Monday 18 November 2013

Semester terakhir Dip !

Posted by athirahhuda at 16:30 0 comment
Alhamdulillah. Safely arrived at Terengganu. Bumi tercinta. Rumah kedua.

Aturan Allah Maha hebat. Memberi peluang dan ruang untuk hambaNya belajar dan terus berjalan serta berfikir. Sesungguhnya banyak yang perlu dikaji. Banyak yang perlu dipelajari. Daripada sirah para Nabi dan Rasul. Turunnya al-Quran sebagai penunjuk jalan bagi kita, hamba yang lemah.

Jika dikaji, jika dilihat. Sungguh banyak nikmat kurniaan Ilahi.

Surah Ar-Rahman  "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban "  
 yang bermaksud  :   Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Pembukaan semester yang cukup memberi inspirasi. Semasa dalam flight ke teganu tadi. Ditakdirkan duduk bersebelahan seorang yang berjaya dan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang kewangan.

Whoaa. Berbual dengan beliau, pengalaman beliau, pecutian beliau ke pelbagai negara. Sungguh menjadi pembakar semangat! :)

Beliau adalah dalam bidang kewangan. Pengalaman bekerja beliau di institusi kewangan selama 10 tahun lebih memberikan pengalaman yang cukup untuk beliau membuka sebuah syarikat sendiri. Sekarang beliau adalah sebagai penasihat pelaburan atau dalam bahasa omputehnya Senior Investment Consultant.

Perkenalan yang singkat pun dapat share macam-macam benda. Beliau suka travel ! that's my dreams too! Kira seluruh negara asia beliau dah teroka. Contohnya, travel dkt Indonesia jgn ckp la. semua negeri dekat sna dah teroka. ;) whoaa. hebat.

Moga diri ini lebih bersedia melangkah lebih jauh, melangkah dengan lebih bergaya kehadapan!
Moga keberkatan Allah mengiringi.
:)

#NurAthirahHuda
#spreadlove
#Fighting!!!

Sunday 17 November 2013

Dia gelakkan aku?

Posted by athirahhuda at 01:10 0 comment

Kelakar sangat ke prinsip hidup aku?
Salah ke aku ada pendirian camtu?
Kolot sangat ke aku?
Rugi ke aku?



Diam tak bererti aku tak de perasaan.

Aku tahu, kau mempunyai alasan tersendiri. Alasan kau pasti kukuh. Sekukuh tembok besar China.
Segala yang ditetapkan untuk kau sudah tertulis dan terselit hikmah.

Walaupun kau takde kene mengena pun dalam diari hidupku. Tapi aku plek. Geram pun ada.

Tak kesah lah kau nak gelak ke, nak guling sambil gelak ke..
Yang penting aku sentiasa YAKIN
KEYAKINAN aku takkan hilang selagi aku berpegang pada tali-Nya
Moga aku sentiasa diberi peringatan
Moga aku sentiasa berlumba-lumba mendekatkan diri pada cinta-Nya
Moga aku sentiasa dalam redha Allah.

Aku sentiasa letakkan harapanku sepenuhnya kepada Allah, kerana aku tahu Dia tidak akan sesekali mengecewakan hamba-Nya

#SpreadLove
#RandomStory
 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review