Saturday 2 May 2015

Posted by athirahhuda at 15:05 0 comment

Ya Allah, hadirkan dalam diriku kecintaan pada dunia ini hanyalah keranaMu. kerana nikmat ini terlalu indah bagiku.


(:

Tuesday 7 April 2015

Khayalanku

Posted by athirahhuda at 21:44 0 comment
Tidak ada manusia yang tidak diuji
Kadang aku tewas dengan duniawi
Banyak orang tidak jujur
Banyak orang tidak setia
Tetapi tidak mahu terlalu menghukum
Kerana setiap yang ada dimuka bumi ini
tiada yang sempurna
melainkan DIA

Aku bukanlah risau tentang takdirku
tidak juga aku risau tentang diriku
kerana aku pasti perancangan Dia
Dia pasti memberikan yg terbaik buat hambaNya

"Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]


Ya aku hanya hamba
yang sering lalai dan leka
tiap hari aku impi untuk jadi lebih baik
kerana keutamaan ku adalah Dia

Aku memegang amanah
Aku harus gagah
cita-citaku bukanlah seperti yang lain
kerana aku ingin mengembara melihat dunia
aku ingin menambah ilmu ku sebanyaknya
aku ingin mematangkan jiwa ku

Mendongak ke langit
membuatkan aku teruja dengan kebesaranMu
tiada tiang, tiada tongkat
indah ciptaanMu
Melihat manusia mematangkan aku
hidup ini hanyalah persinggahan

Kekayaan, kesenangan dan pangkat
hanyalah warna hidup.
Kerana hakikat hidup adalah
tujuan, niat suci & kesederhanaan.

Syurga matlamatku
masa adalah anugerah
Ya Allah tetapkanlah hati-hati kami
Jauhkan kami dari perkara yang melalaikan

Satukanlah hati-hati kami dijalanMu
Supaya bertemu kembali didalam Syurga FirdausMu.


Friday 6 March 2015

Life Is Full Of Choices

Posted by athirahhuda at 01:15 0 comment


Dalam kehidupan seharian pasti kita tak lari daripada melakukan pilihan. Kerana pilihan semalamlah kita ada disini, kerana pilihan lima tahun lepas kita berdiri sini. Sebab itu sebelum lakukan pilihan fikirkan dulu mana yang terbaik. 

Pilihlah mengikut apa yang kamu suka, sukalah apa yang kamu pilih. Pilihlah mengikut kata dasar hatimu. Bukan kerana ikut kawan, bukan kerana nak cuba-cuba, bukan juga kerana saja-saja. Tetapi fikirkanlah yang terbaik sebelum membuat sebarang keputusan.

Jika kita berhajat untuk membuat keputusan dan pilihan, fikirlah sejenak keputusan yang bakal kita buat tu. Apakah kesannya untuk sepuluh minit akan datang, sepuluh hari akan datang serta sepuluh tahun akan datang.

10 MINUTES- 10 DAYS- 10 YEARS.

Untuk adik-adik lepasan SPM, untuk adik-adik lepasan Diploma dan untuk sesiapa pun.. bila kita dah ada kat satu jalan dan ada niat untuk buat sesuatu, sebagai contoh, niat kita nak sambung belajar, dan bila kita memang dah ada dekat jalan yang betul. Buatlah pilihan nak masuk pintu yang mana. Dan fikirkan sejenak:

kenapa aku buat pilihan ni? - SEBAB PILIHAN INI DIBUAT
apa kesannya bila aku buat pilihan ni? -KESANNYA

1- KENAPA AKU BUAT PILIHAN NI? KESANNYA?

>>Biarlah pilihan yang dibuat adalah kerana Ibubapa, KESANNYA keberkatan pasti terasa.
>>Biarlah pilihan yang dibuat adalah kerana Minat dan Suka, KESANNYA kegembiraan pasti hadir walau sesukar manapun.
>>Biarlah pilihan yang dibuat adalah kerana Takutkan Azab Allah, KESANNYA mendapat Syurga Allah.

XX Bukan sebab saja-saja, suka-suka, ikut rasa atau ikut kawan-kawan je. "sebab aku xde pilihan lain.." -itu pun pilihan anda iaitu talde pilihan<<>> Jika kerana INI pasti penyesalan hadir di penghujungnya...

sebab apa??

because of:

"Life is full of choices. You must make a choice to take a chance or your life will never change."


Please, fikir sebelum buat keputusan. ^^


Bila dah buat keputuasan, serahkan pada Dia :)


"Ya Allah, ini jalan yang aku pilih. KAU permudahkanlah."


Letakkan harapan dan kebergantungan hanya pada Dia. Jangan sesekali letakkan harapanmu kepada manusia kerana mereka sering menyakitkan tapi Dia tidak. Dia pemilik segala-galanya, mintalah padaNya.

