ASSALAMUALAIKUM
apa khabar ? semoga anda berada dalam keadaan sihat dan semangat ! =)
Hai, HELLO. hari ni saya suka untuk berkongsi dengan anda tentang >MATLAMAT<
Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan,terlupa dan sebagainya. Tiada manusia yang SEMPURNA betul ? ada yang sentiasa mengulangi kesilapannya, ada yang kadang-kadang kembali ke tabiat buruknya, ada juga yang memang sudah serik jatuh,tetapi tidak kuat untuk berdiri. Jadi, sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya mempunyai matlamat ataupun arah tuju. KEMANA dan DIMANA kita selepas ini. bukan hanya menanti dan hanya berserah,sebaliknya haruslah mempunyai arah tuju dan matlamat diri yang jelas dan berpegang kepada matlamat supaya kita tidak leka dan terpesong dari jalan NYA.
Tahukah anda, di dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran anda dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar ataupun separa sedar untuk anda mencapainya.
Matlamat yang tidak tertulis seumpama angan-angan sahaja (inilah angan-angan Mat Jenin masa kini ). Apabila anda menulis matlamat anda diatas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata dan boleh disentuh.
Anda telah membawa matlamat dalam imaginasi kepada bentuk yang anda dapat menggenggamnya ! Samalah dengan tujuan matlamat anda...Anda ingin menggenggamnya !
Jelaskan matlamat dan sasaran anda pada sekeping kertas dan letakkan di bilik tidur anda dan anda boleh melihatnya setiap hari.(untuk matlamat yang paling anda ingin capai&membakar semangat) Matlamat mesti sesuatu yang boleh dicapai dan realistik.
Jadikan bilik tidur anda sebagai kem operasi peperiksaan. Antara yang perlu ada ialah, meja dan alat tulis yang mencukupi ,countdown berapa hari lagi nak exam,nak hantar assignment,nak jumpa lecturer, jam dinding, cetuskan suasana bilik yang selesa untuk belajar ( warna terang dan lembut), bilik bersih, kemas dan harum. Jangan letakkan apa-apa selain dari buku dan alat tulis di atas meja belajar. Ada yang suka letak pembalut gula-gula, cawan kopi, tali leher, kunci, jam tangan, anak patung, duit syiling baju dan sebagainya. Ini sangat merbahaya. Meja anda akan menjadi "rak serbaguna" dan bukannya meja study yang baik.
SEMOGA ANDA BERJAYA ! :)
5 comment:
ermm..tringt dulu masa kat mrsm..ada satu buku peribadi..tpi bukan diari..just cam buku2 nota yg boleh lock tu..hahha..gans tak time tuu...hahah...
siap tulis matlamat besar2 tapi takboleh org baca..last2 after spm buku ntah ke mana..sapa la jmpaa....hhahaha
hhahaha.. so sweet.. jarang betol lelaki ada buku nota yg siap ada lock lagi tu.. :') tabik la dgn Cikgu akim;D xpe klw org lain baca, mungkin membakar semangat org tu pulak ke.. heehe.
sama lah.. saya seorang yg sangat suka menulis nota, tiap tahun msti ada buku nota sendiri, kadang tyme tulis nota tu tulis matlamat& banyk kata2 semangat.. smpai sekarg ada buku note tu^_ simpan untuk anak nnti.. hahaha
hahhaha..buku nota yg ada lock tu popular laa timee tuuu...tapi yg pastii bukann pinkk..kah3...warna hitam2 gold camtuh..adusss..Lepas dah hilang tu malas da nak tulis lam buku2 nota..terus tulis jadikan wallpaper laptop plak..setiap kali bukak laptop mesti smgt datang balik..
btw, kita manusia kadang2 terleka kan...sbbtu kena ada matlamat yg jelas...(^_
igt lagi ayat zaman sekolah dulu.."Untuk mencicip kemanisan perlu bermula dengan mengupas kepahitan"..sampai sekarang jadikan penanda buku ntuk anak2 murid masa praktikal dulu..sampai budak2 tnya..cikgu..mencicip tu apa??hahha...
betul3. skrg da lain, dkt laptop pulak..yela,ary2 bukak laptop.. betul sgt2. kena ada matlamat supaya saat kita rasa malas, rasa putus asa, matlamat kita ni lah yang memandu kita. kita akan semak dan lihat balik kata2 semangat & apa sebenarnya matlamat utama kita.. :) bgus btol cikgu nie.. moga cikgu menjadi guru yang terbaik !:) hidup cikgu!:D
in sha ALLAH... amin... (^_
Post a Comment