah yang kamu mampu lakukan. Lakukan ia dengan cara kamu.. Confidence is the KEY. If you don't believe in yourself, then nobody will.

"Jangan berusaha ataupun mengerjakan sesuatu setengah hati, kerana hasil yang kamu dapat juga hanya setengahnya."



The learner,
Mencari erti sebuah kehidupan.
:)

0 comment:

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review