Alhamdulillah
Hatiku berada disini
ISM Kewangan Islam
6 Mac 2015
NurAthirahHuda



Wednesday 18 February 2015

Hidup Ini Bersama Yang Lain

Posted by athirahhuda at 23:22 0 comment

Bahagia

Gembira

Kalau nak bahagia, bahagiakan orang lain
Kalau nak gembira, gembirakan orang lain

*mesti selalu dengar. Senang je formula dia...

Daripada kita dok mengumpat mengata orang lain, merungut itu tak kena ini tak kena. Ada je yang kena.. jadi, bukankah lebih baik kita kembali kepada hukum alam?

Hakikat hidup ini adalah kita sentiasa saling bergantung antara satu sama lain. Bak kata seorang murabbi, nak makan nasi pun memerlukan banyak tenaga. Siapa yang tanam padi untuk kita? Siapa yang menuai padi? Siapa yang masakkan beras jadi nasi? Siapa yang ternak haiwan, ikan atau ayam? Siapa yang gorengkan untuk kita?

Betapa kerdilnya kita memerlukan ramai orang untuk membuat satu perkara sahaja. Ha, tu baru bab makan. Belum sambung lagi yang lain.

Sentiasa doakan orang sekeliling kita sebab kita hidup dekat dunia ni bukan sorang-sorang jee. ye dok. Tak rugi pun. Kalau kita doakan orang lain, doa tu akan sampai kat kita balik jugak. Allah pun sayang kita sebab kita sayang orang sekeliling kita ^_^


Kadang hidup ini tak seperti yang dijangka

Kadang juga tak seperti yang dirancang

Sebab perancangan Dia Yang Maha Hebat

Bila DIA katakan Kunfayakun.

Jadi, maka jadilah.


NurAthirahHuda
18 Feb 2015
Hakikat Hidup

Wednesday 4 February 2015

Meneruskan Perjalanan

Posted by athirahhuda at 16:19 0 comment

Angin sepoi-sepoi menyambut kehadiranku.
Seakan-akan tibanya aku ditempat peranginan.
Hilang segala masalah yang aku fikirkan sejak tadi.
Subahanallah. Sungguh indah bumi ciptaan Mu.
Walau dimana aku berada, akan ku ingat selalu untuk hayati kebesaran Mu.
4 FEB 2015
Kuala Terengganu

Pesan ummi.

Jangan berfikiran negatif. Jangan cakap tak boleh selagi kita tak buat ssuatu benda. Sebenarnya kita boleh, tapi duk selalu fikir tak boleh, kesudahannya pasti TAK BOLEH la kan.

Jadi, selalulah berfikiran positif. Kerana siapa yang berusaha pasti berjaya. "Siapa yang menanam akan mendapat hasilnya." PASTI. Dan ingatlah jika kita tak dapat hasilnya didunia Allah pasti memberi hasilnya di akhirat kelak.

Apa yang dah berlaku jadikan pengajaran. Belajarlah daripada kesilapan sendiri & orang lain. Rugilah siapa yang mengulangi kesilapan yang sama.

Apa yang berlaku juga adalah takdir yang dah pun ditentukan olehNya. Percaya dan yakinlah segalanya telah tertulis. Berusaha yang terbaik. Masing-masing punya jalan tersendiri. Tidak sama antara satu sama lain walau kembar sekalipun, pasti ada perbezaan kelebihan masing-masing.

Jalanilah hidupmu dengan penuh rasa syukur dgn segala nikmat, insafi diri. moga hati-hati ini sentiasa dalam agamaMu. ya Allah.

@_

#renungkan

Sunday 4 January 2015

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Posted by athirahhuda at 23:53 0 comment
Selesai menonton filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. Ada sahabat yang share dekat fb. Nampak menarik dan sebenarnya memang sangat menarik.

Kisah percintaan & semangat perjuangan.

Sebuah karya Buya Hamka yang dijadikan filem dengan berlatar belakangkan tahun 1930 yang membawa kisah percintaan sejati antara Zainuddin dan Hayati. Bersumpah akan bersama suatu hari nanti namun harta, pangkat, darjat, adat dan keturunan menjadi penghalang cinta mereka.


"kisah ini adalah kisah kebangkitan sejati. Kisah orang jatuh tetapi memilih untuk bangkit. Kemudian jatuh semula, tapi dia memilih untuk bangkit sekali lagi walaupun berkali-kali jatuh dia memilih untuk hidup. bangkit dari kesedihannya. Kejatuhan bukanlah awal kepada kesedihan kita tetapi adalah permulaan kepada kebangkitan. Jangan biar kedukaan dan kesedihan masuk dan mengawal diri."

Sebelum mencari kebahagiaan diri sendiri, carilah kebahagian untuk orang lain terlebih dahulu. Kebahagiaan itu akan datang kepada kita tanpa kita sedari.

Jom tengok movie ni jap.
Take a rest.
Moga dapat semangat daripada kisah ni ^_^ 

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review