Monday 28 April 2014

ANUGERAH

Posted by athirahhuda at 23:35
Alhamdulillah
Result akhir diploma dah pun keluar. Selama enam semester bertungkus lumus menghabiskan diploma. Ini anugerah yang sangat bernilai. Walaupun tak dapat apa yang ummi nak empat papan rata. Tapi, ni yang terbaik tira boleh bagi dekat ummi abi. Mungkin ni sahaja usaha tira selama tiga tahun ni.

Hakikatnya, ini semua doa yang tak pernah putus daripada seorang ummi untuk anaknya kann. Doa seorang ibu. Dann doa sahabat-sahabat. terima kasih !:) hadiah Allah nak bagi dekat ummi. inshaAllah tira nak berjaya untuk ummi, untuk ummat islam, untuk orang lain. Moga ummi abi gembira k. :) *oh ttbe touching pulak* Ok dah dah. *kesat air mata* :')

Walaupun tak hebat macam org lain, tapi mungkin ni terbaik:) Allah yang bagi.

So, yea. saya dah boleh grad ! yey! penantian grad berakhir. 

Kawan-kawan yg tengah study tu, usaha sungguh-sungguh Ook. Nasihat belajar daripada me: 

1. Jangan sesekali berhenti berusaha, teruskan perjalananmu.
2. Sentiasa ada prioriti dalam diri. Keutamaan & tujuan utama aku berada disini adalah untuk apa? - sentiasa fikir soalan ni masa lalai & *masa malas* hee.
3. Banyakkan membaca sebb membaca jambatan ilmu. Bukan je baca buku teks yg lect suruh beli tu. Tapi buku-buku yang bertimbun-timbun dekat library. contoh: buku agama, buku motivasi. :) Hargailah perpustakaan dan buku-buku yg ada didalamnya Ook.
4. Study awal sikit-sikit supaya masa dah nak exam takdelah stress nk study semua. nnti tak cukup masa. sikit-sikt lama-lama jadi bukit. 
5. Kalaw ada masalah dengan kawan-kawan ataupun family atau gf/bf jangan jadikan ia sesuatu masalah yang BESAR. relax je Ook. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Allah pasti selitkan hikmah yg kita tak nampak. Percayalah padaNya. Innallaha maa'na 'sesungguhnya Allah bersama kita'. Jadikan masalah sebagai ujian yg perlu kita hadapi & hayati dengan penuh kasih sayang dari-Nya. Senyum jee. dan set kan diminda, perlunya menyelesaikan masalah terlebih dahulu & senyum. Pasti masalah pergi hilang. Setkan di minda bahawa masalah yg kita hadapi sekarang kecil sahja jika nak dibandingkan dengan masalah negara. :D

Ook. terbanyak pulak menaip tah apa tah. haha. Ook. So, penantian ini bakal berakhir & saya akan bergraduasi ! :) Oh tak sabar ^^

Alhamdulillah. dah boleh grad. dah habis diploma:) tiga tahun berhempas pulas. Namun, bukan berapa lama masa yang diambil kira, bukan juga sehebat mana keputusan peperiksaan yg dimiliki. Sebaliknya bagaimana mengaplikasikan ilmu yg dipelajari bersama secebis pengalaman dalam mengadapi dunia realiti akan dtg. *amboi, dh macam skrip ucapan pulak dah* hihi. moga minda realiti kta adalah untuk membangunkan perniagaan, bukan jaminan kerja yg ditekankan. apapun, terima kasih semua !

Perjalanan baru bermula. 
 :)
#life
#finance
#love
Sincerely, me:)

2 comment:

Cikgu Akim said...

Allhamdulillah..Tahniah Athirah ..Kalau kat UPSI 3.7 tu da first class....semoga ni jadi pembakar semangat untuk teruskan perjuangan..Jangan berhenti berusaha...Allah akan beri sesuatu tu setimpal dengan usaha kita...smile (^_

athirahhuda said...

Thanks cikgu akim. inshaAllah. moga ini menjadi bekal semangat masa nak sambung degree nnti. :)

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review