Tuesday 1 April 2014

Catatan Jalanan

Posted by athirahhuda at 18:58
Alhamdulillah. 
Berakhir diploma selama tiga tahun di UniSZA. Terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak nikmat & rahmat yang harus disyukuri. Selepas ni inshaAllah, mungkin cari kerja ataupun planning business sendiri. Mudah-mudahan baik-baik aja sih. ;)

As usual, update blog bila dah balik rumah. Selagi tak update, tangan ni gatal asyik nak bukak blogger.com pastu kerja lain tak siap. *gedik* haha. Bukan apa dah jadi macam habit. Tahu tak habit? mesti nak buat walaupun benda tu tak penting pun sebenarnya. Adalah satu kepuasan menaip dan meng'update' blog. hehe

Ook. Tu je. hhe Sepanjang bulan Mac, byk sangat aktiviti.. 1st: pergi UMS, Labuan. 2nd: Final exam. 3rd: Taman Negara, Pahang. 4th: Pulau Redang, Teganu

Haa, lebih daripada tiga tu kira banyak la kan. ^_
Jom tgok gambar ! :)

Delegasi Mahasiswa Kewangan ke Persada Labuan

gambar dekat lcct pepagi sebelum subuh. Flight ke Labuan pukul 7.40 pagi

yey Labuan. masa ni dalam bas. kami telah dijemput oleh mahasiswa/i UMSKAL. terima kasih daun keladi sudi bekerjasama menjayakan program UniSZA-UMS :)

UMS KAL cantik, budaya sabah memang ada *dh kata dekat Sabah kan* haha. Kat sini Kampus Antarabangsa Labuan. Kelebihan kat sini sebb diorang study memang international syllabus.Untung memang untung. best jugak kalaw dapat sambung degree kat sini:) Kos kewangan islam pun ada. tapi.. takut homesick la.. mesti jarang balik punya! hehe.  
 
haa, ni pantai berhadapan dengan UMS. Bersih je, ombak pun comel je.. sesiapa yang nak sambung study dkt Ums kampus Labuan. nnti boleh la study dekat pantai nih bawak tikar k. mesti best ;)

Bak kata mereka yg dduk sini, sejam lebih naik kereta dah habis pusing satu Labuan. Haa, muzium ni antara tempat pelancongan dekat sini. Thanks mpp & sektariat umskal sebb bawak kami jalan2 :) Sempat zai petik bunga kt situ. sweet lettew. haha Thanks zai bunga tu dah layuu. &_&
Masa ber'shopping' mutiara & ole-ole untuk bawak balik. Rombongan cik kiah sibuk nak bergambar#_^

Ni pulak tempat bersejarah jugak. Apa tah nama tempat dia. Lupa dah. hehe

Labuan FSA(Labuan Financial Service Authority). LFSA adalah sebuah badan yang diberi kuasa oleh BNM untuk melakukan Perniagaan Perdagangan Antarabangsa & sebagai Pusat Kewangan antarabangsa Labuan. So, dekat Labuan FSA ni amatlah sesuai dengan ssiapa yg mengambil jurusan  kewangan, kewangan antarabangsa, offshore, dan juga perdagangan antarabangsa. Siapa2 yang amik course yg disebutkan tadi dapat kerja dekat sini*Labuan FSA*, memang sangat untung sebb dpt menerapkan ilmu yang dipelajari kedalam situasi yang sebenar di Labuan FSA. 
Alhamdulillah sedikit taklimat dan pencerahan daripada kakitgn dan pihak berkuasa kepada kami telah meyakinkan dan memberi pencerahan yang cukup cerah kepada kami semua. terima kasih Labuan FSA.


Hari seterusnya bersemangat meneruskan aktiviti. Perjalanan ke cafe daripada hostel. huu~ rindunya dekat UMS.. inshaAllah ada rezeki boleh pergi lagi  :))

Wilayah Persekutuan Labuan. Ni dekat Kampung Patau-Patau 2. Kat sini ada aktiviti mak angkat. sume dapat mak ayah angkat masing-masing. mak ayah angkat sambut kedatangan ktorang dgn baik. masa ni kampung ni ada buat pertandingan rumah paling cantik. so, family angkt sume sibuk kemas rumah masing2.Terbaik! :)

Kat sini dapat ummi Labuan. Baik sangat.. ummi Labuan banyak cerita tentang kisah dia. tentang kehidupan & anak2 dia. siap bagi nasihat & panduan rumah tangga lagi. Wahh, untungnya. Moga dapat pengajaran daripada pengalaman orang lain. Banyak sangat. Itu yang lebih bermakna bak mutiara di lautan ^_*

Beramah mesra dengan penduduk Kampung Patau-Patau. *mesyuarat riang ria bersama adik-adik* hehee. comel je. Ok mesyuarat ni private. mak mak tak boleh join. akk-akk & adik-adik only ! ;D

#_^ mereka baik & terbaik ! tQ 

 UMSKAL- UniSZA
Setinggi-tinggi perghargaan untuk kamu semua. Moga ukhuwah yang terjalin kekal selamanya. :)) Hepi sangat & mereka mmg terbaik ! :)

Ook. Sampai disini saja.. Kami balik semenanjung dulu, untuk student UMSKAL study rajin2. teruskan perjuangan. Doa kami moga jasa baik anda dibalas dengan sesuatu yang lebih baik daripada-Nya. Rindu kalian ^_ moga bertemu lagi. :)


2 comment:

Cikgu Akim said...

Tajuk da macam Novel Hlovate..hehe... Tahniah sebab dah bergelar graduan universiti..Moga dipermudahkan segala urusan ..Selamat mengharungi dugaan yg lebih mencabar di luar sana..

athirahhuda said...

hahha. kann~ "contengan jalanan" vs 'catatan jalanan' :D
Alhamdulillah. terima kasih jgk kat cikgu akim. blog yg byk bagi inspirasi belajar. cikgu terbaik! (y) moga suatu hari nnti dapat peluang gi luar negara jugak, sambung belajar, jalan2. ameen ameen. inshaAllah. didoakan yg sama juga. moga pulang dengan kejayaan yg terbaik. good luck:)

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review