Tuesday 11 February 2014

Kejayaan Dalam Kehidupan?

Posted by athirahhuda at 10:45
Kejayaan? 

Saya sering terfikir apakah maksud kejayaan dalam kehidupan. Apakah kejayaan yang sebenar-benarnya? Adakah kejayaan diukur apabila berjaya mendapat markah yang tinggi didlm pperiksaan? Adakah kejayaan diukur apabila berjaya mendapat gelaran Dr. ? Ataupun kejayaan ialah apabila berjaya mendapat segulung ijazah? Bermacam-macam persoalan timbul dalam benak fikiran.

Tapi, kenapa bila kejayaan2 ini dicapai, seseorang tu masih lagi tidak berpuas hati dengan kejayaan tu.  Seolah2 ada lagi yang tiada. Ada je lagi yg kurang.

Suatu hari, terdengar seorang ustaz memberi ceramah berkenaan kejayaan. Terungkap segala persoalan. Jawapan dalam ceramahnya :

    --> Apabila seorang engineer mendapat satu projek besar, kejayaannya mula diukur. Apabila seorang pelajar mendapat cgpa 3.5 keatas, ia dianggap kejayaan oleh pelajar tersebut. Dan apabila ibubapa mendapat anak-anak yang bijak, pandai, dan berjaya ia juga dianggap kejayaan oleh ibubapa. Apabila seorang doktor dapat menyelamatkan nyawa pesakitnya, ia dianggap kejayaan bg seorang doktor.
--> Nampak? Itulah kejayaan ~ simple.. hehe :)

TETAPI

*sambung ustaz tu..*

Adakah kita terlupa? Allah ada menyebut dalam firmannya:

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"
(Surah al-Dzariyat : ayat 56)

Jadi, apakah pula kejayaan sebagai seorang muslim? Islam?
Semestinya adalah apabila seseorang muslim berjaya menuju ke SyurgaNya. Hidup dalam iman, dan juga mati dalam iman.

Nak berjaya? Nak kejayaan?

Rebutlah peluang menuju SyurgaNya. CintaNya. Mengenal siapa pencipta kita.
"Kejar akhirat, dunia pasti mengikuti."
 Kalaw kita kejar dunia, dapat dunia semata. Kalaw kita kejar akhirat, dapat kedua-duanya.



Dua fungsi kehidupan adalah Ma’rifatullah dan Ibadah:

Ma’rifatullah

Ma’rifatullah adalah mengenal Allah. Bagaimana mengenal Allah?
Kenalilah Zat Nya. Keluarlah mengembara. Hayati keindahan alam. Berjalanlah. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam mengenal Allah, syukuri nikmatnya. Berzikirlah padaNya. inshaAllah diri akan jadi lebih tenang disebalik kesibukan duniawi. bukan hanya melihat, ttapi dengarlah ssuatu yg baik*ceramah dsny* 
bak kata: Maher Zain "open your eyes, heart & mind" 

Masa nak pergi kerja ataupun masa nak pergi kelas. Masa tu kita boleh hayati, syukuri nikmat oksigen free, syukur masih sihat, boleh berjalan, berlari, membaca dan boleh pergi mencari rezeki lagi.. Alhamdulillah.

…Lihatlah sungai yang mengalir. Deru ombak yang berdesir. Hijaunya nusantara. Penyegar pandangan mata. Damai suasana. Ciptaan Allah Maha Esa…. #LirikLagu ^_#

Ibadah

Ibadah ialah mengabdikan diri kepada Allah. Setiap yang kita lakukan didunia ni ialah ibadah jika kita niatkan segala perbuatan keranaNya. Contoh, nak mandi niat nak bersihkan diri kerana Allah. Nak cantik kerana Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan.” - (Hadis riwayat Muslim)

Biasakan diri sebelum nak buat sesuatu, niatkan kerana Allah. Pergi kerja niat kerana ingin mencari rezeki kerana Allah. Nak pergi belajar niat nak mencari ilmu Allah yang Maha Luas. Hidup akan menjadi lebih tenang dan ikhlas keranaNya..
Niat kerana Allah sudah dikira ibadah. Lakukan ibadah dapat pahala J Islam itu indah .

Jalan yang terbaik adalah dgn menuju Allah.
Pilihlah dan coraklah hari-hari anda dengan nilai-nilai Islam:)



#Sama2 kita berubah keranaNya
:)

0 comment:

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review