Monday 28 April 2014

ANUGERAH

Posted by athirahhuda at 23:35 2 comment
Alhamdulillah
Result akhir diploma dah pun keluar. Selama enam semester bertungkus lumus menghabiskan diploma. Ini anugerah yang sangat bernilai. Walaupun tak dapat apa yang ummi nak empat papan rata. Tapi, ni yang terbaik tira boleh bagi dekat ummi abi. Mungkin ni sahaja usaha tira selama tiga tahun ni.

Hakikatnya, ini semua doa yang tak pernah putus daripada seorang ummi untuk anaknya kann. Doa seorang ibu. Dann doa sahabat-sahabat. terima kasih !:) hadiah Allah nak bagi dekat ummi. inshaAllah tira nak berjaya untuk ummi, untuk ummat islam, untuk orang lain. Moga ummi abi gembira k. :) *oh ttbe touching pulak* Ok dah dah. *kesat air mata* :')

Walaupun tak hebat macam org lain, tapi mungkin ni terbaik:) Allah yang bagi.

So, yea. saya dah boleh grad ! yey! penantian grad berakhir. 

Kawan-kawan yg tengah study tu, usaha sungguh-sungguh Ook. Nasihat belajar daripada me: 

1. Jangan sesekali berhenti berusaha, teruskan perjalananmu.
2. Sentiasa ada prioriti dalam diri. Keutamaan & tujuan utama aku berada disini adalah untuk apa? - sentiasa fikir soalan ni masa lalai & *masa malas* hee.
3. Banyakkan membaca sebb membaca jambatan ilmu. Bukan je baca buku teks yg lect suruh beli tu. Tapi buku-buku yang bertimbun-timbun dekat library. contoh: buku agama, buku motivasi. :) Hargailah perpustakaan dan buku-buku yg ada didalamnya Ook.
4. Study awal sikit-sikit supaya masa dah nak exam takdelah stress nk study semua. nnti tak cukup masa. sikit-sikt lama-lama jadi bukit. 
5. Kalaw ada masalah dengan kawan-kawan ataupun family atau gf/bf jangan jadikan ia sesuatu masalah yang BESAR. relax je Ook. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Allah pasti selitkan hikmah yg kita tak nampak. Percayalah padaNya. Innallaha maa'na 'sesungguhnya Allah bersama kita'. Jadikan masalah sebagai ujian yg perlu kita hadapi & hayati dengan penuh kasih sayang dari-Nya. Senyum jee. dan set kan diminda, perlunya menyelesaikan masalah terlebih dahulu & senyum. Pasti masalah pergi hilang. Setkan di minda bahawa masalah yg kita hadapi sekarang kecil sahja jika nak dibandingkan dengan masalah negara. :D

Ook. terbanyak pulak menaip tah apa tah. haha. Ook. So, penantian ini bakal berakhir & saya akan bergraduasi ! :) Oh tak sabar ^^

Alhamdulillah. dah boleh grad. dah habis diploma:) tiga tahun berhempas pulas. Namun, bukan berapa lama masa yang diambil kira, bukan juga sehebat mana keputusan peperiksaan yg dimiliki. Sebaliknya bagaimana mengaplikasikan ilmu yg dipelajari bersama secebis pengalaman dalam mengadapi dunia realiti akan dtg. *amboi, dh macam skrip ucapan pulak dah* hihi. moga minda realiti kta adalah untuk membangunkan perniagaan, bukan jaminan kerja yg ditekankan. apapun, terima kasih semua !

Perjalanan baru bermula. 
 :)
#life
#finance
#love
Sincerely, me:)

Saturday 19 April 2014

Jalan-Jalan Porasinga

Posted by athirahhuda at 08:25 2 comment
Assalamualaikum.

Minggu lepas busy. Walaupun tak dapat kerja lagi, still buat-buat ada kerja. Hantar resume online, tolong ummi dekat butik & rumah. Mungkin ada hikmah anak ummi sorang ni habis study, pekerja ummi pun kebetulan tinggal sorang je. So, daripada rumah settle marathon kemas2 dengan ummi pastu terus pegi butik. 
Menganggur tu idok la sangat  sebab part time dengan ummi. hee. Tapi sebenarnya teringin jugak nak kerja, cari pengalaman. hm tapi kalaw da takde rezeki lagi nak buat cam mana, redha je. mungkin ni lebih baik. rumah--> butik --> ummi abi bawak jalan2--> HAPPY. Itu paling penting. hehee. :)

Hargai apa yang ada depan mata kita sekarang sebab sebelum ianya menjadi kenangan, sebelum ianya terlambat, hadapi, hayati & nikmatilah segala-galanya.


Ahad minggu lepas sempat jalan-jalan ke Singapura! seharian. Pergi pagi, pastu petang balik.

keindahan Singapore. :)
Negara singapore yg kecil tetapi maju & kaya. Apa rahsia ek? ^^ jom kaji !

with sepupu. sebaya. comel. bijak ^-

kunon-kunon laa. atotototo~

Ookeh. ni pulak 'star buck' yang dideko comel & cantik ala2 kapal titanic. amazing ! 

Bermulalah perjalanan ke Arab Street. Kat sinilah tempat org2 melayu singapore berkumpul.

Dan anda semua kena tahu! inilah satu-satunya masjid yg dibenrkan untuk melaungkn azan di Singapore

tira, ummi bersama org ke3. hee

Ni la Masjid Sultan di arab street

Gerai ni berhadapan dengan masjid sultan, kalaw nak beli cendrahati dekat Singapore, sila datang ke tempat ni sebb harga dia sangat berpatutan berbanding kedai survenior yg lain:)

Ook cuba tengok yang ni. Undang-undang ni sangat bagus. Singapore nie, walaupun benda kecik mereka sangat mengambil berat & ianya terbaik. Ya Allah, harap Malaysia pun boleh tubuhkan undang-undang camni.

