Thursday 24 November 2011

Adakalanya diam itu lebih baik ^_^

Posted by athirahhuda at 20:34


“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.(Riwayat Abu Naim)Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, 

yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, 
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.
HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.



Diam orang mukmin itu ibadah,

Ibadah tanpa perbuatan,

Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,


Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,

Yang hatinya didalam kelalaian,

Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?


Kadang-kadang memikirkan dosanya,

Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,

Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,


Atau dia meniatkan, dia diam itu,

Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,

Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,


Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,

Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,

Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,


Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,

Ataupun kecuaian dan kelalaian,

Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,




“Diam-diam ubi berisi”


atau

“Diam-diam tong kosong”


atau

“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”

saya~~ copy and paste. hmm, ada baiknya diam daripada berkata-kata. hanya satu perkataan pon boleh membuatkan hati terguris.. setiap manusia melakukam kesilapan. jdi berhati-hati dan berfikirlah dahulu sebelum berkata-kata. *pengalaman mendewasakan.







0 comment:

Post a Comment

 

Life.Finance.Love Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review