Wednesday 18 February 2015

Hidup Ini Bersama Yang Lain

Posted by athirahhuda at 23:22

Bahagia

Gembira

Kalau nak bahagia, bahagiakan orang lain
Kalau nak gembira, gembirakan orang lain

*mesti selalu dengar. Senang je formula dia...

Daripada kita dok mengumpat mengata orang lain, merungut itu tak kena ini tak kena. Ada je yang kena.. jadi, bukankah lebih baik kita kembali kepada hukum alam?

Hakikat hidup ini adalah kita sentiasa saling bergantung antara satu sama lain. Bak kata seorang murabbi, nak makan nasi pun memerlukan banyak tenaga. Siapa yang tanam padi untuk kita? Siapa yang menuai padi? Siapa yang masakkan beras jadi nasi? Siapa yang ternak haiwan, ikan atau ayam? Siapa yang gorengkan untuk kita?

Betapa kerdilnya kita memerlukan ramai orang untuk membuat satu perkara sahaja. Ha, tu baru bab makan. Belum sambung lagi yang lain.

Sentiasa doakan orang sekeliling kita sebab kita hidup dekat dunia ni bukan sorang-sorang jee. ye dok. Tak rugi pun. Kalau kita doakan orang lain, doa tu akan sampai kat kita balik jugak. Allah pun sayang kita sebab kita sayang orang sekeliling kita ^_^


Kadang hidup ini tak seperti yang dijangka

Kadang juga tak seperti yang dirancang

Sebab perancangan Dia Yang Maha Hebat

Bila DIA katakan Kunfayakun.

Jadi, maka jadilah.


NurAthirahHuda
18 Feb 2015
Hakikat Hidup

0 comment:

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review