Wednesday 4 February 2015

Meneruskan Perjalanan

Posted by athirahhuda at 16:19

Angin sepoi-sepoi menyambut kehadiranku.
Seakan-akan tibanya aku ditempat peranginan.
Hilang segala masalah yang aku fikirkan sejak tadi.
Subahanallah. Sungguh indah bumi ciptaan Mu.
Walau dimana aku berada, akan ku ingat selalu untuk hayati kebesaran Mu.
4 FEB 2015
Kuala Terengganu

Pesan ummi.

Jangan berfikiran negatif. Jangan cakap tak boleh selagi kita tak buat ssuatu benda. Sebenarnya kita boleh, tapi duk selalu fikir tak boleh, kesudahannya pasti TAK BOLEH la kan.

Jadi, selalulah berfikiran positif. Kerana siapa yang berusaha pasti berjaya. "Siapa yang menanam akan mendapat hasilnya." PASTI. Dan ingatlah jika kita tak dapat hasilnya didunia Allah pasti memberi hasilnya di akhirat kelak.

Apa yang dah berlaku jadikan pengajaran. Belajarlah daripada kesilapan sendiri & orang lain. Rugilah siapa yang mengulangi kesilapan yang sama.

Apa yang berlaku juga adalah takdir yang dah pun ditentukan olehNya. Percaya dan yakinlah segalanya telah tertulis. Berusaha yang terbaik. Masing-masing punya jalan tersendiri. Tidak sama antara satu sama lain walau kembar sekalipun, pasti ada perbezaan kelebihan masing-masing.

Jalanilah hidupmu dengan penuh rasa syukur dgn segala nikmat, insafi diri. moga hati-hati ini sentiasa dalam agamaMu. ya Allah.

@_

#renungkan

0 comment:

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review