Sunday 2 October 2016

Tidak Ternilai

Posted by athirahhuda at 00:17 0 comment
Hai rindu
Bila kita rindu 
Baru kita terasa kehilangan
Bila jujur bersahabat kerana Allah
Aura hadir dari melihat air muka mereka
Mereka sentiasa mengingatkan aku pada 'Dia'

Kerana nilai seorang sahabat
Bukan sekadar pada ucapan
Tetapi dipelihara oleh kejujuran
Saling mengerti & kepercayaan yang tulus

Aku doakan sahabatku 
Sentiasa berbahagia bersama yang tersayang
Bergembira bersama kehidupanmu yang kini
Moga kau sentiasa dalam pelukan & jagaan Dia
Moga Allah sentiasa merahmatimu teman.



Salam sayang rindu,
Huda


Saturday 23 July 2016

MBTI: Apa jenis personaliti awak?

Posted by athirahhuda at 16:32 0 comment
Assalamualaikum
Hai. Apa khabar awokk? Harap awok sihat lah yee. hehe. Disebabkan hari ni kita free. boleh la kita share pengalaman kita belajar pasal personaliti ni. arytu gi kursus pesonaliti. Jawab dalam 10 soalan tentang diri dan resultnya ai banyak klasik. haha! selain tu ada natural, romantik & dramatik. Tapi ai hanya ada natural siket. Selebihnya klasik.
Balik daripada kursus sehari tu. macam tak puas hatilah kan. mne cukup hanya tahu ai ni jenis klasik jee kan. Perasaan membuak-buak nak tahu pasal personaliti sendiri ni, maka tercetuslah idea meng'google' dan ai jumpa personaliti test MBTI. apa dia MBTI ni??



So. Dah lama sebenarnya teringat nak share pasal MBTI ni sebab kita boleh tahu kerjaya apa yang sesuai dengan kita. Pastu yang paling best adalah kita dapat tahu ciri pasangan yang sesuai dengan kita. Tak kiralah pasangan best friend ke boyfriend ke girlfriend ke kann. Kalaw lah kita beruntung dapat pasangan yang matching dengan personaliti kita. Rasa dia fun. Sangat menyeronokkan. Sebabnya, huda sendiri dah try buat dengan kawan baik sendiri dan memang kitorang matching. Memang enjoy bila dduk sekali & sedih je bila kawan tu xde. xde teman nak gaduh. haha. i'm a happy girl and sooo excited nak share tentang personaliti ni. ;))

So apa sebenarnya jenis personaliti awak ni? nak tahu tak? okay dia ada empat kategori:

i)  Extrovert ataupun Introvert
ii) iNtuition ataupun Sensing
iii) Thinking ataupun Feeling
iv) Judging ataupun Perceiving
kategori MBTI  
So setiap orang akan dapat empat jenis pasang huruf ni. Nak tahu tak korang jenis apa?? hee. Sekarang ni huda nak share link. Korang kena jawab soalan ni sejujurnya. okay? jangan tipu-tipu pasal diri sendiri tau ! Test ni dalam bahasa inggeris. Klaw rasa bahasa dia tinggi sangat, boleh la tukar ke bahasa indonesia dekat bawah tuu. sebab bahasa melayu tak de. Selamat menjawab gaiss ! Lepas jawab jgn lupa screen shot. takut lupa jenis personaliti awok. sudah. kena buat lagi sekali. Lepas ni kita tengok details pasal kita punya character pulakk okayy :)) Jom lah share korang punya jenis character. mne tahu jodoh. haha! #punboleh


Sunday 10 July 2016

Keberadaan tanpa syarat

Posted by athirahhuda at 23:08 0 comment
Assalamualaikum

Hai. Lama kiranya diri ini menyepi dalam keheningan diri. Sibuk dengan macam-macam aktiviti. Baru sekarang ada masa menaip.

Banyak yang aku belajar daripada kehidupan ni. Kehidupan bukan semata-mata untuk diri kita sahaja. Tetapi kehidupan yang sebenar apabila kita dapat memberi sebanyaknya pada orang lain.

Apa keputusannya, apa pun  pendapatnya yang pasti, didunia ini kita TIDAK MEMILIKI apa pun melainkan kita SELAMANYA DIMILIKI. Pemilik mutlak hanya Allah yang Maha Besar.

Hidup ini umpama sebuah perjalanan yang panjang menuju destinasi yang pasti. Perlunya matlamat dan misi sepanjang perjalanan hidup. Persoalannya sudahkan kita menetapkan apa dan dimana destinasi kita yang pasti? Jika sudah adakah benar jalan itu?

Seringkali aku meragui jalan yang aku lalui. Kadang aku terhenti mendongak kelangit, menoleh kebelakang. Jalan demi jalan yang aku tempuh, sudah banyak yang aku lalui sehingga saat ini. Apakah ini jalanku? Apakah betul jalan aku? Sudah pasti banyak yang aku harus perbaiki. Ya sungguh ilmu Allah luas.

