Wednesday 1 May 2013

Yang Baik Untuk Yang Baik.

Posted by athirahhuda at 01:12

   Selalu kita dengar "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.." kann. Tapi kadang ada orang cakap kenapa dia dapat lelaki tak baik sedangkan dia seorang perempuan yang baik. Jawapannya ialah Allah sengaja memberikan lelaki yang tidak baik untuknya supaya dia beriman dan supaya dia tidak lalai dan sentiasa dekat pada-Nya.

   Semua orang mendambakan bakal suami yang baik dan bakal isteri yang baik. Caranya ialah dengan berdoa mohon kepada-Nya moga dapat teman hidup yang baik:)

   Doanya :

"Ya Allah, ringankanlah jodohku. Berilah aku jodoh yang baik, zuriat yang baik dan keturunan yang baik... " Amin ya rabb.

 


   Jika kita tidak boleh memilikinya di dunia, bukan bererti kita tidak akan memilikinya langsung. Bersabarlah, kita akan bertemu di Syurga:)


Ada sebuah kisah yang dibaca daripada sebuah buku :-

Seorang ulama (Syeikh Thahhan) yang hidup pada zaman ini. Dia mempunyai ilmu yang mendalam dan merupakan seorang yang sangat soleh. Keadaan ekonominya cukup baik, tetapi dia memilih untuk hidup sederhana dan tidak berlebih-lebih dalam segala hal.

Dia sering membantu mahasiswa yang kekurangan wang serta yang hendak berkahwin dengan bantuan kewangannya. Namun dia sendiri kadang-kadang menahan diri daripada membeli sesuatu yang harganya agak mahal, walaupun dia mampu membelinya.

Pernah suatu hari, dia pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan. Dia membeli buah-buahan yang baik dan harganya tidak terlalu mahal. Seketika kemudian, di kedai lain, dia terlihat beberapa ikat anggur yang sangat ranum dan menarik hati. Sesiapa saja pasti akan tergoda untuk membelinya, walaupun harganya lebih mahal daripada buah-buahan yang lain.

Ulama ini amat menyukai buah anggur. Dia mempunyai wang untuk membayarnya. Namun, dia memutuskan untuk tidak membelinya. Dia menatap anggur itu sambil tersenyum. Kemudian dia berkata, "Bukan sekarang ... tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insha Allah."

Janganlah bersedih jika wang kita tidak cukup untuk membeli sesuatu, atau kita memutuskan untuk tidak membelinya kerana suatu niat yang baik. Teruslah beramal dan mengharapkan kebaikan daripada sisi-Nya. Dan katakanlah kepada barang-barang itu, "Tidak, bukan sekarang. Tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insha Allah." :) -The end-




   Itulah al-kisahnya... Moga bermanfaat untuk semua... :D


Sebelum tu, nak share sikit tentang sebuah drama yang banyak sangat pedoman. Cerita ini sepatutnya dijadikan contoh teladan :)  cerita tersebut ialah Cinta Dan Wahyu. cerita ini adalah sambungan daripada cerita Warkah Cinta.

Kedua-dua cerita ini sebenarnya di adaptasikan daripada novel. Seriesly, tak pernah langsung baca novel terus tengok lakonannya. Suasana dan ikon untuk menjadi seseorang yang baik amatlah perlu untuk diikuti:)


Warkah Cinta.


Sambungannya- Cinta Dan Wahyu

saya sertai link dye sekali, selamat menonton :)


*sekarang baru sampai episod 6* Selamat menonton ^^

Assalamualaikum 

:)



6 comment:

Cikgu Akim said...

selamat hari pekerja=)
Bulan-bulan sibuk seorang mahasiswa hampir berakhir..hehehhe...seyes bzz sangat hujung2 sem ni...mesti athirah pon penah rasa kan....

wahh...bestttt sangat cerita warkah cinta tuuuuu..

athirahhuda said...

selamat hari pekerja juga :) hehee
mmg, biasa la tu nk abis sem dah.. lagi2 last semester. wahh. tahniah3 ! bila habis?

Dah tengok ke warkah cinta? pastu tengok sambungan dye cinta dan wahyu. hayati kata2 dye memang best !

Cikgu Akim said...

saya habis final exam 11/6......3 paper jee..pastuu berakhirlah sudah kisah as budak degree..hehehhe...

ermm..sedih laaa..saya baca novel ja..kala cinta dan wahyu bersatu...kalau nak tengok2 drama ni tak sempat..tapi nanti akan download gak..heheh..imam muda nazrul berlakon kan...untunglaa athirah sempat tngok..hahha

athirahhuda said...

yke. selamat menghabiskan degree dan berkhidmat jd cikgu eh.. huhu. :)

Oowh rajin betol baca novel kan.. its oke. novel pun mst lgi best.. nnti ada masa tengok lah.. im nazrul best! :D

Cikgu Akim said...

athirah..apa ya tajuk lagu kat blog ni..lama da nak tanya..asyik lupa ja..hehhehe

athirahhuda said...

tajuk dye "bawa kau pergi" :)

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review