Saturday 28 December 2013

dari hati ke hati

Posted by athirahhuda at 08:31 0 comment
Apa yang kita inginkan
Apa yang kita mahukan
Tidak semuanya dipenuhi
Kadang dipenuhi dengan kejutan kegembiraan 
Kadang kejutan kesedihan
KERANA kita selalu inginkan semua perkara dalam satu masa
Tidak kira keadaan dan suasana

Betapa gelojoh dan betapa tamaknya kita
Tidak bersyukur dan sering alpa
Fikirlah dan renungkanlah
Letakkan PENCIPTAmu yang PERTAMA
yang SATU dan tiada yang layak selainNya
Seluruh hidupmu semua yang ADA
Cukup Allah untukmu

Laskar Pelangi : "Mimpi adalah kunci, untuk kita menakluk dunia."

Bersyukurlah, bersabarlah, yakinlah. 
Dia pasti ADA untuk memberikan yang TERBAIK.
Berusaha, Berdoa dan Tawakkal padaNya.
:)

ORANG YANG PALING RUGI ADALAH ORANG YANG INGIN MELAKUKAN SEMUA PERKARA DALAM SATU MASA

*kerana pada akhirnya, pasti tiada satu pun perkara yang selesai dilakukan olehnya disebabkan kegelojohan dan ketamakan diri menyelesaikan semua masalah dalam satu waktu.

#Teruskan pengorbanan
#Jangan mudah berasa malas
#Buat sebaik mungkin
#katakan pada diri
"AKU PASTI BOLEH LAKUKAN YG TERBAIK"

Welcome to Kuala Terengganu:) again

Friday 20 December 2013

The Journey

Posted by athirahhuda at 08:55 0 comment
Bermulalah kisah~~ on the way to success. inshaAllah:)

Rindunya pada blogJ Sejak masuk untuk semester yang terakhir ni, makin sibuk & bertambah sibuk. Moga kesibukan ini menjadikan kita lebih menghargai masa. Minggu nie cuti seminggu sebenarnya. Mid sem break! yea, barulah ada masa nak update blog. Malam semalam sume dah cabut balik rumah sbb hari ni dah cuti. Tapi saya masih setia di hostel, duduk sorang2 dlm bilik. 80% student sume dah balik.. sunyi.. Tak takut pun sebenarnya.. hAHA.

1. Lets begin 2. Start the engine.. 3. Brrummm2 and go!! hehe

Ook. Sepanjang minggu nie, sepanjang bulan nie, sepanjang di UniSZA banyak sangat yang dipelajari, sambil bertugas sebagai Bendahari Kelab a.k.a. Menteri Kewangan tidak bergaji. hehee :) Selama memegang amanah, sebenarnya telah memberi secubit kematangan pada diri. Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang susah & bukan juga mudah. Banyak cabaran, banyak tentangan, banyak juga pengalaman. Kadang terasa makin tua pulak bila jumpa junior fresh yang baru masuk.. haha. *ok. sedar diri takpe* :p

AGM 2013/14 Kelab Mahasiswa Kewangan (KMK)
Masa pembentangan kewangan sebagai bendahari sebelum menjadi mantan.
Such a great experience :)


Allah Maha adil. Dia tak bagi kita sentiasa gembira sepanjang masa. Dia tak bagi kita sedih sepanjang masa.
Tapi Dia letakkan kedua-dua perasaan itu sepanjang masa berselang-seli agar apabila kita sedih, perasaan gembira pasti hadir sesudahnya.. dan apabila kita gembira, datang perasaan insaf & sedih supaya kita tidak berlebihan suka atau gembira.

Dia pasti hadirkan akan seseorang ataupun Dia pasti akan hadiahkan kita berita gembira selepas kesedihan yang kita rasai sekarang.

Allah berfirman,
“Sesungguhnya, dalam setiap kesusahan, ada kesenangan.” Qur’an 94:6


Yakinlah, Allah sentiasa bersama kita walaupun tanpa orang sekeliling disisi. Maha suci Allah. Moga diri kita sentiasa dekat dengan-Nya:)

“Jika tiada bahu untuk menghilangkan kesedihan, masih ada sejadah untuk bersujud.”

:) 
#spreadLove
 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review