Hidup ini bukan untuk bertanding siapa yang lebih baik, siapa yang lebih kaya, siapa yang lebih cantik, siapa lebih mantap, siapa lebih banyak. Tapi hidup ini hanyalah semata-mata untuk beribadah padaNya, Dan menjadi hamba yang mendahulukan pandangan TuhanNya. 

"Pandangan Allah yang perlu dan pasti diutamakan. Ya Allah berilah kami kekuatan."


"Jangan terlalu leka melihat bintang dilangit sehingga terlupa melihat rumput yang dipijak"


Wednesday 2 March 2016

Kenapa susah?

Posted by athirahhuda at 19:19 0 comment

Kenapa aku harus takut? Memulakan sesuatu.
Padahal semua alasan mengelilingiku
Alasan yang membiarkan aku duduk di belakang tembok ketakutan

Masalah?
Segalanya ada jawapan pada setiap masalah
Jawapannya hanya ada pada aku
Ya, kamu, kau, kita sendiri!

Usah beralasan lagi seperiti bangau
Bangau bunyinya saja tidak berkesudahan
Apalagi suaranya membingitkan

Kau yang membina alasan
Jadi seharusnya kau jua tahu jawapannya
Kau takkan berjalan selagi kau sendiri tidak mula berdiri
Carilah petunjuk dari yang Maha Esa
Kerana Dia tahu segalanya

Berusahalah lalu bertawakkallah pada Allah
Yakinlah kerana disitu punca keberanian
Allah sentiasa ada bersama orang yang yakin padaNya

Janji janji Allah tidak pernah kosong
Kerana Hikmah, rahsiaNya adalah dariNya Maha mengetahui Maha Bijaksana
Yakin semua yang Allah perintah mesti ada kebaikan dan semua yang Allah larang mesti ada keburukan.

Wednesday 24 February 2016

Tuan Direktur : Karya Buya HAMKA

Posted by athirahhuda at 21:49 0 comment


Karya buya HAMKA. Kecil tapi padat.


"Selagi wang itu masih tetap bulat dan boleh digulung ke mari dan ke sana. Kesetiaan wang itu tidak dpt dipercaya bukan?"

"Tetapi klaw disusun bukankah dia boleh tetap?"

"Itu benar juga. Tetapi klaw susunannya itu keliwat tinggi, dia pun kembali berderai jatuh berselerak, itu jangan kau lupakan."




Recommend sangat buku ni untuk dibaca. Tak kira dari mana latar belakang kita. Kata-katanya seakan kena pada diri. Tidak kira anda pelajar, mahupun pekerja ataupun penganggur.

Kisah tentang tuan direktur, kaya dan bersungguh mencapai kejayaan. Terselit pengajaran bersama misi hidupnya itu 'berjaya' dri sudut pandangan dia.

Jom beli buku karya HAMKA! Sangat Murah dan berbaloii. 
Klik sini untuk beli buku Tuan Direktur

Buku ni memang asal daripada buya HAMKA sendiri, PTS cetak semula tanpa mengubah bahasa dan ejaan yang digunakan oleh HAMKA sendiri bagi mengekalkan keasliannya.

:)

Sekarang ni punyalah susah nak cari buku, lagi-lagi dekat kawasan luar bandar macam Terengganu ni, kebanyakan kedai buku tak ada apa yang kita nak. Kadang kena banyak bersabar sebab kena balik kl dulu baru lah boleh beli buku yang best2.

Tapi tak perlu risau dah. Semua karya buya HAMKA ada kat sini diorang siap bagi pakej lagi tau.

Beli buku cepat, mudah, murah dan sangat berbaloi. 

Jom buat pelaburan ilmu ! kita tidak akan rugi. malah untung selamanyaa. 

ILMU ALLAH LUAS

Selamat menuntut ilmu ^^

  

Wednesday 27 January 2016

L > F > L

Posted by athirahhuda at 22:50 0 comment

Ke sana ke mari
mencari ilmu
mencari pengalaman
mencari erti kehidupan

Kadang Allah tak beri yang baik
kerana Allah nak beri yang lebih baik.
 **Finance
___________________________________________________________________________________

Tiga golongan yang awal di hisab :-
#pertama -yang berjihad di jalan Allah
#kedua -yang sentiasa membaca Al-Quran
#ketiga -yang bersedekah

Tidaklah masuk ke Syurga ketiga-tiga golongan ini,
kecuali bagi mereka yang niatnya hanya untuk mendapat keredhaan Allah *ikhlas*
Bukan kerana menunjuk-nunjuk
Hanya Allah mengetahui isi hatimu
Berbuat baiklah kepada sekalian manusia
Kamu tidak akan rugi
Bahkan untung selama-lamanyaa
**Life
___________________________________________________________________________________

Tafsiran c i n t a :》 pengorbanan, komitmen, tanggungjawab.

Pimpinan. Adakah ia suatu bebanan? 
Masalah. Adakah dengan menyalahkan? 
Didikan. Adakah dengan paksaan?
**Love
___________________________________________________________________________________
Moga Allah permudahkan urusan kita semuanya.

:)

  


 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review