Saturday 23 July 2016

MBTI: Apa jenis personaliti awak?

Posted by athirahhuda at 16:32 0 comment
Assalamualaikum
Hai. Apa khabar awokk? Harap awok sihat lah yee. hehe. Disebabkan hari ni kita free. boleh la kita share pengalaman kita belajar pasal personaliti ni. arytu gi kursus pesonaliti. Jawab dalam 10 soalan tentang diri dan resultnya ai banyak klasik. haha! selain tu ada natural, romantik & dramatik. Tapi ai hanya ada natural siket. Selebihnya klasik.
Balik daripada kursus sehari tu. macam tak puas hatilah kan. mne cukup hanya tahu ai ni jenis klasik jee kan. Perasaan membuak-buak nak tahu pasal personaliti sendiri ni, maka tercetuslah idea meng'google' dan ai jumpa personaliti test MBTI. apa dia MBTI ni??



So. Dah lama sebenarnya teringat nak share pasal MBTI ni sebab kita boleh tahu kerjaya apa yang sesuai dengan kita. Pastu yang paling best adalah kita dapat tahu ciri pasangan yang sesuai dengan kita. Tak kiralah pasangan best friend ke boyfriend ke girlfriend ke kann. Kalaw lah kita beruntung dapat pasangan yang matching dengan personaliti kita. Rasa dia fun. Sangat menyeronokkan. Sebabnya, huda sendiri dah try buat dengan kawan baik sendiri dan memang kitorang matching. Memang enjoy bila dduk sekali & sedih je bila kawan tu xde. xde teman nak gaduh. haha. i'm a happy girl and sooo excited nak share tentang personaliti ni. ;))

So apa sebenarnya jenis personaliti awak ni? nak tahu tak? okay dia ada empat kategori:

i)  Extrovert ataupun Introvert
ii) iNtuition ataupun Sensing
iii) Thinking ataupun Feeling
iv) Judging ataupun Perceiving
kategori MBTI  
So setiap orang akan dapat empat jenis pasang huruf ni. Nak tahu tak korang jenis apa?? hee. Sekarang ni huda nak share link. Korang kena jawab soalan ni sejujurnya. okay? jangan tipu-tipu pasal diri sendiri tau ! Test ni dalam bahasa inggeris. Klaw rasa bahasa dia tinggi sangat, boleh la tukar ke bahasa indonesia dekat bawah tuu. sebab bahasa melayu tak de. Selamat menjawab gaiss ! Lepas jawab jgn lupa screen shot. takut lupa jenis personaliti awok. sudah. kena buat lagi sekali. Lepas ni kita tengok details pasal kita punya character pulakk okayy :)) Jom lah share korang punya jenis character. mne tahu jodoh. haha! #punboleh


Sunday 10 July 2016

Keberadaan tanpa syarat

Posted by athirahhuda at 23:08 0 comment
Assalamualaikum

Hai. Lama kiranya diri ini menyepi dalam keheningan diri. Sibuk dengan macam-macam aktiviti. Baru sekarang ada masa menaip.

Banyak yang aku belajar daripada kehidupan ni. Kehidupan bukan semata-mata untuk diri kita sahaja. Tetapi kehidupan yang sebenar apabila kita dapat memberi sebanyaknya pada orang lain.

Apa keputusannya, apa pun  pendapatnya yang pasti, didunia ini kita TIDAK MEMILIKI apa pun melainkan kita SELAMANYA DIMILIKI. Pemilik mutlak hanya Allah yang Maha Besar.

Hidup ini umpama sebuah perjalanan yang panjang menuju destinasi yang pasti. Perlunya matlamat dan misi sepanjang perjalanan hidup. Persoalannya sudahkan kita menetapkan apa dan dimana destinasi kita yang pasti? Jika sudah adakah benar jalan itu?

Seringkali aku meragui jalan yang aku lalui. Kadang aku terhenti mendongak kelangit, menoleh kebelakang. Jalan demi jalan yang aku tempuh, sudah banyak yang aku lalui sehingga saat ini. Apakah ini jalanku? Apakah betul jalan aku? Sudah pasti banyak yang aku harus perbaiki. Ya sungguh ilmu Allah luas.

Hidup ini bukan untuk bertanding siapa yang lebih baik, siapa yang lebih kaya, siapa yang lebih cantik, siapa lebih mantap, siapa lebih banyak. Tapi hidup ini hanyalah semata-mata untuk beribadah padaNya, Dan menjadi hamba yang mendahulukan pandangan TuhanNya. 

"Pandangan Allah yang perlu dan pasti diutamakan. Ya Allah berilah kami kekuatan."


"Jangan terlalu leka melihat bintang dilangit sehingga terlupa melihat rumput yang dipijak"


 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review