Makan. Ya Allah sedap sangat! murtabak gergasi, boleh kongsi 4 orang. ^^ murtabak ayam ada, daging pun ada. :D









Tuesday 1 April 2014

Catatan Jalanan

Posted by athirahhuda at 18:58 2 comment
Alhamdulillah. 
Berakhir diploma selama tiga tahun di UniSZA. Terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak nikmat & rahmat yang harus disyukuri. Selepas ni inshaAllah, mungkin cari kerja ataupun planning business sendiri. Mudah-mudahan baik-baik aja sih. ;)

As usual, update blog bila dah balik rumah. Selagi tak update, tangan ni gatal asyik nak bukak blogger.com pastu kerja lain tak siap. *gedik* haha. Bukan apa dah jadi macam habit. Tahu tak habit? mesti nak buat walaupun benda tu tak penting pun sebenarnya. Adalah satu kepuasan menaip dan meng'update' blog. hehe

Ook. Tu je. hhe Sepanjang bulan Mac, byk sangat aktiviti.. 1st: pergi UMS, Labuan. 2nd: Final exam. 3rd: Taman Negara, Pahang. 4th: Pulau Redang, Teganu

Haa, lebih daripada tiga tu kira banyak la kan. ^_
Jom tgok gambar ! :)

Delegasi Mahasiswa Kewangan ke Persada Labuan

gambar dekat lcct pepagi sebelum subuh. Flight ke Labuan pukul 7.40 pagi

yey Labuan. masa ni dalam bas. kami telah dijemput oleh mahasiswa/i UMSKAL. terima kasih daun keladi sudi bekerjasama menjayakan program UniSZA-UMS :)

UMS KAL cantik, budaya sabah memang ada *dh kata dekat Sabah kan* haha. Kat sini Kampus Antarabangsa Labuan. Kelebihan kat sini sebb diorang study memang international syllabus.Untung memang untung. best jugak kalaw dapat sambung degree kat sini:) Kos kewangan islam pun ada. tapi.. takut homesick la.. mesti jarang balik punya! hehe.  
 
haa, ni pantai berhadapan dengan UMS. Bersih je, ombak pun comel je.. sesiapa yang nak sambung study dkt Ums kampus Labuan. nnti boleh la study dekat pantai nih bawak tikar k. mesti best ;)

Bak kata mereka yg dduk sini, sejam lebih naik kereta dah habis pusing satu Labuan. Haa, muzium ni antara tempat pelancongan dekat sini. Thanks mpp & sektariat umskal sebb bawak kami jalan2 :) Sempat zai petik bunga kt situ. sweet lettew. haha Thanks zai bunga tu dah layuu. &_&
Masa ber'shopping' mutiara & ole-ole untuk bawak balik. Rombongan cik kiah sibuk nak bergambar#_^

Ni pulak tempat bersejarah jugak. Apa tah nama tempat dia. Lupa dah. hehe

Labuan FSA(Labuan Financial Service Authority). LFSA adalah sebuah badan yang diberi kuasa oleh BNM untuk melakukan Perniagaan Perdagangan Antarabangsa & sebagai Pusat Kewangan antarabangsa Labuan. So, dekat Labuan FSA ni amatlah sesuai dengan ssiapa yg mengambil jurusan  kewangan, kewangan antarabangsa, offshore, dan juga perdagangan antarabangsa. Siapa2 yang amik course yg disebutkan tadi dapat kerja dekat sini*Labuan FSA*, memang sangat untung sebb dpt menerapkan ilmu yang dipelajari kedalam situasi yang sebenar di Labuan FSA. 
Alhamdulillah sedikit taklimat dan pencerahan daripada kakitgn dan pihak berkuasa kepada kami telah meyakinkan dan memberi pencerahan yang cukup cerah kepada kami semua. terima kasih Labuan FSA.


Hari seterusnya bersemangat meneruskan aktiviti. Perjalanan ke cafe daripada hostel. huu~ rindunya dekat UMS.. inshaAllah ada rezeki boleh pergi lagi  :))

Wilayah Persekutuan Labuan. Ni dekat Kampung Patau-Patau 2. Kat sini ada aktiviti mak angkat. sume dapat mak ayah angkat masing-masing. mak ayah angkat sambut kedatangan ktorang dgn baik. masa ni kampung ni ada buat pertandingan rumah paling cantik. so, family angkt sume sibuk kemas rumah masing2.Terbaik! :)

Kat sini dapat ummi Labuan. Baik sangat.. ummi Labuan banyak cerita tentang kisah dia. tentang kehidupan & anak2 dia. siap bagi nasihat & panduan rumah tangga lagi. Wahh, untungnya. Moga dapat pengajaran daripada pengalaman orang lain. Banyak sangat. Itu yang lebih bermakna bak mutiara di lautan ^_*

Beramah mesra dengan penduduk Kampung Patau-Patau. *mesyuarat riang ria bersama adik-adik* hehee. comel je. Ok mesyuarat ni private. mak mak tak boleh join. akk-akk & adik-adik only ! ;D

#_^ mereka baik & terbaik ! tQ 

 UMSKAL- UniSZA
Setinggi-tinggi perghargaan untuk kamu semua. Moga ukhuwah yang terjalin kekal selamanya. :)) Hepi sangat & mereka mmg terbaik ! :)

Ook. Sampai disini saja.. Kami balik semenanjung dulu, untuk student UMSKAL study rajin2. teruskan perjuangan. Doa kami moga jasa baik anda dibalas dengan sesuatu yang lebih baik daripada-Nya. Rindu kalian ^_ moga bertemu lagi. :)


 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review