Thursday 25 July 2013

Sangkaanku kau sahabat, tetapi mungkin kawan sedetik cuma.

Posted by athirahhuda at 23:30 0 comment

'If you care too little you will lose them,
and if you care too much you will get hurt.'

'Berhentilah peduli maka kau akan jauh dari luka,
dan berhentilah mengambil tahu maka kau akan jauh dari kecewa.'



Mungkin salah sendiri jugak yang terlalu mengambil berat ataupun mungkin terlalu mengambil tahu tentang sahabat. Mungkin dia rimas, mungkin dia lemas. 

Mungkin juga diri ini terlalu 'terhegeh-hegeh' hendak berkawan dengan dia. Tapi, sebaliknya bagi dia hanya menganggap persahabatan ini biasa seperti hendak berkenalan cuma sehari. Begitulah mungkin yang dapat digambarkan.

Bukan pertama kali perkara sebegini berlaku. Tapi, ini yang kali yang kedua. Perlukah kami memberitahu lagi? Ini bukan pertama tapi kedua... Memang manusia tidak sempurna, sering melakukan kesilapan, perlu diperingati. Tapi, cukuplah sampai disini. Diri ini tidak mampu lagi berdepan dan merasainya berulang kali. cukuplah. 

Maaf atas segala salah silap, diri ini tidak sempurna. Moga dia gembira dengan pilihan & keputusan dia. Bukan nak putus kawan *haha macam budak-budak* hihee tapi cuma nak berhati-hati supaya hati nie taklah terlebih touching klaw dia buat perangai lagi.. :) 

Jadi lepas nie, taknak terlalu ambil tahu tentang dia & taknak terlalu peduli dengan dia. Cukup sekadar bertanya khabar.

InshaAllah diri ini akan menyelami dan memerhati dari jauh oke. :) moga ukhuwah ini sentiasa terjalin walaupun tidak seerat dulu.. 





Sincere,
NurAthirahHuda:)

Sunday 14 July 2013

Kullu 'am waantum bikhair

Posted by athirahhuda at 13:27 0 comment
Assalamualaikum.

Ramadhan kareem. Selamat menyambut Bulan Ramadhan:)
"Jadilah kamu seperti orang yang baik, apabila ada disukai, apabila tiada dirindui, apabila mati ditangisi. Jangan jadi orang jahat yang bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri" - Saidina Ali.


Saturday 6 July 2013

Busy bees:)

Posted by athirahhuda at 23:34 2 comment
Assalamualaikum.

Hai:) hari ni nak update blog sebab beberapa perkara penting dah siap buat. So, bila online fb ke twitter ke, takde lah rasa tak senang duduk.. Dann boleh online dengan gembira walaupun tak gosok baju lagii. Esok ada kelas pukul 10pagi. Sempat-sempat. hee. ^.^

pic credit from mr.google

Minggu nie sibuk jugaklah. Hari khamis arytu pegi JPJ renew lesen & bayar P1. Nak dijadikan cerita, keluar daripada UniSZA dalam pukul 2.30 petang, tapi kreta sewa dapat masa pukul 3petang.. then, budget sempat nak gi renew lesen sebab baru pukul 3 kan.. Sekali sampai, masuk je pintu pagar JPJ Kuala Terengganu, guard tu ckp kaunter da tutup. tengok jam sekarang pukul 3.35 petang. Kaunter hanya tutup pada pukul 3.30 petang.. bayangkan, 5 minit je lambat.. hmm. Pergi dengan penuh harapan, balik dengan penuh kekecewaan. sabar je lahh. Lain kali je lah renew lesen Huda.. hm. P1 je  sempat pergi.

Habis pasal JPJ sume bagai, minggu nie sibuk jugak dengan persiapan puasa minggu depan. Kena buat persiapan berniaga jugakk. Kelab finance bukak gerai jualan makanan dekat bazaar UniSZA. Sebagai bendahari kelab, kena arrange kan budget untuk jualan nanti. Dua hari jugaklah tido lambat, makan pukul 12am sebab tak sempat. Tu pun nasib sempat beli makan..

Ramadhan Kareem. Kullu 'am waantum bikhair. :)
pic credit from mr. google

Sambil2 tu buka jugak jualan jubah muslimah. Jual dekat asrama. Alhamdulillah dapat sambutan.. :) Ada satu bilik kosong, kelab finance jadikan bilik tu butik sementara.. Jual jubah, baju muslimah, tudung, kuih raya, & macam2... Banyakkan.. :) Kami kumpulkan semua usahawan daripada ahli2 kelab finance, berniaga beramai2 dalam satu nama. wish luck for us.. inshaAllah. ^^

Huda suka sangat menulis. suka tulis. Ingat lagi dulu masa tingkatan satu, bila sakit hati dengan seseorang, malam tu sebelum tido, mesti huda luahkan dekat kertas.. :) pastu kalaw masa tengah happy pun tulis jugak, luahkan sume dkt kertas.. Tulis kata2 semangat kat kertas jugakk.. Bila baca balik, comel je.. hehee. kenangan, kira primary sources la untuk anak cucu nnti.. hihhiii.

pic credit from mr.google


Hari nie nak share kata-kata semangat yang huda baru tulis semalam sebelum tido. Moga bermanfaat buat semua:)


  • Be confidence with yourself. Don't fear with anything. Only fear to Allah.
  • Jangan cepat melenting. Sabar. Allah akan bagi yang terbaik. Senyum je:)
  • Be yourself. happy. be the best.
  • Study before masuk kelas.
  • Study. Then, the rewards you can update blog. More & more. hehee
  • Love Allah, love umi abi, love yourself, love your family, love your friend. inshaAllah good things will come after. ^^
  • Don't be said.
  • Rendah diri. Jangan sombong dengan apa pun yang kita ada, apa yang kita belajar. jangan kedekut. Bersyukur. Allah akan tambah.
  • Jangan berfikiran buruk pada orang lain. Always think positive.
  • Chaiyokk ! Fighting ! you can do it ! =)

pic credit from mr.google


.
.
.

thanks for reading. ^^


NurAthirahHuda:)

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review